Every chapter of your life demands a new you.
Dulu aku tak suka jumpa orang. Tak suka pergi majlis, dan tak suka jadi perhatian. Tapi sekarang, aku nak sangat jumpa orang. Aku happy kalau dapat jumpa orang especially orang yang pernah hadir dalam hidup aku.
Kawan-kawan sekarang semua tinggal di bandar. Tak ramai yang tinggal satu tempat dengan aku. So aku look forward sangat bila nak berjumpa diorang. Aku akan usaha cari peluang untuk berjumpa.
Tapi kena ingat juga. Tak semua orang happy jumpa kita. Mungkin aku saja yang excited tapi ada orang tak pun. So penting untuk set appointment kalau betul-betul nak jumpa. Aku rindu sebenarnya. Rindu zaman dahulu setiap hari ada kawan nak cerita, nak buat aktiviti sama-sama.
Paling best, kalau terserempak kat mana-mana. Kita tak plan, tapi terjumpa. Seronoknyaa. Tapi tak dapat lah nak jumpa lama-lama sebab mungkin masing-masing dalam perjalanan menuju ke tempat lain.
So kepada sesiapa yang aku terjumpa, just nak anda tahu yang aku sebenarnya happy sangat dapat jumpa. Thanks juga pada kawan-kawan yang tak jemu jumpa aku. Aku rindu semua.