assalamualaikum.hi! rasa-rasanya dah lama aku meninggalkan arena pantun.hehe.tiba2 terasa mahu berpantun kembali.emm.mungkin pantun kali ini tidak setanding dengan yang lama,tapi baca ajelah ye.maklumlah dah berkarat.haha.lama gila kot tak tulis.apa2 pun,semoga bermanfaat :) insyaAllah di lain masa aku buat yg berkualiti sikit daripada yg ni.
bersilang kenanga di hujung musim;
sifat malu lambang peribadi,
tunjang akhlak seorang muslim.
mekar dahlia di tepi laman,
mawar berduri terang memerah;
andai darjat jadi ukuran,
muliakah kita disisi Allah?
bulan cerah di malam hari,
ku intai bintang di balik tabir;
melimpah ruah nikmat Ilahi,
mengapa syukur mahal di bibir?
amacam? haha.lawaknye.kalau cikgu aku yg lama dulu tengok ni mesti geleng kepala.takpelah.tunggu pantun seterusnya ok.erm.sambil2 tu,fikir-fikirkanlah maksudnya.ke ada yg nak jawab ke? silakan.silakan. :)))