Tuesday, September 20, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Sulung

Bismillah. Sebelum aku teruskan, just nak clarify yang ini pengalaman aku, dan setiap orang tak sama. Takdir yang Allah tetapkan untuk aku dan juga level kekuatan serta kesakitan yang dirasai semuanya Allah dah atur. Kita sebagai hamba tak berkuasa sikit pun nak ubah walaupun sekecil perkara. Tujuan aku share cerita ni sebab nak abadikan kenangan aku melahirkan anak kat sini. Supaya aku tak lupa, supaya jadi rujukan masa akan datang. Masa pregnant dulu, hari2 aku search pengalaman orang bersalin, baca cerita diorang. Hopefully, sesiapa yang sama keadaan macam aku, nak tahu gambaran bersalin, warded dll boleh la continue baca.

Due date 19 September 2016 tapi dah siap amik cuti daripada 31 Ogos 2016. Anak sulung, takde pengalaman dan tak tahu pape so aku memilih untuk bersedia daripada awal. Kalau ikutkan dah masuk 36weeks memang tak larat dah nak pergi kerja. Plan aku, sebulan ataupun beberapa minggu sebelum bersalin nak rehat di rumah, spend time dengan husband, fokus untuk kelahiran anak pertama yang lama kami nantikan. Syukur alhamdulilah cuti lulus.

11 September 2016.

39 weeks, awal pagi sebelum subuh aku terjaga, macam biasa g toilet and guess what, ada blood spotting. Lepas tu aku terus tak boleh tidur, mula rasa sakit macam memulas tapi light2 je. Terus g packing betul2 barang yg nak bawa ke hospital. Haritu dah siap letak dalam kereta tapi kes Bidor punya pasal habis bawak keluar balik. Haha. Bidor punya cerita nanti dalam next post. Pastu aku g buat solat hajat sementara tunggu subuh. Taktau kenapa rasa syahdu semacam. Huhu. Rasa takut nak bersalin, takut jadi apa2, camne kalau nanti suamiku sorang2 jaga anak. Mula la fikiran melayang macam2. Cecepat aku istighfar, mohon ampun kat Allah. Dalam hati rasa macam....... em, camni ke orang yg dah nak meninggal. Huwaaaa.... Aku rasa macam helpless sangat, terus mintak doa kat Allah, semoga dimudahkan kelahiran ni. Sempat jugak aku buat pesanan kat adik aku, kira mcm amanat la. If something happens, there's a letter for my husband. Hati aku berdebar. Going into labour is not a simple thing. Macam2 boleh berlaku. Sementara ada masa, aku cuba siapkan diri.

Pagi tu teruskan antenatal check up di klinik Ezzrul macam biasa, nurse cakap anytime soon. Dia buat timed contraction kat perut tapi aku still tak rasa pape, cuma makin berat, makin semput camtu jela. Ezzrul siap2 bawak balik VE set dengan glove untuk monitor aku kat rumah. Pastu g Jitra beli barang, on the way balik siap makan laksa. And here's the game. Pertama kali aku tak boleh fokus makan sebab sakit dah rasa. Masa ni sakit dah konsisten. Oh ya sejak dari awal pagi aku memang rekodkan selang masa contraction. Camne aku tau yg tu adalah sakit contraction? Sebab aku mesej Syamila kawan aku. Huhu. Dia cakap kalau ada darah, ataupun pecah air ketuban, cecepat g hospital! And dia pun bagitau aku yg sakit contraction adalah sakit perut macam nak berak, memulas camtu tapi sakitnya kuat dan konsisten. Tanda bersalin aku dah lengkap, cuma tak pecah air ketuban je lagi. Fuhh..

Lepas makan laksa, aku ajak Ezzrul balik rumah, nak rest je. Dalam 6 petang camtu dia check bukaan cervix aku, masih tutup. Tapi aku dah sakit ni..huhu.. Aku cuba tahan, nak solat mandi tukar baju apa semua dulu. Kononnya plan kalau sakit sangat, lepas maghrib baru nak gerak ke hospital. Aku baca cerita orang lain siap bole masak, g basuh kereta, kemas rumah bagai, pastu baru ke hospital. Huhu. Kenapa korang kuat sangat... Aku memang tak kuat laa.. And then aku rasa letih, nak baring. Sampai lepas maghrib, lepas isyak. Pastu aku takleh duduk diam, g basuh baju pulak, sapu sampah, konon macam nak ready la just in case nak tinggalkan rumah, taknak biar sepah. Pastu aku sambung la tido sampai tengah malam. Masa ni aku dah tak tahan, rasa sakit makin kuat dan kerap, pastu makin lama. Nak kejut Ezzrul tak sampai hati sebab dia nampak penat sangat. Tapi aku terpaksa kejut jugak. Huhu. Dia buat VE sekali lagi, dah bukak dalam 1 cm. Whattttt aku punya sakit macam ni baru bukak 1 cm je? Aku dah panik. Camna aku nak hadapi lagi 9 cm? :(

Aku dah pesan awal2 kat Ezzrul, aku nak jugak amik epidural. Kes epidural ni pun satu jugak, drama. Masa g antenatal class, aku diberi pendedahan pasal epidural, sebelum ni just baca2 camtu je. Tapi aku memang nekad nak amik. Sebab aku jenis tak tahan sakit. Ezzrul dah tanyakan dekat kawan2 and boss dia di hospital, memang boleh request epidural, alhamdulillah. Jadinya, dalam kepala otak aku ni memang dah set siap2, aku akan dapat epidural tu, so tahan kejap. Makanya malam tu bila dah bukak je cervix 1cm, aku agak happy la, sebab bila cervix dah bukak bole la cucuk epidural. Pastu kitorang terus g hospital. Malam tu malam raya. Sayu ja lalu highway, gerak ke Hospital Kangar. Sakit makin kerap. Harapanku, biar sampai nanti bukaan dah 3cm, cantik, bole cucuk ubat.

Sampai je PAC, doctor cakap baru bukak 2 cm.. Huuu kecewanya. Dekat PAC kena buat VE, pastu pasang CTG, pasang branula, amik darah. Sakit. VE tak pernah tak sakit. CTG okey je, tapi sebab tengah tahan contraction, so sakit. Amik darah pun layan jela, pasang branula pun OK je. Lepas sejam lebih, baru boleh naik ke wad. I think around 2.30 am baru aku boleh baring di katil. Tapi sangat tak selesa sebab sakit contraction yang 2 cm tu makin kuat. Last2 Ezzrul request ubat tahan sakit. Alhamdulillah nurse datang inject nubain. Hilang la sikit sakitnye. Malam tu aku tidur lena jugak walaupun sakit masih terasa.

12 September 2016

Here's the real deal. Ubat tu dah hilang so sakit makin menggila. Maka aku pun tahan la sakit tu daripada pukul 6 pagi sampai 5 petang :( Sepanjang masa ni, memang aku rasa azab sangat. Setiap kali contraction datang, Ezzrul akan tolong gosokkan belakang. Tu je yang bole buat kurang sakit. Kesian dia.. sesaat pun tak tinggalkan aku. Then aku makan macam biasa, sebab lapar. Pegi toilet pun sambil tahan sakit. Petang tu mak aku datang, still boleh sembang2. Lama2 aku makin tak tahan, panggil doktor check bukaan. Alhamdulillah dah 4cm. Doktor bagi ubat suruh berak, aku ikut je. Diorang cakap, lepas ni nak tolak awak ke labour room dah. Dekat sana nanti baru kita bagi epidural ya puan. Kalau kat hospital swasta awal2 bukaan dah bole bagi. Tapi kat sini kena masuk labour room baru dapat. Nak masuk labour room pulak kena tunggu 4 cm. =,= So, sama je tetap sakit. Tapi aku masih positive.

Aku ditolak ke labour room pukul 5.30 petang camtu. Sampai je terus kena tukar baju and buat CTG sekali lagi sebab kalau CTG tak reactive tak bole bagi. Kenapa laaaaaa susah sangat nak dapatkan epidural? Tadi kata sampai je labour room bole cucuk dah. Geram gila. OK fine aku sabar, layan jela. Tapi bila masuk labour room ni baru aku perasan, sakit bukaan contraction 5 cm ke atas memang ya Allah sakitttttt sgt2 :(( Sementara nak tunggu CTG tu complete ada la dalam setengah jam. Ya Allah, masa ni memang pasrah je. Suami la kekuatan aku masa tu, suruh tarik nafas, tolong gosokkan belakang, pegang tangan aku. Kalau tak memang tak mampu la nak tahan sakit. OK now CTG complete, alhamdulillah okay. Pastu mai pulak sorang doktor nak pecahkan air ketuban. Katanya lepas pecah air ketuban kita bagi epidural. Little that I know, sakit gila kotttttt pecahkan air ketuban. Aku rasa macam kena sula. Doktor tu buat kasar la jugak. And guess what, baby dah berak dalam perut tapi sikit je. Lepas tu aku dengar ayat yang sangat menyentapkan jantung."There's something in your water, I DON'T SUGGEST EPIDURAL."

LIKE WHAT???!!!! Lepas satu, satu aku hadap segala jenis VE, inject, CTG, tahan sakit contraction sebab kononnya nak tunggu 4 cm ke atas, pastu hadap pulak sakit kena pecah air ketuban, IN THE END I DIDN'T GET THE EPIDURAL. T.T

Aku sakit hati, aku kecewa, aku geram, aku sangat sangat DOWN. Kalaulah dari awal aku tau akan jadi camni, entahlah. Aku tak salahkan sesiapa. Semua ni takdir aku. Silapnya, aku terlalu mengharapkan epidural, and then tetiba tak dapat, aku terus down, tak mampu dah nak lawan sakit. Jangan salah faham. Bukan aku nak salahkan orang lain, tapi pengajarannya, aku sendiri kena selidik dulu la kan management kat hospital kerajaan macam mana. Ni tak, aku main datang je, tanya jugak doktor, diorang cakap boleh bagi tapi aku tak tanya detail. So, my bad. Masa g antenatal class dulu, aku dah dengar talk pasal epidural, memang dari awal sebelum tu lagi aku nak bersalin guna ubat tu. Sebab aku tau aku ni jenis ayam tak tahan sakit. Sesapa yang kenal memang tau la betapa lemahnya aku. So I reallyyyyyy hope for the epidural ;((

6pm-7.43pm

Aku diberi Entonox untuk tahan sakit. Tapi sebab dah panik, kecewa, sakit sangat, aku tak pandai sedut. Dia kena sedut sebelum sakit datang, ni aku dah terasa sakit baru sedut. Memang tak de effect la. Keadaan aku sepanjang sehari ni memang lemah. Aku sakit sampai tak keluar suara langsung, mata pejam, badan baring mengiring ke kiri. suami tolong gosok belakang. Kadang2 sampai terangkat kaki sebab tak tahan. Tapi kemuncak sakit adalah masa ni la. Kesian suamiku kena genggam tangan, cekik leher baju :(( Waktu ni bukaan aku dah 6cm ke atas. Aku pegi sedut gas tu terlampau banyak sampai jadi khayal. Tapi sakit tetap terasa. Masa ni dah hampir give up. Sebab sakit sangat. Aku siap terkencing la atas katil tu... Dalam hati ulang2 baca doa, zikir semua. Ternyata aku insan yang lemah bila sampai satu tahap, aku give up. Berhenti melawan sakit, aku lepaskan genggaman tangan suami, lepas everything, lembik leher aku, mata pun terpejam. Dalam hati, yaAllah, apa nak jadi jadilah, aku dah tak kuat nak lawan sakit ni ... Suami aku panik, kenapa aku tiba2 diam, macam pengsan tapi tak pengsan. Cuma aku dah berhenti lawan sakit tu, sebab terlalu penat. Pastu sakit datang lagi, selang seminit, dan panjangnya dan betapa lamanya setiap kali dia datang ialah lebih kurang seminit setengah. Bayangkan pinggang rasa macam nak putus dua. Masa ni aku dah siap mengucap dalam hati :( Tetiba rasa macam ada something nak keluar dari bawah tapi sebab terlalu letih, aku senyap, tak mampu langsung nak bukak mata, nak bagitau suami yang aku terlalu sakit.

Bila dia tengok keadaan aku macam tu, terus dia panggil doktor. Aku dengar doktor suruh aku bukak kaki, jangan pejam mata, sebab dia nak cek jalan. Tapi aku still kaku, dia panggil aku banyak kali. Last2 diorg yang tarik and bukakkan kaki. Masa ni doktor buat VE lagi, dia kata 9 cm, dan suruh aku cuba teran. Aku masih keadaan give up, tak larat sangat2. Tetiba suasana jadi riuh, doktor ramai datang, staff nurse pun tetiba ramai, suami aku kat sebelah. Diorang terus setup katil and suruh aku teran. Aku cuba ingat balik, jangan angkat punggung dan teran sekuat hati, teran panjang. Masa ni aku rasa tak tahan sangat, baru aku tau yang teran tu tak sakit pun, tapi contraction yg maha sakit.. Huhu.. Bila contraction datang barulah kita kena teran. Tapi semua doktor and nurse asyik suruh aku teran. Dalam hati aku, yaAllah, aku dah nak bersalin ke.. is this the time? Aku pun follow semua arahan doktor, diorang suruh letak kaki kat besi tepi katil, pegang alat pemegang tangan, bukak kaki luas2, pastu suruh teran, angkat kepala cecah dada. Fuhhh penatnya rasa, aku amik nafas dulu, pastu aku teran sekuat hati, sepanjang yang boleh. Memandangkan aku seorang yang penakut, aku masih pejam mata. Haha. Masa ni boleh rasa kepala baby dah kat bawah, doktor suruh lagi teran, aku pun amik nafas, teran lagi dan lagi dan lagi, sepanjang yang boleh. Suami kat sebelah tak henti2 bagi semangat.

And then tiba2 suasana jadi panik bila bacaan CTG tak cantik =( Degup jantung baby drop tetiba. Pastu doktor cakap nak vacuum. Sambil aku teran, sambil diorang vacuum, sambil nurse tolong tolak perutku ke bawah. Aku dengar suara Ezzrul, "Ina teran kuat2, teran lagi..kesian kat anak.. kesian kat baby kita." Aku sedih sangat sebab rasa akulah penyebab anakku lemas. Tapi sekejap je heart rate dia drop, pastu babyku yang kuat ni pick up balik, alhamdulillah. Dalam keadaan kelam kabut tu, aku follow ja setiap arahan doktor and nurse, aku dengar doktor gunting, aku bau hangit sikit, mungkin tu la vacuum. Mata aku masih pejam buka pejam buka, tenaga makin habis. Tiba2 doktor sebut "Alhamdulillah~~ Assalamualaikum." Dan kedengaranlah suara tangisan yang paling indah di telingaku.... Alhamdulillah..lahirlah anak sulung kami :)

Doktor angkat dan tanya, "Puan, dapat anak apa?" Aku buka mata dan jawab, "Anak perempuan." Pastu nurse bawak baby keluar untuk pemeriksaan. SYUKUR ALHAMDULILLAH YA ALLAH~~ Walaupun aku masih penat dan letih, tapi dalam hati rasa sebak, rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana memudahkan kelahiran ni. Sambil tu, doktor keluarkan uri. Nurse datang cucuk ubat kecutkan rahim. Okay dah mula rasa sakit sikit. Huhu. Lepastu datang pulak doktor lain untuk JAHIT LUKA. Yang ni azab. Sakit gila sebab takde bius. Huhuhu. Terketar2 kaki aku, nyaris nak tendang doktor. Hehe gurau je. Tapi jahit luka bagi aku sangatlah menyakitkan. Lepas siap jahit dicurahkan pulak iodin weyhhhh aku ternganga taktau nak cakap apa. Siap jahit, so boleh la gerak ke wad. Eh takkkk belum lagi ye puan. Tetiba datang nurse gtau "Puan, doktor perempuan tadi semua takde sebab diorang kena attend pesakit lain bersalin, sekarang ada doktor lelaki je untuk check jahitan." Aku pun pasrah jelah. Dalam hati ni cepat2 la check aku nak balik rehat. Sekali dia datang tekan2 pulak kat situ weyyy. Nasib la tak berapa menyakitkan. Huhu. Lepas setel semua barulah nurse bawakkan baby datang kepadaku. Aku susukan dia buat kali pertama and IT WAS THE BEST FEELING EVER ALHAMDULILLAH =)

Alhamdulillah syukur sangat kepadaMu ya Allah. Lepas tu aku ditolak ke wad. Kali ni ada dua katil. Satu katilku dan satu lagi katil baby. Ezzrul nampak happy sangat. Dia dah jadi ayah. Aku pun happy bila semuanya selamat, tengok suami gembira, ini pun sudah cukup. Alhamdulillah.

Nanti aku sambung pasal kisah di wad dan cabaran serta kesakitan yg kualami selepas bersalin. Till then, bubbye!


Saturday, September 3, 2016

Things That I Wish I Had

Masa sekolah rendah, cikgu selalu cerita tentang kehebatan sekolah berasrama. Antara yang selalu disebut ialah MRSM dan SBP. Aku tak faham pun apa yang special sangat sekolah asrama. Bagi aku semuanya sama. Tapi aku tetap berusaha untuk dapatkan keputusan cemerlang dalam UPSR. Guess what, alhamdulillah lepas je dapat result, aku pun pelik kenapa aku bersungguh-sungguh isi borang MRSM. Gigih kayuh basikal ke pejabat pos di waktu bulan puasa, demi mengepos sendiri borang itu, sampai aku dehydrated, nyaris pengsan di pejabat pos. Kat sekolah, cikgu dah siap isikan borang untuk SBP. Bila keputusan diumumkan, aku gagal masuk ke MRSM, sebaliknya aku berjaya ke SBP. Antara semua calon yang berjaya ke SBP, aku seorang sahaja yang ditawarkan ke SBP dalam negeri Perlis. Kawan2 yang lain semuanya keluar negeri. I was a little bit unhappy, masa tu aku fikir, kalau dapat keluar negeri, barulah hebat. Hahah. Entah apa pemikiran masa tu.

Tapiiiii, setelah merasa sendiri life sekolah berasrama, barulah aku bersyukur tidak terhingga kerana ditempatkan di sekolah berasrama yang dekat dengan rumah. Sebab masa tu baru sedar betapa aku homesick dan tak mampu berdikari sangat pun kalau dihantar ke jauh2.

Lepas beberapa tahun, aku mula merancang life semasa kolej. Semangat berkobar-kobar nak masuk universiti. Yang aku impikan, dapat keputusan SPM yang cemerlang, ditawarkan ke Universiti terkemuka tanah air terletak di ibu kota, perlu naik bas, tempuh perjalanan yang panjang untuk ke sana, dan seterusnya menjadi pelajar kolej yang sibuk dengan aktiviti persatuan, kelab, permainan, sibuk ke kuliah, ke perpustakaan, dapat kawan baru, selalu buat discussion, selalu pergi college trip dengan kawan2, dan juga merasa keseronokan pulang beraya di kampung sebagai perantau yang menuntut ilmu di ibu kota. Aku nakkan life yang macam tu. Itu yang aku bayangkan.. Itu yang aku nampak dalam tv, akhbar dan majalah. Naifnya~

Hakikatnya, that doesn't happen. Aku ditawarkan ke luar negara yang tak terjangkau langsung dek pemikiran kecil ni. Semua yang berlaku adalah kejutan baru dalam hidup. Dan aku telah pun berjaya melaluinya. Alhamdulillah. Walaupun semasa aku di luar negara tersebut, banyak kali aku berkira-kira mahu kembali ke Malaysia, live the college life I wanted, just like my other friends. While my friends in Malaysia, really wanted to go abroad living my life. As time passed by, I truly learned to be contented and grateful for what Allah has planned for me. It was the best phase of life I've ever experienced.

Then I got married to the best man on earth alhamdulillah. Then we lived our married life the way we want. Allah has given us the happiness we always seek for. But me, being the selfish human being, keep on dreaming about our future. I wanted to live a very simple life. Nak tinggal sebumbung, dekat dengan kampung aku dan dia, dekat dengan tempat kerja, mudah segala-galanya. Hari2 pergi dan balik kerja sama2, malam akan dinner sama2, hujung minggu pulak menziarah ibu bapa dan family masing2, bawa anak2 pergi jalan2. Inilah impian aku.

Tapi hakikatnya, alhamdulillah Allah tetap beri peluang tinggal bersama, sekurang2nya buat sementara waktu, sebelum kami bakal dipisahkan awal tahun hadapan kerana tuntutan kerjaya aku :( Terpaksa berpisah lagi antara 2 negeri. Aku percaya semua ni adalah percaturan Allah yang terbaik. Sekarang aku masih tak nampak di mana keindahan dan hikmahnya. Namun aku berdoa supaya lambat laun kami akan disatukan kembali, dapat tinggal bersama, live the life we wanted. For the time being, aku juga berdoa semoga kami dikurniakan kekuatan untuk menempuh fasa baru dalam hidup ni.

We only have one life. We planned. But Allah is the best planner. Indeed, His plan is the best for us. Actually PJJ bukanlah seteruk yang disangka. Cuma aku dah penat berjauhan dengan keluarga, dengan insan yg tercinta. Dulu aku di Beijing, dia di Russia, dan keluarga kami di Malaysia. 5-6 tahun terpisah. Sekarang aku dah taknak berjauhan lagi. Tambahan pula, anak sulung kami bakal lahir tak lama lagi. Ya Allah, semoga doa kami didengari. Halangan dan cabaran kat atas dunia ni terlalu banyak, sampai aku dah tak nampak jalan keluar kepada masalah ni. Kami hanya boleh berusaha namun Allah yang akan menentukan segalanya, semoga doa insan kerdil sepertiku didengariNya.

Mungkin lepas ni, aku perlu expect less. Jangan terlalu suka mengharapkan keindahan. Seperti apa yang aku alami di zaman kanak-kanak dan remaja, terlalu naif mengimpikan itu ini. Padahal hakikatnya tak seindah mimpi. Mungkin juga aku perlu lebih bersyukur, kerana nikmat yang dah diberi terlalu banyak. Tapi aku tetap berharapkan kepada benda yang tak diperoleh. Mungkin ini teguran Allah untuk insan tamak sepertiku. Terlalu mahukan keindahan, terlalu mahu penuhi kehendak hati.

Semoga Allah membantu keluarga kecilku ini. Amin.