Masa sekolah menengah dulu aku ada seorang adik angkat. Zahida kalau tak silap nama dia. Aku tingkatan 5, dia tingkatan 1. Pada penghujung tahun 2007, aku bakal menduduki SPM, manakala bebudak lain dah selesai peperiksaan akhir tahun dan mula berkemas untuk cuti sekolah yang panjang. Sebelum diorang balik, Zahida datang dorm aku dan bagi hadiah. Ada kad ucapan yang berbunyi lebih kurang begini:
"Selamat menjawab SPM kepada Kak Sakinah. Saya doakan Kak Sakinah dapat keputusan yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara."
Aku senyum membaca ayat pertama dan ketawa berdekah-dekah membaca ayat kedua. Haha. Sebabnya, masa SPM dulu, aku kategori atas pagar. Subjek teras memang lingkup, subjek elektif cukup makan. Walaupun sekolah asrama penuh, dikelilingi bebudak pandai. Aku sederhana sahaja, boleh kata, sederhana kelas bawah. So sangatlah mustahil untuk aku dapat sambung belajar ke luar negara kan. Memang tak pernah terlintas langsung di fikiran. Aku ni, entah masuk universiti pun layak ke tidak tak tahu lah. Target aku hanya nak masuk Kolej Matrikulasi ataupu Maktab Perguruan.
Namun aku sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Zahida kerana sudi memberi hadiah, dan mendoakan aku. Terharu rasanya.....
Setahun berlalu, aku ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Beijing, China, dengan biasiswa penuh Kementerian Pelajaran Malaysia. Allah...... Allah....... Allah........ Nikmat manakah lagi yang harus aku dustakan. Serta merta aku teringat akan doa dan ucapan yang diberi oleh Zahida. Masa tu dah lost contact, takda nombor telefon mahupun email. Aku nak ucap terima kasih kerana mendoakan aku. Walaupun masa tu aku macam rasa... eh tak mungkinlah. Tapi kuasa Allah melebihi segalanya. Mungkin kerana doa adik angkatku itu, Allah memberi rezeki padaku. Sungguh rasa kerdil sangat. Dengan keputusan 6A3B sahaja, bukannya 9A, bukannya 10A pun.... Rata-rata yang mengenaliku tahu bahawa Sakinah ini hanyalah sederhana sahaja. Namun aku sangat terpesona dengan kuasa Allah. Dia memberi rezeki terbaik. Syukur Alhamdulillah.
Sekarang pula tahun 2017. Sepuluh tahun berlalu. Aku dah pun balik ke Malaysia dan mula bertugas. Aku mendapat posting di Bidor, Perak. Jauh dari keluarga dan suami serta anak kecilku. Ogos 2016 aku lapor diri. November 2016 aku mohon pertukaran melalui sistem egtukar. Keluar keputusan bulan Disember, gagal. Aku akur dah faham kerana aku baru sahaja bertugas. Tak mungkin mereka meluluskan. Namun aku hanya mencuba. Awal tahun 2017 bermulalah cabaran sebenar. Aku membawa anak kecil ke sini, hidup berdua jauh dari suami. Terlalu banyak cabaran yang aku tempuh. Mungkin kerana jiwa belum cukup kuat, kelemahanku sendiri.... Maka sekali lagi aku mohon pertukaran melalui egtukar pada Mac 2017.
Mei 2017, keputusan bakal keluar. Aku sengaja bergurau dengan anak muridku. "Korang doakan cikgu dapat tukar tau." Mereka terus protes cakap taknak, taknak.... Nanti siapa nak ajar kami PJ, kami suka cikgu. Okay, aku senyum sahaja. Aku fikir, doa anak-anak kecil ni mesti Allah makbul. Sebab diorang suci tanpa dosa. Kerana aku terlalu desperate untuk pindah, semua orang yang aku kenal, aku minta jasa baik mereka doakanku. Umi, abah, suami, adik-adikku, saudara mara, juniorku yang pergi umrah, semua lah. Tak putus-putus aku suruh diorang doa. Sampai lah ada suatu hari, sebelum cuti pertengahan tahun, ada seorang murid datang kepadaku, "Cikgu, saya doakan cikgu dapat tukar."
Masa tu dah pukul 12.00 tengahari, semua guru dan murid dah berkemas nak balik. Cuti panjang 2 minggu. Tetiba murid tu, nama dia Shaheena, datang kepadaku dan cakap dia doakan aku. Aku terpana, dan senyum. Dia pun senyum. Aku ucapkan terima kasih dan selamat bercuti. Dalam hati aku tak fikir apa-apa. Sebab tak mahu terlalu berharap nanti kecewa.
3 Jun, semasa dalam cuti sekolah, PERMOHONAN AKU DILULUSKAN. YA ALLAH........ YA ALLAH...... YA ALLAH............... Sekali lagi kau makbulkan doa kami. Sekali lagi aku terpana dengan kekuasaanMu YaAllah.... Terus aku teringat doa anak muridku itu. Dan doa ahli keluarga serta sahabat.
Sebabnya, pertukaran guru merupakan proses yang paling rumit dan peratus kelulusan adalah sangattttt rendah, Terutamanya kepada guru yang setahun jagung macam aku ni. Semua orang cakap mustahil, mesti kena tunggu 3 tahun dulu baru lulus tukar. Aku redha, aku dah tak kisah pun. Tapi apabila Allah menunjukkan kuasaNya, sekali lagi aku terduduk! Syukur padaMu Ya Allah... Walaupun aku ini hamba yang penuh dosa, namun masih sudi Allah berikan nikmat sebesar ini.
Lalu aku terfikir, dua peristiwa besar ini dalam hidupku..... Mungkinkah kerana doa mereka? Sudah pasti! Doa mereka yang awal2 aku anggap, eh tak mungkinlah.. Doa itu yang Allah makbul. Doa ibuku yang menangis di tikar sejadah. Doa suamiku yang tak putus-putus. Doa ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Maka aku sangat berasa rendah diri....... Kerana doa kalian, aku mendapat nikmat.
Oleh itu, aku juga mendoakan kebaikan yang sama malah lebih lagi untuk kalian. Ya Allah, berkatilah mereka, murahkanlah rezeki mereka! Terima kasih Allah atas nikmat Mu yang melimpah ruah pada kami. Allahuakbar~~~