Saturday, December 12, 2015
Friday, December 11, 2015
esok aku konvo
Esok adalah hari yang sangat bermakna untuk aku dan kawan-kawan sekelasku. Kawan sekelas sejak dari September 2008 hingga Jun 2015. Sebabnya, esok kami akan memperoleh diploma... Diploma dalam bidang perguruan Bahasa Cina.
Konvo esok bakal berlangsung di Selangor. Malangnya aku tak dapat hadir kerana ada urusan keluarga di kampung. Sedih sangat sebab tak dapat sama sama melakar hari indah tersebut dengan kawan-kawan. Actually aku tak kisah sangat pasal majlis tu esok, aku cuma nak jumpa kawan-kawan je. Lepas ni memang susah la nak jumpa semua. Tapi takpa, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
Sempena majlis konvokesyen esok, aku nak buat wishes sikit kat semua orang. Well, firstly tahniah lah kat kita semua sebab akhirnya berjaya jugak menamatkan DPLI dengan jayanya. Walaupun bermacam onak duri sepanjang kita kat Ipoh, tapi alhamdulillah semua orang berjaya lepas dan lulus. Tahniah juga pada Mariam, Zati & Fieza atas anugerah cemerlang yang korang terima. You guys have worked so hard for it, and you deserve the award! Korang memang sangat-sangat pandai dan rajin.. Semua orang pun tahu betapa kuatnya usaha n penat lelah korang masa belajar. Aku happy sangat! Aku tumpang gembira! And I'm honoured! Bangga n terharu sebab pernah belajar sama-sama. Kepada Aina, Ain, Sheikh, Suelaiman, Afiq & Danial, tahniah jugak!! And terima kasih sangat sebab korang selalu tolong aku, selalu bagi kerjasama, memudahkan kerja untuk aku. Kalau nak sebut banyak sangat. Aku ingat lagi Mariam usaha ajar aku teknik mengajar, bagi bahan-bahan percuma, tolong download artikel-artikel penting dan selalu back up dalam group work. Rasa tak layak group dengan Mariam, sebab dia buat kerja lagi banyak.. Dia usaha ajar aku sampai faham... Fieza jangan cakap la, dalam kelas, kat rumah... Masa nak exam terutamanya, tak pernah missed mai tanya kat bilik, adakah aku OK? Paling terharu bila dia nampak aku last minute baru terhegeh-hegeh nak buat nota bagai, dia bagi pinjam nota dia! Mana nak cari kawan macam ni weyy :(( Zati pulak, sejak dari mula aku jejak kaki ke Beijing, dia guide aku tanpa jemu. Banyak gila aku belajar daripada dia. Dan dia sangatttttt pemurah dengan ilmu yang dia ada. Dia tak pernah kedekut nak ajar aku. Aku berani cakap, kemampuan aku dalam bahasa cina datangnya daripada sahabat-sahabat ni yang sudi membantu aku. Aina has owned a very special place in my heart too... Sayang sangat kat Aina. Dia pun sama, selalu bagi sokongan dari pelbagai aspek pada aku. She always look after me... Kalau aku tertinggal apa-apa dalam kelas, tak dapat catch up, Aina akan tolong. Kalau bukan waktu tu, dia akan datang and explain waktu lain. Sampai lah aku faham... Banyak sangat.. She is so special to me... And Ain! Kitorang sekelas sejak dari Foundation. Ain pandai cari soalan spot. Haha. Dia selalu guide aku suruh study benda penting je. Aku skema, bajet nak baca semua padahal..tak sempat pun. Haha. Serabut sangat, Ain datang, bagi point2 penting, setel. Ain helped me so much. Dalam kelas, dalam asrama, dalam rumah sewa... Selalu tumpangkan aku naik kereta dia, selalu amik aku kat KTM, selalu bawak aku g tidur rumah dia sebab dia tau aku takde sedara kat KL. Ain pernah tunggu aku 2 jam :( Sebab aku tak pandai bajet masa travel. Hujan pulak masa tu. Dia steady je amik aku and adik. Bawak pergi rumah, belanja makan, hantar ke stesen bas. Aku akan ingat sampai bila-bila.. Banyak lagi yang kawan-kawan aku tolong...
Aku fikir, kalau takde diorang ni, mesti aku tak mampu nak survive 5 tahun kat luar negara dan 2 tahun kat Ipoh. Tak dilupakan juga kawan-kawan tajaan MARA batch aku. Dah macam family! Kat Beijing dulu, hanya diorang lah tempat aku luahkan segala masalah. Bila tiba birthday aku, sorang sorang buat surprise, bagi hadiah, bagi kad tulis ucapan sweet-sweet.. Bila aku ada masalah, cepat-cepat diorang datang... Ada seorang sahabat yang pernah sedekahkan 300USD kepada aku sebelum balik Malaysia.. Ada juga antara diorang yang senyap-senyap hantar parcel dari Malaysia untuk aku.. Sebab kat sana, semua orang dapat kiriman makanan parcel besar-besar daripada family. Tapi family aku tak mampu nak hantar parcel ke luar negara. Kos tinggi. Jadi sahabat tu hantar 1 khas untuk aku! Rasa seronok sangat2! Rasa macam nak menangis! Ada sahabat yang berjalan kesejukan semasa winter, dengan salji yang turun lebat... Dia meredah kesejukan malam, hanya untuk buat surprise, belikan kek aiskrim favourite aku. Dan macam-macam lagi kebaikan yang diorang buat... Buat aku rasa sayang sangat kat diorang. Ya Allah, hanya Engkau yang mampu membalas segala jasa mereka.
Kepada semua classmate DPLI PPC BC, ambilan Januari 2014, IPGK IPOH, aku ucapkan tahniah dan syabas! Selamat bergraduasi kepada kita semua... Maafkan aku sebab tak dapat sama-sama meraikan hari indah esok. Tolong ambil gambar banyak-banyak. Hehe... Rindu sangat kat korang! :( Semoga dipermudahkan majlis esok, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga semua orang enjoy esok! We did it! Alhamdulillah kita dah berjaya memperoleh diploma yang bakal melayakkan kita untuk mengajar Bahasa Cina... Syukur Alhamdulillah~~
Selamat Maju Jaya untuk semua..
Thursday, December 10, 2015
kenangan sem 1 di ipgk ipoh
Ingat lagi, 6 Januari 2014 gerak ke Ipoh untuk pendaftaran. Maka bermulalah kehidupan baru aku di Ipg Ipoh. Suasana lain sangat, nervous nak belajar kat sini. Aku seronok sebab ada kawan2 je. Hehe. Kalau sorang2 mesti lagi berdebar and awkward. Now bila ingat balik, rasa macam tak percaya aku dah survive 3 sem DPLI kat sana.
Basically sem 1 sangat lah sibuk. Walaupun baru nak sesuaikan diri kononnya, itu bukan alasan kitorang rileks2. Kerja tetap berlambak. Otak aku pun terkejut banyak sangat belajar secara tiba2. Hahah. Sebelum ni cuti memang rehat habis. So sepanjang sem 1 memang busy dengan kelas jela. Pastu banyak giler presentation ataupun micro-teaching. Apekebenda tu =,= Masa dekat sini baru faham ooo micro-teaching itu biasa. Konfem ada setiap minggu. Tapi aku enjoy je. Walaupun stress. haha. Again,sebab ada kawan2 yang sehati sejiwa :)
Selain tu, aku pun join jugak aktiviti kat kolej. Ada masuk pertandingan kaligrafi, join sambutan raya cina siap buat persembahan sebab dipaksa wakaka, pastu haruslah terlibat dengan hari sukan. Kata bakal cikgu, cikgu dan hari sukan berpisah tiada. Paling tak bole blah, masa hari sukan baru sedar yang aku dah perlu bersara. Tak fit langsung dan tak mampu beri saingan pun. Sedih -,-
Masa sem ni jugak, aku selalu ajak adik2 aku lepak Ipoh. Diorang kalau cuti je takde kelas mesti datang sini. Heheh. Aku bawak diorang pusing2 Ipoh,maklum la tempat baru. Best jugak jalan2 sini. Paling seronok seharian main air kat Lost World of Tambun. Dah puas lepak Ipoh, pergi KL pulak. Masa ni aku baru pandai bawa kereta, masih gila stereng so berjalan jela dengan keta kenari merah tu haa. Pergi hantar Mamat kat Subang, Dayah kat Shah Alam, Diena kat Bangi, Tah kat UIA Gombak. Mencabar jugak la, dengan bawa keta manual, sambil tengok waze. Sesat itu biasa ^^ Kadang2 ulang alik Ipoh Perlis sebab tengah prepare majlis kahwin. Highway utara selatan tu setiap minggu aku naik. Hmm. Alhamdulillah sepanjang di sana, Allah lindungi daripada perkara yang tak diingini.
Sedar tak sedar, dah habis pun 1 semester kat Ipoh. Cepat sangat masa berlalu kan. Bila sibuk sangat dengan macam2 aktiviti, memang tak terasa pun 6 bulan dah berlalu. Kat bawah ni antara gambar kenangan aku masa sem 1 =)
Basically sem 1 sangat lah sibuk. Walaupun baru nak sesuaikan diri kononnya, itu bukan alasan kitorang rileks2. Kerja tetap berlambak. Otak aku pun terkejut banyak sangat belajar secara tiba2. Hahah. Sebelum ni cuti memang rehat habis. So sepanjang sem 1 memang busy dengan kelas jela. Pastu banyak giler presentation ataupun micro-teaching. Apekebenda tu =,= Masa dekat sini baru faham ooo micro-teaching itu biasa. Konfem ada setiap minggu. Tapi aku enjoy je. Walaupun stress. haha. Again,sebab ada kawan2 yang sehati sejiwa :)
Selain tu, aku pun join jugak aktiviti kat kolej. Ada masuk pertandingan kaligrafi, join sambutan raya cina siap buat persembahan sebab dipaksa wakaka, pastu haruslah terlibat dengan hari sukan. Kata bakal cikgu, cikgu dan hari sukan berpisah tiada. Paling tak bole blah, masa hari sukan baru sedar yang aku dah perlu bersara. Tak fit langsung dan tak mampu beri saingan pun. Sedih -,-
Masa sem ni jugak, aku selalu ajak adik2 aku lepak Ipoh. Diorang kalau cuti je takde kelas mesti datang sini. Heheh. Aku bawak diorang pusing2 Ipoh,maklum la tempat baru. Best jugak jalan2 sini. Paling seronok seharian main air kat Lost World of Tambun. Dah puas lepak Ipoh, pergi KL pulak. Masa ni aku baru pandai bawa kereta, masih gila stereng so berjalan jela dengan keta kenari merah tu haa. Pergi hantar Mamat kat Subang, Dayah kat Shah Alam, Diena kat Bangi, Tah kat UIA Gombak. Mencabar jugak la, dengan bawa keta manual, sambil tengok waze. Sesat itu biasa ^^ Kadang2 ulang alik Ipoh Perlis sebab tengah prepare majlis kahwin. Highway utara selatan tu setiap minggu aku naik. Hmm. Alhamdulillah sepanjang di sana, Allah lindungi daripada perkara yang tak diingini.
Sedar tak sedar, dah habis pun 1 semester kat Ipoh. Cepat sangat masa berlalu kan. Bila sibuk sangat dengan macam2 aktiviti, memang tak terasa pun 6 bulan dah berlalu. Kat bawah ni antara gambar kenangan aku masa sem 1 =)
![]() |
| Aina tengah buat mikro teaching. |
![]() |
| Sape ntah tu -,- |
![]() |
| Buku teks bahasa cina.. hari2 mengadap buku ni.. |
![]() |
| Giliran Afiq pulak present. |
![]() |
| ada org tolong lukis..hehe |
![]() |
| benda penting ni..kalau hilang takleh buat kerja.. |
![]() |
| me in class.. |
![]() |
| gambar kabur sbb pakai phone murah..ni la kereta kesayangan..ke hulu ke hilir naik keta ni.. |
![]() |
| laoshi kitorang bagi kad raya~ |
![]() |
| ni paling best..MAKANNNN...hahha..semua kedai makan best kat sana kitorang serbu..ni la kawan2 baik aku.. |
![]() |
| lepak dgn Ain kat dataran MBI |
![]() |
| Pergi kenduri sesama.. |
![]() |
| adik2 aku datang melawat..pastu kitorang g Lost World of tambun =) |
![]() |
| hantar mamat ke rumah sewa dia kat damansara damai~~ |
![]() |
| my brother |
![]() |
| sebelum ke kelas~ walaupun malam tak cukup tido buat kerja, tapi pepagi harus senyum jek.. |
![]() |
| baju kurung je hari2.. |
![]() |
| kitorang minor subjek PJ so selalu sangat kat padang.. masa ni tengah belajar lompat jauh.. sempat gak bergambar ngan mariam..eheh..belakang tu lecturer.. |
![]() |
| the girls-- aerobik pun kena join.. layann.. |
![]() |
| the boys |
![]() |
| hari sukan Ipg |
![]() |
| ni junior aku masa sekolah.. berjumpa kat sini kita yer.. |
![]() |
| belajar main congkak masa subjek PJ |
![]() |
| congkak again~ |
![]() |
| ni masa kena buat larian pergh penatttt.. setiap kali sebelum start kelas PJ kena lari padang dulu.. |
![]() |
| tetiba dapat pingat gangsa..padahal aku last skali kot..kena tinggal jauh plak tu..hahaha |
![]() |
| zaman aku dah berlalu., dulu boleh la dapat medal banyak..sekarang dah pancit |
![]() |
| view kat kawasan apartment |
![]() |
| dalam kelas.. |
![]() |
| dewan seri tanjung..ada kursus.. |
![]() |
| pertandingan kaligrafi cina.. |
![]() |
| photoshoot kelas =) |
![]() |
| aku dapat saguhati jerrr..hahahak |
![]() |
| berlatih untuk persembahan sempena sambutan raya cina peringkat ipg.. omggg penat~~~ |
![]() |
| tapi bila tgk balik, rindu moment ni.. |
![]() |
| first time g kursus..semua cikgu berbangsa cina.. kami jer melayu.. |
![]() |
| tempat lepak bebudak ipg.. aeon kinta city..hahaha |
![]() |
| makan sate kat dataran MBI..adik aku dtg ipoh.. lepak dengan member dia..kitorang sama sekolah dulu.. |
![]() |
| my beautiful sisterrr =)) |
Wednesday, December 9, 2015
back for good
Lepas graduate, balik Malaysia. Back for good. Dah tamat pengajian selama 5 tahun di Beijing. Kehidupan kat sana dah masuk sebati dalam jiwa aku. Everything. Aku dah terbiasa dengan keadaan sekeliling di sana. So bila balik Malaysia, amik masa sikit la untuk adjust. Haha. Bunyi macam lupa daratan kan. Tapi yeah, seriously it takes a while to get used to my own place.
Sepatutnya lepas dapat ijazah aku dah perlu excited dan tergesa-gesa mencari kerja, Sepatutnya. Tapi itu tidak berlaku kepada graduan luar negara seperti aku. Sebaliknya, aku hidup dalam penantian yang tidak pasti. Haha. Lepas dah puas bercuti, raya sakan, rehat puas-puas di rumah, aku start boring. Sebabnya batch aku perlu sambung belajar di maktab. Tapi dah 3, 4, 5 bulan tunggu masih tak dapat kata putus mahupun sebarang maklumat daripada pihak berwajib. Nak kerja tetap, nanti tiba-tiba kena stop sebab nak uruskan perihal sambung belajar, acaner? Mesti orang marah. Nak tanya lebih-lebih tentang arah tuju masa depan kepada pihak berwajib? Sudah terlebih tanya, nanti orang marah pula. So, tunggu jela.
Dalam tempoh menunggu untuk masuk maktab sambung Diploma Of Education, hidup perlu diteruskan. Hidup memerlukan duit jugak. Maka bermulalah sesi kelas tuition Bahasa Cina aku. Aku malas nak kerja dengan orang, malas nak buat semua benda. Sebab lama sangat tak bergerak, jadi malas tu makin kuat. Hakikatnya memang pemalas pun. Haha. Dalam kemalasan, aku usaha jugak tawarkan kelas Bahasa Cina kepada orang ramai. Iklan kat Facebook je. First, nak duit. Second, aku taknak kemahiran bahasa aku pudar, merosot, menurun lalu berkarat dan hilang macam tu saja. Penat belajar sampai lima tahun, tapi dalam masa 2 bulan tak guna dah gagap. Haha. Third, masa ni dah mula fikir, kerajaan hantar aku ke sana supaya bila balik nanti dapat berbakti kepada negara. So, sebelum mula bertugas kat sekolah, aku cuba-cuba dulu ajar Bahasa Cina sendiri. Alhamdulillah, everything went so well. Seronok dapat bantu orang yang memerlukan. Ramai jugak yang contact untuk join tuition. Semua aku terima. Aku buat kelas secara personal sebab aku tak yakin untuk mengajar di khalayak ramai macam dalam kelas. Haha. Alhamdulillah, terima kasih semua yang sudi join kelas aku masa tu, bagi sokongan yang tak terbelah bahagi. Thanks semua!
Aku sedar yang perjalanan aku jauh lagi untuk jadi cikgu. So aku pun tanya la orang yang berpengalaman, banyak sembang dengan orang, amik tahu tentang perkembangan pendidikan di Malaysia. Masa tu tak la rasa semangat sangat nak jadi cikgu pun. Sebab aku minat benda lain. Tapi kena amik tahu jugak pasal maktab. Aku jumpa senior borak borak. Dia pun cerita semua. Wow, nightmare terus. Point dia, study kat Malaysia tak sama dengan study kat oversea. Kena prepare mental dan fizikal untuk terima cabaran baru nanti. Aku dah dapat gambaran sikit tentang KPLI. Rasanya aku takkan menyukainya. Haha. So aku pun buat la persediaan sikit.
Aku belajar semula driving. Huahua. Lesen dah dapat 3 tahun lepas tapi dah berkarat. Aku gagahkan diri, beranikan diri belajar driving. Nanti tahun 2014 kena masuk maktab, maktab pulak kat Ipoh. Sapa nak hantar aku? Haruslah drive sendiri ke sana nanti. Tapi aku tak reti drive. Maka sekarang terrrrpaksa belajar sampai pandai. Alhamdulillah lepas 2 bulan acah-acah manja dengan kereta Umi, bole la drive sampai pekan. Up sikit keluar Perlis. Up lagi naik highway, masuk kampung, belajar parking. Haha.
Aku minta Abah belikan kereta. Abah carikan kereta Kenari merah, terpakai, manual. Alhamdulillah aku start biasakan diri dengan kereta tu. Sebab nanti masuk maktab, hari-hari akan drive. So, hati kena kuat! Aku pun dah start buat kira-kira untuk bayar kereta bulan-bulan. Setiap bulan RM300. Pastu dah mula risik cari rumah sewa area Ipoh. Bila dah confirm akan masuk maktab Ipoh, dah dapat maklumat semua cepat-cepat aku cari rumah.
Cari rumah pun satu hal benda baru bagi aku. Sebab tak pernah sewa mana-mana. Aku bersyukur sangat sebab semuanya dipermudahkan Allah. Tuan rumah baik, minta deposit pun sebulan saja. Boleh tolak ansur. Tapi sebenarnya tak mudah nak cari rumah sewa. Mungkin sebab aku kat Ipoh. Kalau di KL, mesti lagi mencabar. Dengan risiko kena tipunya lagi. Tapi alhamdulillah cubaan pertama aku cari rumah sewa berjaya. Aku jenis suka cari back up siap siap. Sebab takut nanti asrama maktab penuh, takut aku tak selesa duduk asrama. Paling aku takut, stress. Dah la belajar nanti susah, so aku kena ada tempat tinggal yang selesa untuk belajar. Ni semua aku dapat tau daripada senior. So, aku cuba prepare siap siap.
Aku perasan, masa tu aku dah mula belajar berdikari. Kena start balik macam mana aku mula mula sampai Beijing dulu. Nak settle down tu. Amik masa jugak la. Dan aku mula rancang kewangan. Alhamdulillah ada sedikit simpanan. Duit tu lah yang aku guna untuk bayar kereta, deposit rumah, perbelanjaan barang-barang untuk masuk belajar, dan untuk survive selama 2 bulan pertama di Ipoh. Memang kedekut habis. Jimat selagi boleh.
Masa tu, around November. Aku sedar jugak yang aku dah lama bertunang. Family dah mula tanya bila nak langsung majlis. Tapi kami masih tak tahu arah tuju. Tak boleh nak plan apa-apa beria sangat selagi tak settle down. Seiring dengan kesibukan aku prepare masuk maktab, Ezzrul pun sama sibuk study untuk sambung housemanship. Kami selalu pegi library. Dia study medic, aku study Bahasa Cina. Lepas dia dapat penempatan, which is Kangar, then baru la kami mula buat persediaan. Mula rancang untuk kahwin.
Life aku banyak berubah masa tu. Aku dah mula fikirkan future. Aku belajar macam mana nak handle masalah. Aku belajar macam mana nak bersabar. Ezzrul was having a bad time. First posting dia medical. Aku takkan lupa macam mana dahsyatnya pekerjaan seorang doktor pelatih, lagi lagi masa bulan pertama masuk kerja. Masa tu jugak, kami dah stop bincang pasal kahwin. Sebab dia nak fokus kerja. Aku sempat teman dia sebulan waktu dia mula kerja. Dia struggle jugak nak balance work and life. Aku pun mula amik tahu banyak sangat pasal doktor n hospital. At that time, we learned so much about each other's profession.
End of 2013, it was all about adapting to our own place. Accepting our surroundings. Learned about building future. It was so important to know how to fit in societies, how to apply what we have learned so much in overseas and make full use of it. And that was the time where we finally realised that life was about to start its challenging phase. We have to face this, embrace this journey together.
On my 23rd birthday, I received so much love from the people whom I love dearly, and love me unconditionally. Alhamdulillah for that. My siblings make up a surprise birthday party. My fiance took one day off. Just to celebrate my birthday. Will never forget his big effort to make me happy. Despite his crazy work cycle, he still wants the best for me... And that makes my heart gettinh stronger for marriage.
Wednesday, December 2, 2015
2 years
It has been 2 years since I last updated my blog. Wow. Congratulations to self. Haha. So, yeahh.. life must go on right. My life has changed a lot since 2013. Before 2015 ends, I want to write everything here. Now already December of 2015 so I have like a month to fill up stories. Actually, I do open my space here in blogspot but too afraid to write anything. Basically I just enjoying other blogger's space. I get so inspired by their stories which in some way, making me want to continue blogging. Hehe. Catch up soon!
Subscribe to:
Posts (Atom)






































