Friday, February 27, 2009

today's thought

let by gone be by gone~
aku nak lupakan perkara2 yang sedih n yang menyebabkan aku x gembira..
so,come on give yourself *A BIG SMILE*(^_^)
urmm..what to say huh?
sekarang dah kat penghujung February.cepatnya masa berlalu.
winter break pun dah nak habis.kawan2 yang balik Malaysia hari tu pun,dah kembali ke sini.bagus2,menghidupkan kembali liu hao lou;-)
oohh yeaa,i got something from Malaysia!sukaaa..thanks much to Shikin=)
seperti biasa,kelihatanlah ramai pelajar2 baru masuk daftar.
utk sem ni nampak cam ramai Italian je.Korean x ramai la plak.tu dari pemerhatian aku la kan.xtau la lepas ni camna.sebab univ ni utk language so boleh jumpa orang dari seluruh dunia.kalau jalan kat kampus tu,rasa cam duduk kat macam2 negara.haha,variety of people from all over the world.hihi.comey la tgk diorang g shopping barang.ye la bukan senang nak memulakan new life kat tempat orang.macam aku dulu mula2 sampai.hehe..
so,sekarang ni menunggu hari ja nak pegi klas.camna la ek nak sambung lagi 1 sem ni.huhu.perasaan bercampur baur.hopefully everything will be OKAY!
#assignments(ada lagi nk kena touch up.hmm)+test hari isnin(study tak abih lg/not prepared.hoho)+nak pakai baju apa a first day?(haha,tu pun nak pikiaq)
one more thing.salji dah cair.hmm.padan la kan dah nak abis winter.haish,cepat2 la masuk Spring.aku dah x sabar nak tgk bunga2 Beijing nih.time tu kalau p jalan2,baru la BEST!mesti cantik kan.hmm.
lepas ni takleh la selalu on9.kalau homework x banyak okay la.tapi,rasanya boleh kot hari2 online.hihi.weekend bukan watpa pun.actually kena bersyukur la kan.kelas x lama pun.isnin sampai jumaat,kul 8 smpai 12 ja.hee~macam kat skolah.takpa2,nanti nak jadi cikgu gak.wat macam x besa.haha.dah la kelas dekat ja dengan hostel.jalan kaki 2minit sampai.ooh yeaa baru teringat kali ni aku nak pastikan kedatangan penuh.hehehe.dan aku akan cuba utk tak lewat ke klas.hoho.boleh ker??BOLEH!('',)we'll see..kinah2...
time g beli stuff kat shudian(kedai buku) kemarin,teringat 1 kata2 dulu time kecik2 slalu cakap cmni kan, "ayuh,kembali ke sekolah!"
hahaha.more or less the same.
apa la skang bahasa aku bercampur2.haish.tapi takpa la dah nama pun budak language kan.kira cam trademark ar tu.kira okay la x tambah cakap Siam lagi kan.wahaha~
okay la dah jauh merapu,thanks for reading this post.aku campur2 je apa yang bermain di fikiran sekarang.
*eh jap,lawa x aku edit gambar ni?hehe.check it out.random.

haha!

yang ni okay skit~

yg ni fiza buat.cantiikk!

gambar lama.hehe.lama la sgt.ain jgn marah;-)

harharhar.klakarnye gambar ni.partner menari-Hasan.tgk org China pkai sampin.lawa kan.hihi.terer beb dia menari!

#okay.tu je kot.nanti free aku wat lagi.good day everyone.bye!

bukan aku!

ada 1 kes yg menyakitkan hati.what a stupid!semalam aku bukak facebook.saja view page sorang akak ni.aku yg add dia.well,aku respect ar dia kan my senior.saja nk tgk life dia skang cmna.tgk punya tgk,aku terJUMPA 1 part cam shoutout or komen or apa ntah aku pun x reti sgt psal menda2 ni.but it's one kind of saying said by visitors.haish susah benar nak sebut.dia tulis kat situ 'awkward contact'.tak kisah la apa pun.yang buat aku terKEJUT nya,ada profile aku kat situ.the only one!kat situ konon2la aku tulis kat page dia:'shut the f*** up!'.....ooohhhh damnnnn!!!sapa punya keja ni nak pekena aku ha???yang pastinya,ITU BUKAN AKU!!!..huhu..sedeyhnya mesti akak tu ingat aku yang tulis.tapi,mmg nmpak cam aku yang tulis.geramnyaaaa!!sapa yang x puas ati ngan aku ni..cakap la depan2..ish x suka la camni..dah la kat page akak senior plak tu..then,ada 1 post akak tu reply kat bawah:'wtf!?rilek ar wey'...ha tgk,aku pun xtau nk kata dia marah ka apa kan.tapi aku kalau jadi dia mesti la bengang jugak kan.pe kes budak ni tiba2 ja.adoiiiiii.tension r camni.aku xtau cmna benda tu bley jadi.rasa cam nak delete ja facebook tu.heyyyyy.aku bengang!!malu pun ada.masalahnya aku x reti nak explain kat dia kata bukan aku yg tulis.tapi,cmna nk bagi dia percaya.aku tau dia tu cool orgnya.huuuu!tolong laaa~~
last2 aku tulis kat wall dia,bukan aku yg wat.xtau la dia nk pecaya ka x.hrmm.aku xnak la dia anggap aku yg bukan2.sumpah,itu bukan aku.kepada akak tu,saya mintak maaf banyak2.serius bukan saya yang tulis.isk3..sedeyh..kebenaran akan terserlah~mintak2 la akak tu faham n pecaya bhwa sesungguhnya bukan aku yg tulis=(

Tuesday, February 24, 2009

congratulations bro

semalam aku baru dapat call dari umi.umi gtau,adik aku Mamat nak pindah skolah.wow.aku terkejut la sebab dia dah elok2 duk skola Derma tu.hmm,rupa2nya..guess what??dia dapat tawaran ke skolah sains!merangkap skolah lama aku.hee~Alhamdulilah syukur..umi paling happy.setelah melalui pelbagai konflik dan kontroversi untuk masuk skolah menengah,akhirnya dia berjaya mendapat tawaran masuk skolah tu.aku tumpang gembira.sebagai kakak,aku doakan semoga dia memperoleh yang terbaik di sana.sebab dia lah satu2nya adik lelaki aku.sayang beliau!haha..
adik oh adik.adik first dayah,tahun ni bakal ambik spm.adik second,diena tahun ni form4.adik third mashitah,tahun ni bakal ambik pmr.n adik last,mamat tahun ni f1 bakal blajaq kat skolah lama aku.hihi.so lepas ni aku ada alasan lagi la nak p melawat skolah kesayangan tuu;-)
wahai adik2 kesayanganku,tunggu kakton balik!('',)
before i end this entry,i would like to wish a happy birthday to my kakak angkat di syed putra dulu---
"Happy Birthday Sweet-23 to KakJaja"
may Allah bless you always,sis!

Monday, February 23, 2009

goodbye holiday

今天我没有做什么。太无聊了。
刚才老师来我的宿舍。他告诉我一件事,下个星期一我们有一个汉字考试。
我还没准备好!而且我忘了那个生次,语法,什么的。那,怎么办??
可是,我还有一个星期要复习。所以,没问题了。别担心莎吉娜~加油!!
goodbye holiday.this week is the last week for me to relax.haha.
next Monday klas dah start.
sem baru semangat pun kena baru.
aku tahu sem ni agak susah sikit berbanding sem lepas.
dah takda klas Hanzi,tapi ganti ngan Duxie tak silap.
mungkin jugak aku akan lebih sibuk.
whatever it is,i want to prepare myself physically n mentally well for this sem.
ingat senang ke nak ubah holiday mode ke study mode?huhu.
i'll try my best.study rajin2,exam nak buat leklok.
pastu nanti dapat result pun lawa la sikit.chewah!(berangan)
bila result okay,nak BALIK M'SIA pun seronok.tak gitu?haha.
for all Beiwai student,i'm wishing you guys ALL THE BEST!
"robbi zidnii 'ilmaa war zuqni fahmaa"
"Ya Allah,tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku pengertian yang baik"
Apa2 pun,jangan lupa berdoa kepada Allah.Semoga dipermudahkan kita belajar dan diberkati ilmu yang diperoleh nanti.InsyaAllah...

Thursday, February 19, 2009

exciting party

hi..kemarin birthday mariam..suoyi,Ma Lian wo zhu ni sheng ri kuai le!smoga panjang umur and sukses selalu ye..hmm,sempena birthday dia kitorang masak macam2 n makan ramai2.tempatnya ialah bilik aku.hua3.acara memasak bermula pukul 4 lebih2 camtu la.wahh.meriah sungguh keadaan dapur waktu tu.dengan tukang rasa yang turun masak skali kan.hehe.fiza mendahului dengan kari authentic nya.sedap beb.pastu ain menggoreng keropok ikan yang diterbangkan khas dari tanah melayu.haha!sambil2 tu aku memotong sayur n kentang.apa lagi kan.tu la favourite.hmm.kat dalam bilik plak,zati tengah menguli adunan secret recipe beliau untuk buat DONAT!best giler sebab dah lama tak makan.mana nak cari kat beijing ni..huhu.then,sambung balik kat dapur.kak fafa buat sushi sayur.jadi!pandai oo dia buat.marvelous..pastu ain masak agar2 milo.bestnyaaa.bila kari dah siap aku pun bancuh la bahan nak buat roti jala.wehee~masak sambal kentang dulu,pastu goreng sayur.sheikh yg goreng.haha.aku sedia bahan ja.tiba2 zati muncul dengan donat yang dah siap dibentuk.comey giler..zati goreng,ain golekkan dalam gula.hehe..sedappp..last skali baru la buat roti jala.kitorang masak sama2.sweet oo.lepas siap2 hidang,kami pun makan la ramai2.bila dah kumpul camni rasa sikit ja orang yang tinggal.huhu.sedang semua orang asyik makan,SURPRISED!!bro harith n da geng masuk bawak kek yang krimnya sangat lah tebal setebal salji di luar.ahakz!makan kek pulak.hmm.kalau hari2 makan camni kan best;-)wallahh.sambung makan balik.hee~time mariam tengah potong kek kan,toink!tak sedar pun muka dia dah bercalit krim.haha.apa lagi,bermula la pesta krim.ambik kau,semua kena.tak yah la nak lari.serius best.happening sungguh malam ni.(^_^)

Tuesday, February 17, 2009

beijing snow!

wow!hari ni beijing turun salji.biaq betoi??x caya tengok kat luaq tingkap(^_^)haha.best giler!!baru ingat nak simpan winter coat n boot.ye la kalu nak diikutkan masa ni dah nak masuk musim bunga.seriously unexpected.actually tempat seperti beijing dah jarang turun salji.sebab pemodenan yang pesat gitu kan.hari tu turun sekali dalam disember.tapi nipis sangat n kejap je.lagi satu,sekarang ni dah penghujung winter so memang tak sangka akan turun salji lagi.sesungguhnya tiada siapa dapat menentukan ketentuan Illahi.hari ni salji turun dengan lebatnya...

what a surprised,lepas subuh tadi baru perasan.tengok kat luar putih semacam je.whoaaa.SUBHANALLAH.cantik giler.bila dah cerah lagi lawa.makin lama makin lebat plak tu.heehaa~aku n kengkawan g jalan keluar ke East Campus.kat sana lagi cantik sebab banyak taman.best la tengok semua putih ja.agak tebal la snow kali ni.pokok2,kereta,jalan2,rumput semua dilitupi salji.waahhh.cantik siot!*excited*

apa lagi,sampai kat taman2 tu,kitorg main la puas2.haha.mcm kelakar je.tapi best wo main perang salji.for the first time okay!kau baling aku,aku baling kau.habis putih.betapa riangnya kanak-kanak ni.(^_^)hooo.lembutnya ais dia.aku teliti habis tengok cam ais kacang turun dari langit pun ada.hehehe.sukaaaaaa!alhamdulilah tercapai gak impian aku nak main salji kat negara 4 musim ni.heehaa~

then balik la.dah penat main.hmm.aku ngan fiza g beli topup internet.nak tau harga dia brapa?sebulan 100yuan=RM50.murah kan?tapi kitorg kan sebilik 2 org,so sorang 50yuan je.hehe.syukur alhamdulilah.pastu g pasar lagi beli sayur.hakhak.rutin mingguan tu.aku skrg dah tak makan ayam n daging.ikan pun sama.seafood lagi la aku allergic plak.memang jarang sangat beli.dah la jauh kena pegi Niujie baru ada yang halal,pastu kitorang tak dapat freezer lagi.huhu.as a solution,makan sayur n nasi je la.tapi dipelbagaikan cara masakan.(terer masak beb la ni,hehe boley laa).aku kalau sehari tak makan sayur jadi lain dah.haha.dah terbiasa.but still,berat naik jugak!!tu yang aku confuse tu.haish.tak kisah la asalkan sehat.ye tak?('',)

apa2pun,syukur alhamdulilah kepadaMu Allah di atas nikmat yang diberikan.*i am HAPPY today*hee~




first time in my life~

Saturday, February 14, 2009

sebelum terlena

Hijjaz - Sebelum Terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga

Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

*lagu ni sangat menginsafkan.dalam maknanya.semoga menjadi renungan bersama...terima kasih kepada insan yang mengirimkannya;-)

Friday, February 13, 2009

ain's birthday+cucur keria

happy birthday sweet-19 to ain faezah!!lagi setahun ja masuk angka '2' weyh.haha.may Allah bless u;-)sempena besday ain,hari ni kitorg keluar makan kat qingzhen canting.best wo.actually ain x tahu pun.dia ingat 5 girls ja.girl's night la konon.tgk2 datang la bro harith n da geng bawak kek yg lagu dia non-stop sampai habis makan.haha.klakar giler.jeng2,ada orang tu siap datang ngan new haircut lagi.hehehe.sukses kau,afiq;-)peace!haha..
then,kitorg makan la puas2.sedap ar chinese food kat situ.habis makan nasi,kek pulak.masa makan kek ni la yg best.haha.kelihatan aksi2 comey oleh setiap org.fiezaaaaa....hehe.n then ain pun pakai la scrub muka yang sweet gitu.ahakz.skali aku calit krim,wow!!bermulalah pesta krim.hahaha.klakar gler tengok sorang2 lari kena kejar.hikhik.whatever it is,malam ni memang enjoy.lagipun dah lama x keluar jalan ke arah dongyuan sana.sejuk lagiiii...

eh lupa lak.hari ini dalam sejarah.zati wat cucur keria!!haha.best la.jadi and sedap lak tu.kitorg tolong dia wat gak.first2,ingat senang.rupanya x semudah yg disangka.kalo tangan kuat nak uli tepung haa senang ar.hehe.lepas uli,jadi la doh yg dah x melekat kat tangan.pastu,doh tu dibentuk ikut ring-shape.comey gilerrr.fiza wat bentuk no.8 special utk dia ngan orang tu.hihihi.bila dah siap uli,banyak gak.pastu g goreng lak.tips dia,masa tengah goreng api x leh besaq sangat nanti hangit.haha.sambil tu kena sentiasa balik balikkan.goreng sampai keemasan gitu.pastu angkat.ermm.siap!eh belum.gula jangan lupa tau.semua cucur tu disirakan dengan gula cair yg panas.then,sedia dimakan;-)bestnyeeee.zati paling happy sebab jadi cucur tu.hehe.actually,those are specially made for ain('',)so,lepas ni boleh la buat lagi sebab dah reti.hihi.tak sangka la,boley makan cucur keria kat beijing.ahakz!
ain tengah tiup kek

ada Queen lah;-)
style giler dia punya scrub muka.haha;-)

Thursday, February 12, 2009

ice skating at Xidan

hey everyone!hari ni aku happy giler.sebabnya tadi aku n kawan2 pegi xidan.aku,ain,zati,fiza,mariam,afiq,sheikh n abg haris.pegi main ice skating daa.hmm.meh aku story one by one.hehe.as usual,pegi naik bas ke Gongzhufen dulu.pastu baru naik subway(line brapa ntah aku x ingat)ke Xidan.sampai2 tu aku punyalah excited nak main.haha.kitorg pun amik la kasut masing2,pakai,n simpan barang.hoho.aku actually x pernah main sebelum ni.aku ingat senang la.tengok2,mak aiii..susah gilerr..

baru ja pakai kasut tu dah x leh balance body.klakar btul.hahaha.korang tau x,sebaik sahaja kaki aku menyentuh ais tersebut,waaaa..aku takut laa..giler lawak aahh..dah la nak balance x reti lagi,ais tu licin lagi.aku start jalan slow2,tapi tangan pegang kat palang tepi tuh.hahaha.aku takut jatuh!serius nampak cam baby baru nak jalan.kihkihkih.susah sangat aku nak balance body asyik nak jatuh ja.geram aku.haha.tapi yang pastinya semua org jatuh la.hahaha.klakar giler.ain ajak aku pegi kat tengah sikit.lagi ar takut.tapi aku pegang dia ja la.last2 jadi camna ntah,bedebuk!dua2 skali jatuh.alahaii.hahaha.zati yang comey,fiza yang rock pun.hihihi.sory ye ain menyebabkan kau jatuh.ahakz!


ada dekat setengah jam rasanya aku duk belajar jalan sorang2 kat tepi2 palang tuh.haha.sambil2 tu aku duk tengok budak2 main hoki ais.waaa,best siot.tapi kalu nak main aku kena reti skate dulu.huhu.anyway,thanks ar kepada membe2 aku yang sudi ajar.hahahaha.serius aku takut jatuh.bukan apa,x nak sejarah lama berulang.kalu aku jatuh lagi,wallahualam.hehe.forget it.then kedengaran la lagu2 jiwang nak mampus kat dalam tu.layan je...lama2,aku pun bleh la sikit2 jalan sendiri.hihi.best woo.lepas ni aku nak pegi main lagi.kitorg amik gambar dulu sblum balik.sebab main sejam je.kul12.30,out la.perghhh.sakit gler kaki.erkk.haha.tapi best r,enjoy!


then,lepas kuar dari tempat tu g jalan2 dalam mall dulu.tengok specs la apa la.hehe;-)bila lapar je,baru ingat nak g cari makan.terus pegi niujie.nak dijadikan cerita,x jumpa stesen bas!terpaksa la jalan dulu.last2 jumpa gak.haish.sakit kaki lagi.haha.sampai ja,pakat serbu qingzhen canting.makan banyak laa sorang2.hehe;-)after makan g beli barang sket.pastu naik bas balik.eh lupa lak.hari ni beijing hujan weyh!huhu.setelah sekian lama kering je,alhamdulilah.hujan pun.basah la smua.nasib baik x lebat.renyai2 je.tapi,sejuk.grrr.finally,kitorg 8org pun sampai la beiwai yg tercinta ni.hihi.such an enjoyable day!


kontrol je ni,mau x jatuh ar.haha;-)

x da keja;-)

tamen zhen piaoliang.dou hen gaoxing!

hangout together

Wednesday, February 11, 2009

TORN


i don't know how to express the pain.

i'm TORN.

first time in my life i feel this way.

and it's really HURT.

i hate it.

arghhhhh.....

let it be.

~ALLAH KNOWS~


Monday, February 9, 2009

cinta=rama rama

cinta layaknya seperti seekor rama rama
semakin kalian mengejarnya
semakin jauh ia terbang meninggalkan kalian
biarkan rama ramamu terbang
ke mana saja ia suka
siapa tahu bila ia lelah
dan tidak sedar akan kewujudanmu
ia bakal mengibaskan sayapnya kearahmu
menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi
dalam keadaan yang kau tidak sangka
mungkin saja rama rama yang kau kejar itu
bukan rama rama yang Allah peruntukkan buatmu...

Sunday, February 8, 2009

cetusan rasa sang hawa

"yang dicari,
walau bukan putera raja,biarlah putera agama,
yang diimpi,
biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata,
yang dinilai,
bukan sempurna sifat jasmani,
asalkan sihat rohani,sempurna hati,
yang diharap,
bukan jihad pada semangat,
asal perjuangannya ada matlamat.
yang datang,
tak perlu rijal yang gemilang,
kerana ana serikandi dengan silam yang kelam.
yang dinanti,
bukan lamaran dengan permata,
cukuplah akad dan janji setia.
dan yang akan terjadi,
andai tak sama kehendak hati,
ana redha ketetapan Illahi,
itulah ketentuan sejak azali..."

Saturday, February 7, 2009

Marriott Courtyard


mlm tadi ada majlis ramah mesra sambutan raya cina anjuran embassy,kat courtyard marriott hotel.kitorg 12 org pun pegi la.aku ingat dalam jemputan tu.*dress code=smart*hmm.maksudnya nak kena formal jugak la tu.aku bedal ja kemeja ngan sneakers.x reti la nak formal2 sangat.haha.aku-kembar ngan ain(hijau).fiza-elegan!hehe.zati-anggun!..hehe..kan2??

sampai2 je,ambik seat dulu.wow!apa yg aku bleh cakap;tempat tu memang special la.best r aku tengok.Mr.Wong is the one who welcomed us.he is so nice.skali bagi kitorg seat depan skali plak tu.betul2 depan stage.haha.*terharu*..Mr.Wong bagitau tentang aturcara majlis.persembahan kami first skali.erkk..nak tersedak aku.tapi,ready je la.then everything went on smoothly.nice.

after the performance,makan plak.sedap giler makanan malaysia kat situ.haha.sukaaaaa!!alhamdulilah..erm..

pastu ada la selingan persembahan oleh band2,cabutan bertuah n so on..comel je tengok budak2 kecik terima angpau.tiba2 emcee panggil student malaysia plak utk terima angpau!!hahahaha..happy siot!hihi..kebanyakan tetamu ramai malaysian,ada la orang2 China skit vip.emcee tu pun student msia gak tapi x lain university ngan kitorg.ada gak student lain.erm.

then,sambung la makan balik sambil sembang2 n beramah mesra ngan kakitangan embassy tu.sebab last performance kitorg lagi untuk lagu melayu plak.haish..tapi seronok la..aku lupa lirik wat bodo je..hakhak..last skali dato' duta naik pentas nyanyi.erm.happening btul mlm ni.tiba2 kan,Mr.Wong datang lagi bagi kitorg angpau.wahh.baiknye dia.dia cakap thanks la sebab sudi datang n wat performance lagikan.it's ok Mr.Wong..hehe.that's all tonight.just nice i think.

erm.tapi apa yg dapat aku lihat,kehidupan n cara hidup orang besar2 n asing.totally different.there's something i'm not really interested to.biasalah majlis2 macam ni kan.wallahualam.yang penting,jaga diri baik2;-)

lepas bergambar,kitorg pun balik meredah kesejukan malam.tp,sekarang dah x sejuk sangat.best r nak kuar.erm.sampai2 bilik,ada lagi aktiviti.hihi.tgk movie plak.x habis2 budak2 ni.haha.it's holiday ok.so,nevermind;-)*i'm quite happy today*

sebelum makan.senyum;-)

Friday, February 6, 2009

only a sentence

yesterday i went to a bookshop to get some decorating items.then i continued decorating my wall.hmm.cat asal x lawa lgsung.so,terpaksa aku wat something utk menyedapkan pandangan mata tgk my room.hehe..theme color:BLUE! plus dgn khat2 skit.ok la tu.aku xda la berbakat sgt,tp try je.tgk2,jadi!haha.bila dh siap,rasanya lawa;-)haishhh.sapa yg mai bilik aku tu,kindly give your comment k?hehe.suka plak..
pastu wat assignment.emm.first kena wat ala2 dictionary gitu.huhu.pening gak cari groups for certain words.that one,done!then powerpoint about Shanghai weather.hm.compare ngan KL.ternyata lebih kurang je.bila tgk gambaq,wow.teringin nak pegi Shanghai plak;-)
the last one is about Xi'an.benda ni la bg serabut sikit pala aku.haish.macam2.but as i thought before,it's almost done!so,credit to us(it's a group work)!(^_^)
one more task for today-hafal lagu cina tu.haha.esok dah nak pegi.hmm.hopefully it'll be enjoyable.sure!it's harith&performance group.hahahaha.
i wanna share a quote:
"keep quiet is better than talk much"

Wednesday, February 4, 2009

sms itu

sedang aku leka ngan laptop,tiba2 henfon bunyi.aku baru dapat mesej dari Che-ti.muka aku waktu tu~tersenyum gembira~hee..

of course la happy kan my best fren bg sms.at least i know she always remember me.huhu.sedey la plak terpisah jauh.isk3.

aku rasa,even kita n kawan2 kita berjauhan itu tak bermakna ukhwah yg dijalin dibiarkan begitu ja.kita masih boleh berhubung sebagai tanda ingatan antara satu sama lain.teknologi di hujung jari sekarang.sms pun dah cukup.ni mesej yg dihantar.simple ja tapi aku sangat menghargainya.

"walau kita berjauhan,walau suara kita jarang kedengaran,walau senyum tawa tak kelihatan,sebuah perhubungan kita insyaAllah kekal dalam ingatan"

thanks much to her.

to all my friends out there,i really love you guys;-)

Monday, February 2, 2009

koolfever please...

hari ni DEMAM..huhu..plus dengan sakit tekak.nak tau rasanya?bayangkan tekak anda ditampal dengan selotep yang sangat kuat melekat,pastu ditarik laju2 tanpa belas kasihan.tu la rasanya setiap kali aku batuk.haha.apa yg aku merepek ni?;-)

*lagu thai pun ok what.i like it;-)

kembali ramai.

keluar ja hari ni,baru aku perasan.orang dah makin ramai.ye la.baru habis cuti CNY.erm.so,lepas ni sesak balik la bandaraya ni.huhu.
aku pegi carrefour beli barang dapur then pegi pasar beli sayur.hmm.rutin harian.very the housewife!haha..
then as usual,refreshing my stuff.huhu.something makes me uncomfortable today.it's the headache.x suka!lepas tu kena asyik letak balm je.aduhaiii..
one more thing,i got a new task.7hb ni kena pegi Marriott Hotel wat persembahan utk sambutan CNY.actually,program ni under embassy so kena ikut jugak la.yg x tahan tu kena wat persembahan!malasnyer.asyik muka ni ja.heyy.dato' tu pun bleh prasan tau!haha..but like people said,"take it easy".bukan ada apa2 pun.just nyanyi lagu raya diorg je.senaangg.kan3??hehe.hmm.at least x la bosan sgt menunggu cuti yg lambat lagi nak abih=)
tomorrow,i will start doing my assignments.hehehe.rasanya laoshi bagi lama dah.tapi...haha.well,aku akan try siapkan dalam masa seminggu!!insyaAllah..
*apsal entry ni cam berterabur je?aah.let it be...
eh lupa plak.aku agak happy coz the weather is not too cold now.ini bermakna winter akan berlalu x lama lagi.waa.x sabaqnya nak tunggu spring!(chuntian)
lps ni aku post pasal 'my first spring here' plak k?hihi..apa2 pun,semoga Allah memberi kesempatan untuk aku melalui musim2 ini.insyaAllah...

Sunday, February 1, 2009

Kembalikan Anakku Nur Amana

*seorang teman telah berkongsi kisah ini dengan saya,lalu saya 'post'kan di sini utk dikongsi bersama pembaca semua;-)

kembalikan anakku Nur Amana

Senja menyerakkan warna di ufuk barat ketika aku keluar daripada perkarangan penjara, meninggalkannya dengan pandangan sayu yang penuh dengan luka tersayat. Air mataku telah kering untuk menangisi episod hari ini lantaran tragedi semalam yang cukup menyedihkan. "Sabarlah, Sumaiyah....," cuma pesanan itu yang diingatkan oleh suamiku sebelum aku melangkah pergi sebentar tadi. Ya, Siti Sumaiyah ini akan terus sabar kerana sabar itulah yang paling baik. Kerana sabar itulah yang terindah. Biarlah aku menjadi seperti Sumayyah, sahabat Rasullulah s.a.w. yang terus sabar dan teguh disiksa bertubi-tubi. Namun demi dinullah, keimanan terus dipertahankan.

Selepas solat Maghrib, doaku berentet panjang. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku sedih. Aku kecewa. Aku benar-benar terasa sedih di bumi fana ini. Tiada lagi kegembiraan yang menguliti. Telah hilang senda gurau Nur Amana, puteri tunggalku. Sudah lenyap bisikan sayang suami tercinta. Semuanya telah tiada. Sekelilingku penuh tomahan yang menyakitkan. Disekitarkan saban hari dihidangkan kisah-kisah melukakan. Suamiku pula kini dipenjara. Lengkaplah penderitaan ini. Aku sendiri tanpa dorongan dan semangat yang saban hari ditiupkan dalam rohku.

Tiba-tiba hati kecilku berbisik, bahawa Allah tidak pernah meniggalkan hamba-Nya sendirian. Ingatanku melayang pada firman-Nya dalam surah Ad-Dhuha. "Allah bersumpah demi waktu dhuha dan demi malam apabila telah sunyi, sesungguhnya Allah tidak pernah meninggalkan dan membenci hamba-Nya.Kelak, Allah akan memberikan kurnia-Nya dan hatimu pasti akan melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah melindungimu?. Dulu kau dalam keadaan bingung lalu Allah memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu dalam serba kekurangan lalu Dia mencukupkan.

" Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku tidak sendiri. Allahbersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu resah dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di atas sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku berada dalam keadan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku dihantui mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan. Emosiku terganggu...

Hatiku berdebar-debar menunggu keputusan doktor. Wajah doktor wanita yang bulat bersih itu kutatap sungguh-sungguh. "Emm... positif! Memang Puan mengandung...," dia tersenyum memandangku. "Iyakah?," Aku seperti tidak percaya. Dia mengangguk. "Tahniah! Inai masih merah lagi... memang mahu anak awal?", tanyanya. Aku angguk. "Tentu husband Puan gembira, sampaikan ucapan tahniah saya padanya," katanya sebelum aku meninggalkannya. Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macammana?," Tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau Abang nak... adalah!".

Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia gembira. Tuhan,syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang padaku. Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin dalam rahimku. Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku. Dan segala-galanya. "Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu yang diingatkan padaku. Aku teringat isteri Imran sewaktu mengandungkan Siti Maryam, wanita suci, ibu Nabi Isa a.s. yang diberi kelebihan melahirkan anak tanpa bapa. Isteri Imran menazarkan anak dalam kandungannya menjadi hamba yang soleh dan berkhidmat di Baitul Maqdis. Setelah melahirkanseorang puteri, dia berdoa lagi semoga anak-anaknya diberi perlindungan daripada syaitan yang terkutuk.

Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang luhur pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir zaman. Lalu, hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia masih di dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku dengannya. Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering melagukan ayat suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan Maryam telah sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati bakal ibu apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada kalimahtayyibah yang diajarkan.

Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui kesakitan antara hidup dan mati.Terubat hatiku melihat senyumannya. Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur sirih. Paling seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum. Nur Amana, nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang menaungi setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi wanita terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra, puteri Rasullulah s.a.w. yangterunggul. Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami.

Takdir Allah s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas kelahirannya. Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu sajalah amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku tidak banyak bicara.Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan lahiriah, akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada orang tua. Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh hati orang lain. Bahagianya hati suamiku. Sejuk perutku yang mengandungkan. Dan syukurku melimpah kerana ibarat dianugerahkan puteri seorang bidadari dari syurga.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba pada suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang cermelang dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pun, demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku yakin dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu menangkis segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap tawar biarpun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang dalam. Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila menjamah hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh dirantau orang. Kerabu pucuk paku dan ikan bakar sering membuatkanku menitiskan air mata. Lauk itulah kegemaran Nur Amana. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya menitip berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga. Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan membanggakan.

Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak inilah yangmendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir nanti. Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan yang ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup dengan kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus kepada kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak fitnah, Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya memakai purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir tempat Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana mengambil langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya, dengan keadaan yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti. Rugilah kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum mendengar pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada rezeki untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana memujukku. Dan hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai sebulan pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Akutidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur Amana sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku kini.Hari-hari berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur Amana mula berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering mengurung diri dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak makan bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun aku tidak berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur Amana telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama kepada Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu Nur Amana tiada di rumah.Katanya out-station di Singapura selama seminggu. Aku dan suami mengambillangkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu diperolehi oleh Nur Amana sendiri. Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak ada apa-apa?.Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga timbul fitnah yang sebegitu besar?. Persoalan demi persoalan menujam diri menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya.

Kepulangan Nur Amana kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yangpasti hatiku cukup bimbang. Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera berwarna ungu yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku menggesanya cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah bersama. Tapi, Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat dahulu. Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu kamarnya mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana menolak dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting.

Satu alasan yang tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak pernah melengahkan waktu solat. Tidak pernahmengutamakan kerja lain dari solat. Tapi, mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun kami cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih dahulu. Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang berrkeroncong. Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya hatiku dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi, tapi cepat suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan bersahaja. Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis. Wajahnya lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering mengukir senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku.

Nur Amana tersentak. Dia menafikan sekeras-kerasnya. Katanya itu cuma fitnah orang yang benci melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih memelihara agamanya. Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk menukar agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota Kinabalu, menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku berderau. Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut menipiskan kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi. Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke Singapura lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar sederhana besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa pemberinya telah kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis tahniah dan tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya.

Dan jantungku berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalahberkenaan agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Akumenggeletar. Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungimahkamah meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan. Air mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi begitu? Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati pintu biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan pertanyaan demi pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus berpanjangan.Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai Adam... pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap dalam agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke pipinya. Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur Amana menangis. Aku terkaku. Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana membawabersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan bahawa "cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah memutuskan bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air mataku mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku bertindak pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun polis tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran agama yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa digunakan meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana menjadi hangat. Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen. Latarbelakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik. Pendidikan ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang menyimpulkan, Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana cinta! Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki muda berdarah India. Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan mengurai ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata lelaki janabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib dibuat dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di dadanya. Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa. Wajahnya tenang. Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan diumumkan. Suamiku gagal! Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya. Dan kami tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih daripada 18 tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku liha ttersenyum lega.

Hatiku hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan dikenakan hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur Amana bukan tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia terus berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan suamiku. Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam menahan kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air matanya gugur. Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya.

"Demi Allah! Aku bersumpah negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!". Tiba-tiba suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang telah sediakala hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi seketika. Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut dengan laungan "Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat. "Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku meronta-ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis melemahkan kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya digari. Ketika melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki muda yang tidak kukenali itu, suamiku menoleh.

"Kalau jalan ini yang kau pilih, teruskanlah... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan selamat!," Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat sekilas senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar. Keranamu Nur Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya.

Dan hari ini, suamiku merengkuk dalam penjara. Dituduh menderhaka kepada mahkamah! Dan ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen perkauman juga keagamaan. Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga kali. Aku belum solat Isyak. Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan menyambung mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk. Solat Isyak kudirikan. Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur lagi pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun jauh di sudut hati. Aku terus berharap... pulanglah anakku, Nur Amana!.

Aduhai, kisah natrah berulang kembali...agama dipermainkan oleh undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang sehingga tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama RASMI. Sampai bila perkara ini akan berakhir.....betapa hibanya hati seorang ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu masih banyak lagi kes yang sama seperti nur amana. apakah tindakan kita yang mengaku dirinya ISLAM, apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar ini???? permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita....sedarlah.....Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI BUMI....... MALAYSIA khasnya....
***sebagai renungan kita bersama***