Thursday, October 24, 2013

Aidiladha 2013

Assalamualaikum wbt.

Kecik-kecik dulu sambut raya haji, most of the time akan balik kampung abah kat Thai. Ada la few times raya haji kat Perlis. Kat sana meriah sgt sambutan raya haji. Selatan thai ramai muslim, saudara pun ramai, kalau raya haji tu yang paling aku ingat adalah solat kat padang ramai-ramai. Sebab masjid kat kampung tu kecik ja. Kat sini masjid kita boleh tahan besar jugak. Next, tengok orang buat korban. Lepas makan tengahari dan solat, kita pergi pantaiiiiiiii~~~ Orang kat sana selalu beriadah di persisiran pantai, especially hari raya. Boleh tengok memang ramai gilaaaa org kat pantai. Kampung abah kat daerah Songkhla, zoom lagi, Thepa, zoom lagi, Prak Phut. Hehe. Pantai yang paling dekat ialah Sakom Beach. Boleh ja nak pi Samila Beach yang famous tu tapi jauh sikit la. So kita pergi yang dekat ja. Since dari kecik kitorang dah memang biasa dengan Sakom beach, sampai sekarang pun mesti nak lepak situ je. =))

Kenapa aku excited raya haji tahun ni? Sebab ni lah kali pertama raya haji kat M'sia sejak aku pergi China. Dulu 5 tahun raya kat Beijing, macam-macam pengalaman dapat. Alhamdulillah, sekarang dah balik kampung, kita raya kat kampung pulak. Rindu woo~~ Tahun ni, abah buat korban di kampung dia kat Siam. So, kita pun balik Siam ohyeahhh... Mujur la passport tak expired lagi. Haha. Seawal 5.30 pagi gerak dari rumah, sampai sana dalam pukul 8 lebih. Terus ready untuk solat sunat Aidiladha.

Kampung abah sangat Islamik. Budak-budak kat sana dari kecik masuk sekolah pondok. Seboleh-bolehnya parents akan make sure anak-anak masuk sekolah, belajar agama, belajar sains dan lain-lain. Tapi boleh nampak pendekatan kepada pendidikan agama tu sangat dititik beratkan. Banyak sangat sekolah agama kat sana. Sejuk hati tengok remaja pakai sopan santun, kecik kecik lagi dah hafal Quran, aku pulak jadi malu sendiri =,= Solat hari tu diimamkan oleh salah seorang pelajar sekolah pondok, dan khutbah hari raya pun disampaikan oleh beliau. Aku duduk belakang sekali, sebelah aku ada sorang kakak ni bawak baby. Mula-mula ingatkan dia kakak la sebab bawak anak, skali bila sembang, dia adikkk..haha.. Kat sana aku ni kira anak dara tua la dah 23 tak kahwin lagi. =p

Anyway, happy sangat raya kat sana. Breakfast wajib pulut sambal. Pulut (ketupat palas) yang rasa manis, ada jugak yg letak kacang merah dalam tu. Sedap woo. Lunch macam biasa nasi dan daging masak macam-macam ada sup, daging goreng, cicah ayaq asam dan banyak lagi. Puas! Haha..Selain lauk korban, makanan yang kami suka semestinya tomyam, somtam, telur burung puyuh rebus, seafood cicah sos, ayaq nyiok (air kelapa) dan lain-lain. Lepas kenyang makan dan bersilaturahim dengan saudara mara, lepak pantai jap mandi manda, rehat-rehat, kita pun balik ke Perlis hari itu juga. Alhamdulillah, all is well. Selamat hari raya aidiladha! =)










Sunday, September 1, 2013

thesis

Bismillahirahmanirrahim~

InsyaAllah kali ini akan menceritakan serba sedikit pengalaman menulis tesis. Baru-baru ni ramai junior yang mesej aku tanya tentang tahun akhir pengajian di BFSU, pasal tesis, praktikal, kelas dan lain-lain. Jadi aku bercadang untuk menceritakan di blog ni. Tapi sebelum tu, just nak bagitau, semua yang aku tulis ni hanya dari pandangan peribadi, tak semestinya betul. Boleh adjust mengikut situasi sendiri. Sebagai senior yang alhamdulillah telah diizinkan Allah untuk bergraduat dari BFSU, aku cuma nak tolong dan kongsi pengalaman saja, harap-harap dapat membantu kalian =)

四年级上 
Semester pertama untuk tahun keempat. Semasa semester ni, kita ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, iaitu Kelas Penulisan Tesis -论文写作课,Kelas Pilihan -选修课,Praktikal -实习。

KELAS LUNWEN XIEZUO
Bagi aku, ketiga-tiga benda ni sangatttt penting. Dalam kelas 论文写作, tolong lah bagi perhatian betul-betul, walaupun lecture tu kadang-kadang macam tak berapa menarik, just kena dengar ja... Tapi, dalam setiap lesson, cikgu akan explain semua tentang tesis, bagi contoh tesis tu apa, macam mana nak tulis, peraturan menulis dan sebagainya. Secara tak langsung, segala persoalan aku tentang tesis terjawab dalam kelas ni. Ingat lagi, laoshi cerita tentang tesis-tesis yang telah ditulis oleh 留学生,中国学生,kelebihan dan kekurangan, kesilapan lazim, kesilapan besar yang kita kena avoid, contoh tesis yang cemerlang, sederhana dan kurang baik. Daripada semua tu, kita akan dapat gambaran yang tesis kita nak tulis tu bukanlah sebuah karangan biasa (一篇文章)sebaliknya adalah sebuah kajian yang bersifat akademik (一个专业的论文,调查)。

TAJUK TESIS
Lepas habis lesson penerangan tentang tesis, laoshi akan start bagi borang-borang. Time tu setiap orang dah kena ready dengan tajuk masing-masing. Means, dah start fikir tentang skop apa yang kita nak buat. Patutnya dari cuti sem haritu aku dah fikir siap-siap, tapi biasala cuti kan, aku tak teringat langsung pasal ni. So time dapat borang tu pun aku still relax lagi, amik masa dalam seminggu jugak la nak decide tajuk. Oouhh menyesalnya, bagi aku tesis ni benda besar! So kena fikir betul-betul nak tulis apa, tapi time tu aku just in a blink, tupp terkeluar satu tajuk dalam kepala. Time dalam kelas la, cikgu explain pasal kita ada 3 skop yang boleh tulis which are; 语言,文化,文学。I don't know WHY I CHOSE WENXUE =,=

***tajuk aku masa ni ialah 《中国古诗和马来古诗的比较》。Lepas tu laoshi edit bagi jadi macam ni 《论古典诗歌的现代传播与接受--以马来古诗和中国古诗的比较为中心》。

Time tu macam konfiden sangat yang aku boleh buat sebab memang ada idea, bila dah kembangkan, bincang dengan laoshi,dgn kawan semua, rasa macam best kot. Haha. Rasa tak sabar gila nak tulis pasal ni. Aku nampak perbezaan dan persamaan dalam pantun melayu kita & sajak kuno cina 古代诗歌。Siap minta bantuan Puan Adibah 中马翻译老师,minta tolong dia cari bahan, tanya pendapat dia. Haha. Tapi hakikatnya...bila dah proceed dengan next next borang, aku pun macam rasa eh apasal macam besar gila tajuk ni, macam susah je, mampu ke aku? Last-last aku tukar tajuk di saat akhir which lead me to a great suffer =(
Pengajarannya, fikir la tajuk yang kita rasa mampu nak tulis. No worries, selagi tesis tu tak dihantar, boleh je nak tukar tajuk. Cuma penat sikit nak cari bahan, membaca semua bahan-bahan tersebut, dan analisis. Penat. Jangan sesekali rasa down kalau kena tukar tajuk, sebab benda tu normal. Ada yang kena tukar banyak kali, kena tukar skop, dan macam macam lagi but that's okay. It's learning process.

Okey next pasal kelas ni, laoshi akan guide untuk kembangkan idea, buat rangka tesis, then kita akan nampak la big picture kajian tu. Masa dalam proses ni lah, aku baru perasan yang tajuk aku tu terlalu besar. Kalau buat untuk master maybe boleh dipertimbangkan plus aku takdak pengetahuan pun tentang tu (aku tak masuk kelas yang spesifik untuk subjek tu :古代诗歌,现代诗歌)。Nasihat aku, once dah perasan yang topik tu too big, too hard, bahan tak cukup, bahan tak boleh didapati di Msia/China, bahan susah nak dapat, ataupun rasa macam tak da sumber, jangan tunggu lagi, cepat-cepat tukar tajuk ataupun edit! Yang ni tak boleh buat sorang-sorang, kena bincang dengan laoshi yang ajar 论文写作,bincang dengan kawan-kawan, tanya pendapat. InsyaAllah, everything will be okay, trust me.
Kesimpulannya, dalam semester ni kelas lunwen xiezuo akan guide kita cara-cara tulis tesis, cari bahan yang betul dan berkaitan serta analisis bahan. Never miss a class! Nanti susah nak faham, sebab aku jenis macam tu, kalau tertinggal aku susah nak faham. Jadi ku gagahkan jua diri ini untuk attend semua kelas lunwen xiezuo ni... Alhamdulillah sangat membantu. 谢谢老师!

KELAS PILIHAN - 选修课
Seperti yang kita tahu, sem kedua nanti akan busy sangat-sangat sebab akan tulis tesis secara rasmi dan secara serius, lepas tu ada final exam, 毕业考试,HSK bagi yang belum ambil, pergi school trip dan macam-macam lagi lah benda nak kena setel in FINAL SEMESTER. So dah tak ada masa nak kumpul jam kredit bagi cukupkan 选修课的学分。Nasihat aku, CEPAT-CEPAT KIRA 学分 SENDIRI, kalau rasa tak cukup, cukupkan, pilih la mana-mana kelas yang berminat. Masa tu, aku dan kawan-kawan mengalami masalah sikit sebab xuefen kitorang tak cukup, pergi tanya 办公室,他们没有给一致的答案。Gelabah la masuk 选修课。Alhamdulillah, aku enjoy je walaupun almost everyday habis kelas pukul 6, kadang-kadang sampai malam. Haha. Biar penat sem ni takpe, jangan sem depan lagi kelam kabut. Sekali tengok, last-last bila dah nak grad, bila kira-kira balik, xuefen aku TERLEBIH. Hmmmm.. Takpe, semua tu ilmu. Hehe~~


PRAKTIKAL MENGAJAR - 实习

To be honest, part ni sangat best! Sebab akhirnya boleh CUBA untuk mengajar di depan. Haha. Takda apa yang perlu dirisaukan, cuma follow arahan daripada laoshi. Buat lesson plan leklok, study sikit, cakap depan cermin dalam sejam dua, haha, insyaAllah okey jerr~~~
 ***Walaupun semasa giliran kita mengajar di depan, kat belakang tu ada kawan-kawan satu group, bersama laoshi jadi pemerhati. Nervous woii! Hahaha.
Anyway, aku sangat enjoy part ni, boleh tengok kawan-kawan mengajar, aku siap rakam! Haha. And adik-adik junior pun memberi kerjasama sangat bagus! Alhamdulillah everything went well for all of us =)



MENTOR MENTEE
Selain praktikal, ada jugak program mentor mentee. Tak sure untuk junior lepas ni akan ada lagi ke tidak. Program ni umpama buat kelas tambahan di luar waktu kelas, utk diorang. Sepanjang sem yang first tu ja, kalau tak silap, kena bagi cukup 10jam. Aku just ajak adik-adik datang bilik, bawak buku, sembang. Hahaha. Kadang-kadang ajak pegi makan. Simple ja, just tolong apa yang patut, explain apa yg diorang tak faham. Best! Sebab ikut waktu sendiri. Oh, jangan lupa catat masa dan tarikh setiap perjumpaan sebab nanti laoshi nak tengok report yang DETAIL. Aku tak catat=,= jenuh la nak ingat...

FOLIO & LIBRARY

Kelas 论文写作 punya exam adalah folio. Aku panggil semua borang-borang tu sebagai folio. Laoshi akan suruh lengkapkan borang, semua tu adalah idea tesis yang telah dikembangkan, kena tulis esei sikit, jawab-jawab soalan camtu la. Kalau buat ikut masa, senang. Kalau buat last minute macam aku, parah. Hahaa.
Dalam proses cari bahan, sumber utama adalah library. Time aku dulu punyalah susah. Dah nak cari bahan baru kelam kabut nak buat STUDENT CARD dan daftar masuk library. Orang lain lama dah ada =,= Then baru FIRST TIME JEJAK LIBRARY...... Haihhhh... Bila masuk kat chinese collection baru sedar yang banyak gila buku boleh refer, kenapa la selama ni aku tak datang library, banyak buku best-best. Arghhhh..menyesal!

SUPERVISOR - 指导老师
Akhir semester (四年级上),akan diatur pertemuan dengan supervisor masing-masing. Tak tahu la akan datang macam mana tapi time aku dulu, cikgu aturkan pertemuan sebelum final exam kot. Tak ingat sgt. Haaa time ni dapat la bincang dengan lebih lanjut pasal tesis masing-masing. Time ni tajuk aku kena REJECT! hahaha. Sedih kot. Mujur la kawan-kawan satu batch semua sangatttt supportive! Alhamdulillah, diorang semua support..
***First time kot nak tulis kajian, mana reti apa satu, so kalau buat mistake tu, biasala kan. Huhuhu. Lagi satu tesis ni individual work, semua atas diri sendiri. Kita yang paling faham pasal tajuk sendiri, orang lain boleh tolong sikit-sikit jela.
***Sambungan tentang supervisor di bawah (四年级下)。

四年级下

Semester kedua untuk tahun akhir, merangkap FINAL SEM in degree.

期末考试 - FINAL EXAM

Final exam utk sem ni dijalankan pada akhir bulan april, so takde 期中考试。I have to admit that final exam ni susah sikit, bagi aku. Sebab ntah la, rasa stress. Ni last exam utk degree di 北外,selama ni markah aku selalu sederhana ja, teringin la jugak merasa markah cemerlang sikit. Huhuhu. Sem ni kelas dah tak banyak, so relax. Time tu just ada subjek 文化传播学,高级汉语,中马翻译。Alhamdulillah for the first time dapat tengok result sendiri macam ni, semua kepala 9. Sebelum ni jangan harap! Haha.



EXAM HSK & 毕业考试
HSK ni aku repeat. Tengok-tengok tarikh exam sehari sebelum pergi Harbin. Boleh bayangkan tak mood nak holiday tu macam mana.. Huhuuu. Tak tahu la wajib amik ke tidak, tapi aku ada satu pemikiran iaitu; bila mana aku belajar sesuatu bahasa asing secara serius, I have to take the international exam. HSK ni international kan, lagi pulak ni adalah bidang pengajian aku di univ, 5 tahun di Beijing, teringin la jugak nak tengok pencapaian sendiri. Saja ja amik. Alhamdulillah yang repeat ni lulus. Hehehehe.

SAMBUNGAN TENTANG SUPERVISOR DAN TESIS - 指导老师和我的论文

Sem lepas aku dapat sorang laoshi yang pakar dalam bidang 文学(诗歌),tapi menyedari bahawa diri ini masih belum cukup ilmu, aku terpaksa tukar tajuk lain, tapi masih lagi dalam skop 文学 (literature). Sebelum ni nak buat pasal sajak, lepas tu tukar kepada kajian novel. Sebelum nak dapat tajuk yang betul betul rasmi, entah berapa kali aku tukar. Hahaa.. Nak wat camna, dah susah sangat nak dapat yang kena dengan kemampuan diri sendiri. So, bila dah tukar kepada novel, laoshi tu cadangkan supaya tukar supervisor, dia cakap, ada laoshi yang lebih pakar dalam bidang 现代文学-小说,then dia uruskan pertukaran laoshi untuk aku. Alhamdulillah, takdela rasa sedih sangat. Hahaa.
Laoshi yang baru ni perempuan, sangat hebat, sangat banyak ilmu, dia pun banyak cakap jugak, yang penting baik dan tak garang. Hehehe.

Beliau adalah 中国学生的老师,so dia tak kenal sangat dengan 留学生。Tapi dia sangat membantu dalam penulisan tesis aku. Tajuk tesis finalku ialah 《张爱玲小说里的外国人物形象》。Jauh beza dengan yang awal-awal dulu. Huhuuuu. Tapi takpe, kita buat jugak seikhlas hati. Serius, kalau rasa tak suka ataupun tak minat, memang susah la nak tulis. So aku positifkan diri, tulis dengan enjoy. Memang kena dengan diri sendiri, sebab novel 张爱玲 ni semuanya sentimental, jenis heartbreak punya cerita, aku pulak suka cerita-cerita sedih, epik, tragis. Haha. Layan je.

Untuk kajian aku, kena baca few novels from Eileen Chang (nama inggeris beliau), untuk fahami rentak penulisan, gaya bahasa dan sebagainya. Memang penat la nak baca banyak kot =,= Time pergi Harbin aku still bawak ke hulu ke hilir novel tu, baca dalam train, sebab dah tak cukup masa. Sebab aku malas nak baca awal-awal. Huuhuu. Tapi enjoy je baca. Okey lupa nak cakap, selesai sahaja final exam, makin kerap la aku jumpa supervisor, untuk dia guide cara tulis, tengok point of view aku betul ke tidak, tengok bahan yang aku cari tu berkaitan atau hanya sampingan. Memang cuak nak jumpa dia sebab setiap kali jumpa mesti dia tanya macam macam, laoshi buat camtu sebab nak kita all out. Kalau tak memang tak berkembang langsung tesis aku. Setiap kali jumpa aku kena update kat dia apa yang dah baca, apa yang dah tulis. Dan aku ikut betul-betul apa yang dia suruh. Penat juga... Tapi aku ni jenis skema, cikgu suruh buat apa, buat je.. Huhuhu.. Pernah juga aku try nak siapkan awal, so aku tulis dalam masa 2-3minggu terus hantar, sekali tengok kena reject sebab tak ikut arahan. Perghh heartbreak tu memang deep. Haha. Kenangan... Lesson learnt, aku buat semula.. Cikgu cakap, biar lambat asalkan betul. =p

Laoshi yang jadi supervisor kita tu sangat busy, so kena cari peluang untuk jumpa beliau selalu, so that tak buat mistakes macam aku. Bukan apa, aku rasa rugi la kalau dah buat penat-penat pastu salah.. Sebab tu aku share kat blog ni semua mistake yang aku dah buat, harap-harap takde orang buat kesilapan sama. Tesis kita bergantung kepada diri sendiri, rujukan yang pertama adalah supervisor. Kalau ada sebarang kemusykilan, cepat-cepat jumpa laoshi, tanya! Edit ikut arahan laoshi. Jangan lupa bincang dengan kawan-kawan, sebab walaupun tajuk kita lain tapi format sama. Kalau rasa kita punya tu beza jauh dengan kawan yang lain, pun cepat pergi bincang dengan laoshi. Ermm, laoshi aku dulu busy, dia ada 8 orang untuk dia guide tulis tesis, ada yang master, ada yang degree. Tapi aku sorang je 留学生。Masa bulan 5 camtu, dah kena 修改 macam-macam, aku terserempak la dengan budak-budak lain. Perghh rasa diri ini kerdil sangat. Hahaha. By the way, time dekat last-last tesis nak siap kan, laoshi ada jugak cakap yang kajian aku ni macam susah sikit. Aku pun mengaku la. Pastu dia cakap, dia dah lama tak supervise 留学生,so dia anggap aku ni macam 中国学生,tu yang dapat banyak tugasan yang susah-susah =,= Aku pun senyum jela... Hahaha. Tak kisah la, asalkan aku nak lulus. Pernah jugak terlintas pemikiran macam tu, tapi laoshi cakap, actually bukan sekadar lulus yang kita cari, tapi ilmu. Memang betul la, time tulis tesis ni banyak pengajaran dan ilmu baru yang aku dapat. Baru sedar yang 5 tahun aku kat Beijing, tak banyak pun ilmu yang dapat, masih banyak lagi nak kena belajar. Serius rasa tertekan nak balik Malaysia, jadi cikgu rasa macam tak layak langsung kot. Huhuhu..

Setelah edit tesis banyak kali, tibalah masa yang dinanti, iaitu submit! Aku berdoa supaya lulus. Cuak kot, time tu aku stress gila, sepanjang sem aku tension. Takut kalau tak buat betul betul nanti tak lepas. Sebab nama dia 毕业论文,如果不及格的话,等于不能毕业。Yang aku faham, kalau lulus semua 期中,期末考试和毕业考试,masa grad nanti akan dapat 毕业证书,means sijil grad. Lepas tu kalau lulus tesis, barulah akan dapat degree, iaitu 学士学位证书!Sebab tu tesis ni penting. Kita perlukan kedua-dua sijil untuk grad. Huhuu.

HANTAR TESIS - ORAL DEFENSE/EDIT - HANTAR SEMULA FINAL VERSION

Lepas dah hantar memang lega sangat. Alhamdulillah. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan gerimis sedikit di tengahari. Haha. Takdelah.. Mula ingatkan bila dah hantar akan dapat tahu result iaitu oral defense (答辩)。Sesiapa yang terpilih untuk dabian means sama ada lulus cemerlang ataupun hampir tak lulus. Dabian akan tentukan segalanya. Takpelah yang tu aku tak kena, ingatkan takde masalah, means markah aku tengah-tengah la! Yeayyy! Sekali tengok ada keluar satu list nama student yang kena EDIT TESIS! Aku salah seorang daripadanya. Tempoh masa untuk edit tu dalam 5 hari kot tak silap, memang menggelabah habis la akuuuuu... Hhahaha.. Terkejut gila, still kena edit!! Bila amik balik, dah nampak la part mana yang kena edit tu. Aku kena sebab ada beberapa 错别字,错句子。Semua pasal 语法,dan ada satu part dimana fakta yang aku beri tu SALAH!!! Cuak gila, pastu terus aku contact supervisor, tanya camna nak buat, dia just suruh aku delete point tu. Heeee. Cmtu jela.. Pastu check skali lagi, hantar semula. And just tunggu result yang akan keluar pada hari grad. Hahaaa. Dah usaha semua, kita tawakal banyak banyak. Ohh salah sorang yang akan bagi markah ialah supervisor. Then tesis tu akan di simpan di 资料室。Kat situ nanti junior boleh la tengok senior-senior punya tesis. Aku dulu pun tengok semua senior punya, wat rujukan sikit. Hebat-hebat kajian diorang. Aku punya memang nampak obvious 留学生 punya kajian. Hahahha. Bukan nak gelak kat diri sendiri tapi tu lah, banyak lagi yang aku kena belajar =) Bagi aku, kalau kita berpenat sikit, ada effort lebih sikit, dapat markah berapa pun rasa syukur, rasa berbaloi. Sebab kot mana pun, dah usaha habis-habis, ni lah hasilnya, terima je. Semoga diberkati Allah segala usahaku yang tak seberapa tu.. Aminn..



GRADUATION & MARKAH TESIS
Alhamdulillah segala penat lelah, akhirnya berhasil. Semua orang dapat grad=) Time tu dah boleh check kat website markah tesis masing-masing. Pergh cuak gila kottt.. Hahahaha.. Tapi alhamdulillah syukur sangat, semuanya dipermudahkan. Walaupun aku tak dapat cemerlang, tapi lulus pun dah bersyukur sangat. Aku pergi jumpa supervisor sebelum balik M'sia, banyak nasihat yang dia bagi, untuk terus belajar dan belajar, macam-macam lagi la. Rasa bangga dapat menuntut ilmu dengan beliau. Ohh lupa nak cakap, nama beliau 唐利群老师。Sekarang beliau mengajar di US. Before aku fly balik Msia dan beliau fly ke US, sempat la sembang-sembang kejap, amik gambar dan bertukar hadiah. Hehee~~

alhamdulillah~~~ semua dah grad...

hardcover ni buat kat Msia, sebab KPM minta hantar versi macam ni..

my thesis supervisor, 唐利群老师~

Inilah rupa bentuk sijil grad dan ijazahku..huhuhu....


Penutup----
Terima kasih kepada yang sudi baca entry ni. Kepada juniorku di 北外,加油哦!Tesis aku tak seberapa, boleh tengok juga tesis kawan-kawan dan senior batch Harith. Pengalaman aku ni pun takda yang menarik sangat, just nak share ja dengan kalian. Kepada semuuaaaa yang telah membantu aku semasa di Beijing, bagi sokongan yang tak berbelah bahagi dari segala segi, terima kasihhhh banyak-banyak. Wish all of you the best in studies! Goodluck! =)

Monday, August 19, 2013

minor surgery and tremendous pain

Assalamualaikum.

On my 1st Hari Raya, I don't eat much, and just did minimal talking. I sleep the whole day like I was puasa and don't take sahur. This is the most weird and awkward Hari Raya for me. Someone texted me said "hari raya tak boleh bersedih". Well, I did not grieve on anything or under mourning of something. I just didn't get the feeling and couldn't grow the raya mood inside me. Thinking of people beside me, I pushed myself to smile and try very hard to at least celebrate this raya, because it's a blessing from Allah, after we fasting for a month. So why don't I take it, right? So, all praises to Allah my 1st day raya went well. 2nd day raya also a joy for me and my family. Alhamdulillah.

I started to suffer headache and fever. Plus gums in my mouth started to swell. I thought I was OK, but it getting worse. I lose my appettite, didn't eat anything in large portion. 3rd raya is the climax of pain. I'm down with fever. 4th day I went to a private clinic, accompanied by sister and fiance. My condition getting worse with an ulcer on throat, swelling gums inside mouth, severe headache and fever. Doctor gives a prescription of antibiotics and some tablets. It really kills my mood for raya. After taking the medicines, I found that the major pain is inside my mouth, which is the swollen gums.

Last Monday I couldn't bear with this pain anymore. Because almost 2 days living with pain and couldn't eat anything really kills me. Huhu. Plus I can't even open my mouth to berus gigi and observe what happened inside. So I went to see dentist at Klinik Pergigian biasa. This part, brings me to flashback memory of 10 years ago. 

I got into a minor accident in front of my primary school. The instant effects are not much but it changes my life. I never expect it will change me, my smile, my life, my self confidence and left a big trauma inside me. On that day, I have my mouth severe bleeding which caused by broken tooth while my head, knees and hand had light injuries. As soon as I arrived at emergency department, I was brought to Bahagian Pergigian to do checkup and ended with major operation on my tooth. The whole neat and pretty teeth of mine were broke into the ugliest pattern of teeth I've ever seen. It ripped my heart when I looked at the mirror for the first time and found out the new me. Can't accept when I put a smile and saw a wire clinging there, pushed my front teeth out. I looked so ugly! I hate myself! =( 

Inside the operation room before, (with incomplete operation tools because they are moving to new building), the young dentist tried her best to put my teeth in best pattern. I remembered she only used simple apparatus like small scissors, pliers and forceps because of the limited operation stuff. Lucky me they still have anaesthetic. If not, I'm going to suffer more. =,=
Until now, my teeth remains in that weird and ugly pattern. It does lowered my self-esteem. I once feel very unconfident with myself. Because logically, even makeup can't help me put out this look. A teen girl like me need a normal look to be confident. Especially when I entered secondary school. People laugh at me, they make fun of my look. The heartbreak, only Allah knows. However, time flies. It does heal my pain. The high-school and college life turns out to be awesome and alhamdulillah I'd be able to handle the pain and huge effects from the accident. 10 years had passed, I learn a lot about life. Come to think of it, I should be grateful! I have to be grateful because I at least have teeth, I still can eat, can smile, can talk. I can do a lot of things. Compared to other people, some don't have the ability like mine. *Insaf*.

Back to what happened last week, I feel afraid to see dentist... Huhu... Seriously, I'm very afraid and haunted by what I experienced before. It's not the dentist's fault, or anybody's. It's just me that couldn't help myself to bear with pain and trauma. I'm a very weak person =( But now I'm a big girl. I have to force myself to see the dentist. Luckily, dentist working on last Monday is very friendly and professional, just like my previous 10 years case's dentist. She asked about my pain, then doing some checkup. I told her the antibiotics and medicines I've taken last 2 days. On that day, I still suffer tremendous pain, can't even open my mouth. She then make a letter for me to be referred to specialists. OK now I'm really afraid. Afternoon, I see another dentist at the specialists clinic. This lead me to a big news. The observation took me to do x-ray. Then she found out the problems and explained that I have to undergo minor surgery to remove the infected tooth and its roots. Omg... What surprises me was, the x-ray result also lead me to another problem! She found out my left gigi geraham tumbuh melintang. That's abnormal too and need to be removed. =,=What is thisss.. =( Two problems in a row. Wow. That's hilarious. I keep calm and listen to the dentist. She said the surgery has to be done to open my gums, then korek keluar akar gigi yang tumbuh melintang di sebelah bawah. Seramnya... She then gave me a lot of pills,medicated stuff to heal the swollen gums first, when everything is OK then continued with the cabut gigi process. 

The next appointment is today. So for the past 7 days I seriously take the medicine, take care of my mouth, and when it's OK to eat, I eat as much as I want. Haha. Because today I have to suffer again. Oh before going to the hospital this morning, my fiance treated me with nasi arab ayam. Hahaha. Sedap gila kotttt! Alhamdulillah. At least bersemangat sikit nak cabut gigi hari ni. Even though I'm still afraid but yeah, just go with it. I pray that everything will be OK and less painful. It's just a minor surgery though.

Around 11 am, they called me. OK, the time has come. I'd given one dose of anaesthetic, it's quite painful but still bearable. Then the chinese dentist sembang-sembang with me, I know, it's to reduce my nervous. Haha. She's so lovely and kind. Behind me is my fiance, I forced him to come inside and stay there, they allowed him. =) Then the cabut gigi process. It's not very painful, still bearable. After the tooth taken, she handed me to another dentist to take out the tooth roots. Oouuhh this part is very painful, they add another 2 dose of ubat bius. I just knew that tooth root is very strong that it needs men dentist to do it. Imagine, they hold my head, pull the tooth root, press my jaw with power, and did a lot of dental stuff inside my mouth. It's very painful, I cried but it didn't stop the dentist team to continue their job. They take me to do another session of x-ray. Then the minor surgery continued, there's a little cut on my gums. I heard they say "dah nampak root, suction, eh tu bukan root, tu tulang, eh tadi dah nampak, ni tak nampak pulak, u nampak belah sana? suction again, add another apa ntah ubat, etc" Nak tergelak pun ada. But they are very professional, aku ja yang siap bergerak kaki tangan macam budak kecik. Tak sedar pun air mata mengalir. Sakit la... Emm, after an hour, everything settled. Huhu. Alhamdulillah.

The painful part is, when ubat bius slowly gone. YaAllah....... Sakitttt sangattt.. I can feel the pain spread through my nerve, and it's getting worse. As soon as I arrived home, I quickly eat the medicines and try to sleep. Uhuhuhu. The excruciating pain never leave until one week. It's okey, I will just keep calm and take the pills.

Thankyou very muchhh to umi, masak bubur ayam sedap for me. Huhuhu. When I'm down with fever, she take care of me, very well =) I love her so much. And to him, thankyou for be there when I'm in pain. Lot of people helped me when I'm in pain, my family, my love and friends. Thankyou so much. I love all of you!


Bekalan ubat untuk seminggu, sebelum next appointment, buka jahitan =,=


Wednesday, August 7, 2013

cerita-ceritaku sepanjang bulan ramadhan tahun ini

Bismillah.

Sebelum ni tak pernah pun terlintas di fikiran nak tulis cerita sepanjang Ramadhan. Tapi sekarang naluri tiba-tiba menyatakan, suruh aku tulis jugak. Sekarang baru lepas asar. Ada beberapa jam lagi sebelum masuk ke bulan Syawal. Bila aku selami hati ni, kenapa perlu tulis? Jawapannya ialah, untuk aku selak kembali diari Ramadhan lalu membuat muhasabah. Rasanya masih berbaki waktu untuk aku muhasabah dan perbaiki diri di penghujung Ramadhan ni. Sebaknya rasa. Walaupun aku bukanlah ahli ibadah, bukan juga ilmuan mahupun solehah, namun aku didedahkan dengan pengetahuan tentang hebatnya Ramadhan. Dan aku juga tahu betapa ruginya seandainya dibiarkan ia berlalu tanpa dimanfaatkan sebagus mungkin. YaAllah, sesungguhnya bila sampai detik ini, hati rasa sebak, buat pertama kalinya untuk meninggalkan bulan mulia ini. Kerana aku masih belum cukup menghargai dan memanfaatkan tempoh sebulan ini. *sedih*

Apa yang berbeza pada Ramadhan kali ini? Pertama, aku menyambutnya di rumah. Sebaik sahaja kaki menjejak bumi Malaysia, terus mempersiapkan diri untuk berpuasa. Alhamdulillah, terasa gembira. Minggu pertama aku di rumah, hanya berehat seketika dan mula sibuk mengemas. Sebab aku dan family akan berpindah ke rumah lama kami dahulu yang baru dibina semula. Syukur. Setinggi kesyukuran aku panjatkan pada Allah atas nikmat ini. Bukanlah rumah besar dan mewah pun, namun bagi aku ia sangat besar. Pertama kali solat kat rumah baru, aku merasakan tenang yang lain dari biasa. Mungkin sebab dah lama tak jejak kaki ke sini. Cahaya matahari yang memancar, laungan azan yang jelas, pemandangan sawah padi di belakang rumah, semuanya masih sama seperti dahulu. Aku berdoa, semoga rumah yang baru kami duduki ini dipayungi rahmat Allah. Kalau tak salah, rumah yang dirahmati Allah ialah bila penghuninya membaca Al-Quran. Jadi aku harus menghidupkannya. Semoga Allah bantu kami. Juga aku berdoa semoga rumah ini memberi manfaat kepada keluarga kami serta orang lain. Kerna aku sedar semua ini hanyalah pinjaman daripada Allah. Berbalik kepada proses memindahkan barang, sangat mencabar. Umi lah orang yang paling banyak mengangkat barang, dibantu adik dan aku. Pada hari lori tiba di rumah sewa, aku sedikit gusar. Cuma ada 3 orang perempuan untuk mengangkat segala almari baju yang berat, kabinet, meja, peti ais dan macam-macam lagi. Dengan berpuasa lagi. Jujur, aku tidaklah kuat mana, berat badan dah susut tinggal 44kg. Adik dan umi kuat sikit. Tapi Allah itu maha kaya, dihadirkan 2 orang lelaki (jiran tetangga) yang kebetulan lalu di hadapan rumah, sorang lagi pemandu lori, juga jiran kami dengan ikhlas hati datang tolong. Moga Allah memberkati mereka. Amin. 

Di bulan ini juga aku pergi kursus kahwin di negeri Perlis. Ditemani sorang junior, kami berdua mengisi hujung minggu dengan kursus tersebut. Kalau nak diikutkan, ilmu yang dikongsi sangat banyak. Rupanya masih banyak lagi perkara yang aku tidak tahu, berlaku di Perlis. Juga masih banyak perkara yang selama ini aku pandang remeh, rupanya sangat penting! Allahu... Antara perkara yang buat aku terkejut ialah statistik kes (pelbagai) yang berlaku di negeri ini. Ustaz dan ustazah menyimpulkan bahawa, punca berlaku perkara-perkara yang aku geruni dan yang aku tidak tahu tadi ialah, kita tidak solat! Betapa hebatnya impak solat dalam kehidupan seseorang Muslim. Banyak lagi benda yang membuka minda aku dalam kursus tersebut. Alhamdulillah, kursus yang sangat bermanfaat. 

Selain tu, aku juga sibuk dengan kelas. Kelas yang aku buat sendiri untuk timba pengalaman dan jana sedikit duit poket untuk sara diri. Sekarang dah habis belajar, elaun pun dah stop. Jadi untuk menampung perbelanjaan seharian bagi seorang Nur Hayatul Sakinah, aku perlu kerja. Hehehe. Buat kelas di bulan puasa ni banyak mendidik jiwa jugak sebenarnya. Dari setiap aspek, memang aku banyak belajar. Sebab aku bukannya ada banyak ilmu pun, tak kisah la dari aspek pengurusan dan sebagainya, memang mencabar! Tapi syukur alhamdulillah, kelas berjalan lancar~ Oh, info tambahan, kalau kita belajar sesuatu bahasa, lepas tu tinggal dalam sebulan, memang perit la nak ingat balik. Haha. Lagi-lagi nak ajar orang kan. Aku study dulu sampai berpeluh, bila dah ada keyakinan sikit, bila dah dapat balik momentum, barulah mampu nak buka kelas. Huhu...

Emm, cerita aku di bulan puasa sangat banyak, sapa rajin baca la sampai habis. Hehe. Sekarang masuk cerita bazar Ramadhan. Aku memang suka pergi bazar, sebab boleh dapat makanan yang sedap, murah dan best. Kalau nak masak sendiri macam tak berbaloi ja sebab bukan nak makan banyak pun so kita beli ja. Macam biasa terlalu banyak ragam yang kita boleh nampak di bazar Ramadhan. Huhuhuhu. Tak perlu la aku mention kat sini, yang pasti mana baik jadi tauladan, mana kurang baik, jadikan sempadan. Cukup. Tapi aku nak cerita jugak la benda yang aku tak suka. Iaitu orang yang kedekut! Aku nak beli lauk kat umi, takkan nak beli seciput, at least nak isi dalam mangkuk, bagi nampak banyak. Sekali tengok RM3 punya lauk macam 50sen. Mungkin jelingan aku tak cukup nak tunjuk rasa tak puas hati, aku terus cakap, letak la banyak sikit, nak beli RM3 ni. Huhhhhh. Sabar jela. Aku memang tak suka dengan orang kedekut. Memang la sekarang ni semua barang mahal, tapi kuantiti lauk haritu aku takleh lupa. Lepas tu jangan harap aku nak beli lauk kat situ lagi. Bagi aku, bisnes bisnes jugak, tapi ni bulan puasa kot. Tak teringin ka nak kutip pahala sikit, dah la orang beli lauk untuk berbuka! YaAllah, aku betul tak faham dengan orang macam tu. Kali ni, aku banyak kali pergi bazar untuk beli makanan sebab memang tak sempat nak masak. Masak pun untuk sahur ja. Okey tutup cerita pasal bazar, aku anggap semua tu biasa. Yang penting, bazar best. Haha.

Next, berbuka puasa dan sahur. Huhuuu. Aku berbuka di macam-macam tempat, tapi sahur di rumah ja. Oh pernah sahur atas bas sekali. Alhamdulillah semua okey, nikmat Allah beri tak terkira. Ada satu hari tu, aku tak prepare apa sangat pun untuk berbuka, kemudian ada la sorang hamba Allah ni murah hati hantar makanan. Selalu macam tu, sebab semua orang merebut nak dapat pahala. Seronok tengok bila semua orang berlumba-lumba buat kebaikan. So, kita pun akan terikut sama. Ha ni nak cerita sikit, ada sekali aku pergi berbuka kat sekolah lama. Huuu. Seronok sangat jumpa kawan-kawan, jumpa cikgu-cikgu. Malam tu aku tumpang solat di surau sekolah. Best sangat tengok ramai budak-budak rajin pi solat. Tengok program kat sekolah sekarang lagi hebat dari dulu. Surau pun dah upgrade. Teringat balik memori 5-6 tahun dahulu, bulan puasa penuh kemeriahan, sambut dengan kawan-kawan. Hehe.. =) 
Lepas tu minggu lepas aku ikut abah pergi berbuka puasa di satu majlis. Majlis tu meraikan anak yatim, orang kurang upaya, orang kurang mampu, juga balu polis. Ada la sesi penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada mereka. YaAllah, bila aku tengok sorang demi sorang hadir ke depan, salam dengan YB, hati ni rasa sedih sangat. Kat atas dunia ni, masih ada golongan yang kurang bernasib baik. Kalau kita rasa diri ni susah, pedih, perit, tapi ada lagi orang yang lagi perit daripada tu.Majlis tu sangat menginsafkan. Aku tahu, semua orang yang hadir pun merasakan benda yang sama. Kakak pengacara majlis pun berair mata dia, nampak wajah dia sebak bila tengok situasi tu. Aku sangat memuji orang-orang besar yang punya sensitiviti dan keprihatinan menganjur majlis-majlis sebegitu, demi meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Layanan yang diberikan sangat istimewa, mereka dijemput dari rumah anak yatim dengan van polis, diiringi ke tempat makan dan sebagainya. Malah, pemimpin yang hadir pun tidak lokek dengan senyuman semasa meraikan mereka. Di bulan yang baik ini, memang begitu ramai orang yang berlumba-lumba mengejar kebaikan. Subhanallah......

Keindahan bulan Ramadhan, bila kita menyediakan ruang untuk diri beribadah di malam hari. Masjid dipenuhi dengan hamba-hamba Allah yang tidak pernah jemu mengejar keredhaanNya. Semoga dalam kita sibuk beribadah, juga tidak lupa tujuan serta makna dalam setiap ibadah yang dikerjakan. Kata-kata dari imam dan ustaz yang acapkali aku dengar ialah doa Siti Aisyah. Ni aku quote kisah tersebut dari internet.

Sebab itu Siti Aisyah radiaAllahhu anha ingin sangat untuk bertemua peluang dengan malam Qadar (Lailatul Qadar), dia bertanya kepada nabi “Bilakah berlaku malam Qadar?”. Nabi bertanya kepada Aisyah semula “Apakah kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”. Aisyah menjawab “Saya tak tahu” kemudian Aisyah bertanya lagi “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah 

Doa Paling Afdal Dibulan Ramadan
“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni” (maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

Sebenarnya Nabi dah tahu yang Aisyah itu akan masuk syurga ertinya dosanya telah diampunkan oleh Allah tetapi kenapa Nabi masih menyuruh Aisyah untuk memohon kepada Allah agar diampunkan dosa?. Sedangkan Aisyah memang layak untuk tidak dimasukkan ke dalam neraka, hanya layak ke syurga. Soal dosa dan pahala dia dah tak kisah sangat tapi nabi masih menyuruhnya berdoa supaya Allah ampunkan dosa.

Kisah ni la yang selalu didengar. Ustaz cakap, kalau tak baca doa ni pun takpa, cakap ja Astaghfirullah'al aziim, dengan penuh khusyuk dan ikhlas, tanda kita sentiasa nak bertaubat, dan kita dengan rendah hati mohon supaya Allah ampunkan dosa...

Hari ni hari terakhir puasa, smoga Allah terima setiap amalan kita. Sebak nak tinggalkan bulan Ramadhan yang penuh suka duka, penuh dengan pengajaran dan tarbiyah yang Allah nak didik ke dalam jiwa. Seteruk mana pun diri, jangan pernah lelah untuk memohon keampunan kepadaNya... Aku juga insan hina, namun aku berharap supaya masih terbuka ruang untukku kembali kepada Allah, dalam keadaan suci =(

Esok pula, jika masih panjang umur ini, akan bertemu Aidilfitri. Hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berusaha bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan. Kalau ibadah kita tak seberapa, mesti diri rasa tak layak nak sambut hari raya. Itulah yang aku rasa. Tapi, kita kena sambut hari raya, untuk menunjukkan syiar Islam. Semoga hari esok bukanlah penamat kepada segala ibadah, namun permulaan kepada menjadi hamba yang lebih baik... Semoga hidup dan mati kita sentiasa dipayungi rahmat Allah. Amin. Oh, jangan lupa, esok pun hari untuk mengumpul pahala. Ayuh hidupkan sunnah, hayati dan selami makna hari raya yang sebenar.

Kepada semua yang mengenali diriku, aku dengan penuh rendah diri, ingin memohon maaf, atas segala tingkahlaku dan tuturkata dalam sedar mahupun tidak, yang telah melukai kalian. Maaf dipinta dari lubuk hati, semoga silaturrahim yang terjalin, kekal ke syurga. Amin. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, maaf zahir dan batin =)

Monday, August 5, 2013

cuti sampai bila?

the post-graduation life of mine.

Sunday, August 4, 2013

goodbye beijing, goodbye china

After this i won't coming back here, anymore as a student. My college-life, degree-student-life, adventurous overseas life has come to end. This is Beijing,China a place that I had never expect will give a massive impact in my life. Attending my last class in chinese faculty, handling away my last assignment, sitting final exam, doing my 'final' of the final thing in BFSU,makes me feel...........sad.

5 years build so much memory, 5 years never enough to teach me new things regarding life. I do captured photos during this 5 precious years in my life. This is just some of them, i randomly choose and post it here. So, enjoy~



Ini peta negara China. Alhamdulillah, sepanjang aku di sana, dah banyak tempat aku pergi. Setiap tempat ada memori tersendiri. Kenangan melancong ke segenap negeri dan daerah di China takkan aku lupakan, sebab China mempunyai 1001 rahsia dan keistimewaan yang perlu diterokai sendiri. Terlalu banyak perkara baru yang aku temui di negara gergasi ini. Terlalu banyak benda yang unik dan menarik untuk dirasai sendiri.

Gu Gong / Forbidden City / Kota Larangan.
Istana besar dan mewah milik dinasti Ming dan Qing. Tempat kegemaran aku. Istana ini terletak di Beijing. Setiap kali masuk melawat ke sini, macam-macam yang aku fikirkan. Terlalu banyak yang aku bayangkan. Istana yang megah ini juga menyimpan berjuta cerita dan khazanah tak ternilai. 

Yiheyuan / Summer Palace.

Pintu masuk Beijing, tol Beijing.

Tak ingat gambar ni semasa tahun berapa. Rasanya masa tahun 3. Sama-sama belajar di kelas. 

Classmate aku.

School trip to Chengde.

Ni masa tahun tiga. Kitorang buat study group, study sama2 sebab ada satu killer subject masa tu. Semua orang risau sgt dengan paper tu. Hehe. Alhamdulillah, dah lepas pun.

Kelas sejarah China. Kelas ni best. Banyak yg aku belajar.

Final year. Class trip.

Third year. Team dikir barat! Banyak kali juga perform dikir barat kat univ. Ni salah satu.

Ni antara momen momen terakhir di Beijing. Time ni baru je setel pasal tesis yang susah giler nak buat. Bila dah hantar semua, kitorg keluar sama-sama pergi makan, jalan-jalan. Kalau tak silap, ni few days before graduation day...

Hari exam.

Jamuan batch. Naik bas pergi lunch =)

Selepas makan. Ni kawan-kawan satu batch. Time ni pun dah nak grad...

Rindu waktu ni, tengah tunggu kawan kat lobi,nak pergi makan kat kedai. 

Salah satu tempat yang pernah visit di Xi'an.

Masa kat Beijing dulu, setiap tahun aku celebrate birthday dengan kawan-kawan. Setiap tahun pasti ada macam-macam yang diorang wat demi untuk menggembirakan hatiku. Huhuhu. Happy sgtttt... Ni masa foundation year. Baru lagi fly ke sana, baru berkenalan dengan batchmate, smua ada 26 orang je. Birthday aku bulan 12, time WINTER! Sejuk sangat. Gambar kat atas ni aku celebrate birthday kat kelas, dengan cikgu dan kawan2 smua la, bersama dengan 2 orang yg sambut birthday bulan 12 jugak=)

Birthday yang ke-19. Ni pun kat kelas jugak. Dah masuk tahun pertama degree. Still winter=) Look, they surprised me again... thankyou so much, friendsssss~~

Birthday yg ke-20. My roommate and beloved friends bawak kek,  datang bilik, ajak celebrate sama2.. Dah la kat luar sejuk, sanggup lagi diorang meredah snow tebal pergi beli kek smua.. PRICELESS! Takkan ku lupa saat ini~

Forever 21. Birthday ke 21. Roommate aku masak macam2 time nih.. Special sangattttt~ Hihihi.. Kawan2 yang lain smua bertungkus lumus kat dapur.. Aku bangun2 tido terus makan =))

Birthday yg ke 22 pulak=) Ehemmm ehemm.. yang ni.. kawan2 aku masih lagi bersusah payah naik tingkat 6, datang bilik bawak kek yang dipesan khas oleh encik tunang yang jauh di Russia..kekeke.. Unforgettable!
Alhamdulillah, setiap tahun aku tak pernah kesunyian, ada ja kawan2 yang pemurah dan baik hati, dalam sibuk2 pun masih sudi luangkan masa celebrate birthday aku.. 5 tahun di beijing, seronok sgt~

My friends~

Salah satu tempat menarik di Beijing, tak ingat kat mana.

Ni pun pemandangan yang cantik, di sebuah taman rekreasi.

School trip=)

With ShuNing laoshi at another school trip.

当年,我们一起带着笑容,面对这艰难的生活。

School trip to Hunan.

灿烂的笑容。

Final exam~

Ni lagi satu yg aku rindu, pergi airport. This photo taken on my way back to Beijing=)

=)

Hari hari pergi kelas naik basikal=)

Makanan orang bujang =)
Kesemua gambar2 ni bila tengok balik...hmm..memang akan rindu Beijing..hehe. Dulu asyik nak balik, sekarang dah balik, duk teringat pulak. Ahaks~ Here's some more photos.. =)



Pulang ke tanah air semasa cuti semester.

一个雨天的情景。

在上课的时候,有这瓶咖啡陪伴。

南瓜粥。很有营养的~

也许,我很少找个时间来好好地看你,好好享受你的美丽,秋天。。。

秋天。

每天,我会路过这条小路。

正宗的牛肉拉面。only in China.

有一天,我就随便出去逛一逛。看看北京的夜景。想想自己的梦是否能实现。

冬天总是给人带来一些寂寞。

还好有个朋友愿意陪我去咖啡厅。

Studying Arabic, have some 嘉多宝~

Nak cakap aku ni malas, tak jugak. See. Macam ni lah keadaan NurHayatulSakinah ulangkaji pelajaran, di musim exam. 我很努力哦!呵呵。。。

Ni exam HANYU yang terakhir di BFSU. Huhu. 4th year takde mid-sem exam, terus ke final. 

Time ni nervous jugak, takut takleh jawab dengan baik, tapi tengok semua kawan2 cool je, aku pun cool lah. Ahaks.

My friends during examination~

Aku bersungguh-sungguh ulangkaji time ni. Tak tipu. 


Kenangan menunggang kuda di Inner Mongolia..best gilerrrrr~!!!!

Guru-guru yang sangat berdedikasi. Respect!!! Diorg ajar chinese masa foundation year. Aku start belajar bahasa cina dengan kosong! Takda basic. Cikgu2 ni la yang bersusah payah ajaq sampai semua orang pandai.

赏月。

四年级的我们。

好朋友。

聪明又善良的一个亲朋友。

我和哈妃莎。

Kenangan yang lalu jangan dilupakan. Kadang-kadang kalau teringat boleh buat penghibur hati. Hahaa~~ Jiwangs, lol. Next are photos of my friends,me,places,and bits of my life in China =))



Perpustakaan universiti baru siap, elok je lepas student batch aku selesaikan tesis, library ni pun dirasmikan. Sayang kitorang tak dapat nak guna betul2. Tapi apapun, bersyukur sangat aku sempat jugak jejak kaki ke Chinese Collection library lama dulu, dan sempat jugak pusing-pusing dalam library baru ni =))

我和莎米拉。

这是candid. 我在选一些menjahit的布料。

我和爱妃。

朋友们~

这是刚来北京时拍的。我和花依莎。

Kali pertama berhari raya di Beijing. Huhuuu. Aku takdak baju raya khas dari Msia, baju ni aku beli kat Niujie, Beijing.

Inner Mongolia. Aku tak pernah tau pun yang China ada padang pasir macam ni. OHH MY GEOGRAPHY~~~

Snowy day.

Hahahaha. Inilah team dikir barat. Entah yang ke berapa kali buat persembahan ni. Enjoy je....

My friendssss!!! Rindu kat smua org!!

年轻的我。

年轻的我们。

Sambutan hari raya di BFSU. With my friends =))

With my juniors. Ada ramai lagi junior kat sini, semua baik2. Semua very nice =))

With my roommate! Ni masa dalam bas nak pergi school trip ke Henan! Yeayyy!!

Henan school trip! Best giloss, pergi tempat Shaolin yang original...

Okey ni tgh buat wall climbing. Ahhhh best tak tau nak cakap. Hahaha. Mula-mula takut lepas tu syokkk gilerrrr!! Kat Msia bleh main benda ni kalau ada camping ja, kat Perlis aku taktau kat mana boleh main, kat KL ada la. So, masa di Beijing, kawan2 aku jumpa benda ni dalam shopping mall, hahaaha. Kitorang pun give it a try, and this is worth it!!

Musim bunga di Beihai Park.

Another school trip to Chengde. Subhanallah cuba tengok pemandangan belakang aku tu. It's just awesome and beautiful. I love this place so much......... Banyak lagi gambar cantik kat tempat ni, maybe aku kena buat entry khas pasal trip ke sini.. Pemandangan yang tiptop habis!!! Camera cikai aku pun mampu amik gambaq lawa, apatah lagi camera yang canggih2 kan. Hehe

Aku dan seniorku, Kak fafa yang comel dan baik hati=))

我和依莎蒂,在去上课的路上。前面是教学楼。

School trip, again =)) Kali ni pergi ke Qingdao! Bestttttttt.....

Breathtaking view at Qingdao.

Aku naik botlaju masa kat Qingdao tu, perghhh mmg laju giler.. Cuak pun ada, tapi seronok tu mengatasi segalanya. Ahaks...

Keluar jalan-jalan.

A corner in my room=)

Jadual kelas.

Only in China. Aksesori rambut yg cantikkkk sgt!

School trip to Zhangjiajie.

Im gonna miss solat hari raya in Beijing.

My favourite food. Ehehe.

Trip to Inner Mongolia, kali pertama aku tengok unta.

Rainy day, views from my rooms window.

Snowy day.

Kadang-kadang dapat la sijil ni. Huhu.

Aidiladha.

At Niujie, Beijing. Selepas solat raya dan tengok orang buat korban.

Eheheheee. Team sajak. 1 Malaysia.

Team yang sama, sajak yang sama, tempat ja lain. Ketua adalah yg kat tengah tu. Idea beliau la ni. Hihi..

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Ni saat-saat akhir aku dan kawan2 di bumi China.

我和茹阿玛,在学校大门口。这是我的母校,北京外国语大学。


离别总是带着伤心,不过放心吧,我们的回忆我永记在心。
Itulah serba sedikit cerita aku 5 tahun di tanah besar China. Siapa sangka, ketika umur 18tahun (time tu aku baru 17, tak cukup 18 lagi), aku membawa diri ke sana, dengan penuh tanda tanya, jiwa yang kosong, tanpa apa2 persediaan mental, tanpa aku kenal sesiapa pun. Dalam tempoh 5 tahun tu, aku mula belajar dari bawah, dari kosong, belajar tentang hidup, perjuangan, bersaing dengan berjuta orang di bandar besar ni, belajar mengenal Tuhan, belajar kenal diri sendiri, mencorak kehidupan dan gaya hidup sendiri, belajar berdiri atas kaki sendiri, belajar untuk bangun setelah jatuh tersungkur berkali-kali. Bukanlah mahu mendabik dada bahawa aku ini serba hebat kerana baru pulang dari sana, malah 5 tahun di bumi China buat aku rasa semakin kecil, buat aku sedar erti kehidupan sebenar. Sungguh lah kata orang, bila kita keluar dari tempat sendiri, pergi merantau ke negeri orang, sangat banyak pengalaman yang diperoleh. Terlalu banyak. Semoga segala ilmu yang diperoleh di sana, dapat aku manfaatkan sebaik mungkin. Semoga 5 tahun itu merupakan satu panduan serta pedoman untuk aku mula mengenali dunia baru di tanah air sendiri. Amin.

Selamat tinggal Beijing, selamat tinggal China. Ada jodoh, kita pasti bertemu lagi. 我们有缘再见!