Monday, December 31, 2012

kalendar baruku

sebenarnya kan,setiap tahun aku pasti tidak ketinggalan untuk mendapatkan kalendar berbentuk kotak2 ni..macam planner la senang cakap..tapi ia mesti boleh berdiri tegak,ada space yg cukup utk aku menconteng/mark tarikh2 penting dan juga reminder utk tugasan n dateline or events as well..masa mula2 fly ke beijing dulu,aku tak reti langsung nak manage masa dan jadual harian smua lah..apa2 pun main ingat2 camtu,kadang2 tampal shortnotes,kadang2 tulis kat buku kecik ja..tapi alhamdulillah,dengan cara2 tersebut,ditambah pulak dengan kalendar kotak2 ni..urusan harianku menjadi lebih tersusun dan sistematik! lagi satu,memandangkan aku study kat luar negara,aku juga memerlukan kalendar msia yg ada mark tarikh2 cuti sekolah,perayaan smua tu..ini jugak demi memudahkan perancangan semasa cuti dan perancangan jangka panjang! alhamdulillah..sekarang,semuanya mudah dan tersusun dengan kedua2 jenis kalendar ini..
actually,ada bnyak application digital,online yg kita boleh install atau muat turun untuk memudahkan pengurusan,namun aku lebih selesa menggunakan pen lalu terus menconteng..hehe..

insyaAllah,esok pun dah nak masuk tahun baru kan..maka eloklah kiranya aku menutup kalendar 2012 dan membuka kalendar 2013...dengan lafaz bismillah,dengan penuh rendah diri,aku berdoa semoga tahun baru ini mampu menjadikan aku yg lebih baik dari sebelumnya..amin..

*doaku panjang sgt sbnarnya....xpalah..biarlah hanya Allah saja yg mendengar..senyum,tarik nafas panjang2..bukak mata...dengan menyebut nama Allah..dengan izinNya jugak,semoga kita semua gembira di tahun baru dan berusaha lebih kuat utk mendapatkan redha Allah..amin.. (^_^)




she and hers 2012 edition done.

she and hers 2013 edition will just begin.insyaAllah.
bismillahirrahmaanirrahim.....

(^_^)


i wish...

i wish tonight will be the night that we hangout together..
having dinner..some chats..and make countdown for the new year..

i just want to relax...

insyaAllah..soon,i will be on holiday..can't waitt!!

therapy for minds..
berehat di tepi pantai..i wish..



#i miss u..





and ouhhh..HAPPY NEW YEAR! 2013!



bismillah~


24 jam terakhir di tahun 2012

bismillah...

my feelings mixed up..
macam tak percaya..dah nak melangkah ke tahun baru.tahun 2013...
cepatnya masa berlalu..esok aku akan berumur 23 tahun..
umi dan abah umur 58 klu x silap..tp bg aku umi tetap muda smpai bila2..
adik aku pulak masing2 akan berumur 21 tahun,20 tahun,19 tahun dan 17 tahun!
yaAllah..kami semua dah besar rupanya...

jom2 muhasabah.....
semoga kita semua dpt jadi muslim yg lebih baik dari sebelum ni....amin...

midnight

i cant sleep...


























and i miss my beloveds so much...

jom tgk gmbr....
<3 p="p">
ok now i can sleep..
guten nacht!


Sunday, December 30, 2012

aku nak jual barang terpakai

hari ni saja dah 3 post aku kat blog ni..pergh..haha..actually aku nak bg bilangan posts tahun ni mengatasi bilangan tahun lepas..dan nak cover balik benda2 yg aku terlepas nak post sebelum2 ni...

okey kalau tengok tajuk pun dah tahu...aku nak jual barang2 terpakai...
memandangkan semester depan adalah semester yg terakhir aku di beijing foreign studies university ini,maka insyaAllah...aku pun akan grad,dan akan bawak balik barang2 yg maha banyak! kalau nak ikutkan antara semua budak perempuan kat sini,rasa2nya barang2 aku agak sedikit berbanding yg lain..bukan lah sikit gila tp nak compare dgn yg lain..sikit jugak la......tapi ada lah harta benda yg tak seberapa ni...yg berfungsi dan berkhidmat sepanjang aku hidup di china ni...

so,takkan aku nak bawak balik semua barang kan..ada yg kaca,ada yg besi,kayu plastik,getah letrik semua berbagai2 jenis...haha..aku plan,nanti nak kelaskan ikut kategori dan warna..sbb mostly barang2 aku warna putih..hihi..bajet princess semua nak putihhh je...penat aku angkut dari ikea semata2 nak dapatkan koleksi barang2 kaler putih ni..sayang mmg sayang tapi maybe nak jual je kot...mana tau kot ada org nak beli..hehe..
andaikata tak laku,terpaksa lah bawak balik msia..

kuatnya berangan..dah sampai kesini aku berkhayal...hoiii tesis pun habuk pun x nampak lagi ada hati nak grad!.alahai....sakinah...haha..

tapi tak salahkan kalau mahu merancang dari skrg...kekeke...

nantikan koleksi barang2 jualan aku akhir semester depan...bubbye!!

souvenir balik kampung...

tak lama lagi dah nak balik bercuti..
cuti semester edisi winter

usually,i will get something for my families and friends..
just anything as a souvenir..

selalunya kalau beli,mesti banyak..masa mula2 dulu tak reti lagi nak budjet
sekarang dah pandai sikit,kurangkan benda yg tak berfaedah,lebihkan benda2 yg penting
benda yg senang dapat kat perlis,x perlu susah2 beli kat beijing ni...
aku pernah bawak balik hadiah utk family mcm barang2 perhiasan rumah.
padahal tak berapa nak guna sgt pun..
then tukar kepada pakaian,ataupun beg...senang cerita,tnya depa nak apa,belikan

masa cuti bila ntah,aku tak sempat nak p beli yg cantik2..last2 aku decide
bawak balik makanan..haha..macam snacks,megi china yg sedap,milk tea in cup,chocs, etc..
pernah jugak aku bawak balik biskut2 yg dalam balang..ala2 biskut raya camtu..
sebab time tu dah dekat raya..nanti takyah beli kuih raya dah..hehe

alhamdulillah semua orang suka..tapi kali ni aku betul2 tak tahu nak beli apa..
duit pun bukan bnyk sgt,..tapi still nak beli..sbb rasa tak best kalau balik dari tempat jauh2,
tangan kosong ja sampai rumah...
skrg ni aku tgh fikir nak cari benda yg special nak bg kat umi.....
teringin nak beli handbag,aksesori mcm2 utk umi..tapi umi x berapa suka benda2 kebendaan ni..huhu
tapi dulu aku bg kain,umi suka..bleh buat baju..
masih berfikir lagi ni..tak kira, i must get something for my beloved umi...tp kena cari yg betul2 bleh buat umi suka..kalau x nanti aku kena marah sebab membazir...umi tak suka aku susah payah beli macam2 utk dia..huhu..tapi aku nak jugak..walaupun murah.x seberapa...i know she will accept it..because she love me..=))


insyaAllah lepas setel exam semua nanti,aku akan meredah kesejukan pergi keluar mencari buah tangan utk my family...and friends..especially utk my bff..dah lama x bg hadiah kat dia...and ouhhh..utk kawan2 yg melangsungkan perkahwinan juga...hee..im so happy for them...

kalau mamat baca ni,mesti dia merajuk sebab aku x mention pun nak beli kemeja kat dia..haha..insyaAllah nanti kakton mesti akan beli kemeja utk mamat ok..dah lama dah aku selalu usha baju2 kat kedai..semua cantik2...teringin nak tgk mamat pakai kemeja,cardigan camtu..mamat dah besaq la ni..mesti smart klu dia pakai....sama jugak utk dayah,diena ngn tah..must have something really22222 special for themmm!!

yaAllah bagi la aku lepas exam dengan tenang....amin....




aku dan bahasa......arab :p

esok akan berlangsungnya exam bahasa arab.
doakan aku yep.
bye.nak p baca buku.
skrg baru nak serius membaca.
aku mmg suka cari nahas.

*to be continued.

baru perasan,tahun 2012 tinggal lagi 2 hari.
hari ni ada lg beberapa jam,pastu esok 24jam.
insyaAllah kalau panjang umur,dapat lah jejak ke tahun baru 2013.
bismillah...=))

#ini sambungan.

aku dan bahasa arab.kat sini,selain bahasa cina,aku pernah belajar bahasa jepun dan bahasa inggeris.skrg,nak belajar bahasa arab pula.oh,kat sini semua bahasa2 asing tu diajar menggunakan bahasa cina sebagai bahasa perantaraan! huhu.sangat mencabar ok.tapi aku nak try jugak.

kalau english tak dak masalah sangat sbb kat msia dah belajar banyak.tapi sejak belajar mandarin,dah rasa english aku makin teruk sebab kurang praktis.hmm.takpelah.bahasa jepun pulak,wowww..ini lah angan2 aku dulu nak p jepun further study kat sana,tapi perancangan Allah lagi cantik,aku further study ke jiran negara jepun,iaitu tanah besar china =) erm,masa sekolah menengah dulu aku sangat perform dalam japanese language sebab minat yg luar biasa! tapi again,sebab dah tinggal lama,memang lupa habis! huhu.rasa nak nangis padahal dulu siap boleh tulis karangan lagi! tapi level 4 jelah.bila sampai kat beijing,kena belajar jepun balik,aku pun happy la.cuba ingat2 balik mana yg dah berkarat tu.masa belajar kat sini,aku dapat rasa SUSAH tu sebab belajar bahasa asing pakai bahasa asing lain sebagai perantaraan.memang sangat mencabar,tapi alhamdulillah boleh bawak =) untuk semester 7,aku pilih lagi satu,bahasa arab! pernah belajar masa tadika sampai darjah 3.pernah dapat 100.haha.tapi semua tu kenangan.sekarang memang satu apaaaa punnn tak ingatttt!!!! wuwuwuw..untuk bahasa arab ni lah yg cabaran paling besar.sebab arabic is not easy.but i find it interesting belajar arab guna bahasa cina! sangatt bestttt,alhamdulillah.nak hafal ataupun nak buat tips apa2,senang sangat.i mean,lebih mudah.alhamdulillah,aku enjoy belajar arab.

at the beginning,aku macam main2 la sikit.sebab fikir exam lambat lagi.tapi someone tegur.dia cakap orang lain susah sangat nak dapat peluang belajar arab,kenapa aku nak main2? sentap kot.lepas tu baru lah aku ingat balik niat awal-awal dulu belajar arab.huhu.ya,aku belajar sebab nak faham Al-Quran,sebab nak pergi Mekah n Madinah suatu hari nanti.aku nak pergi negara Arab,dan nak cakap bahasa arab dengan bergaya! so i know i have to start learning arabic.mula2 ni rasa susah woo..huhu..berbalik kepada tujuan aku..yalah, aku pun ada jugak cita2 nak merantau ke negara timur tengah,entah lah kenapa tapi aku nak.yg pasal Al-Quran tu,rasa sedih sangat.baca terjemahan je.tu pun malas!!!! sad =( orang cakap kalau faham arab,baca Al-Quran lagi terasa.tak tau la orang la cakap.tapi mesti la betul kan.kalau terasa baru lah nak beramal,kalau tak terasa duk baca jelah.wuwuw.....teruknya aku.......

anyway,kat beijing,aku belajar arab utk 1 semester saja.tak tau lah sem depan ada lagi atau tak.kalau ada aku nak.kalau xdak,kat mesia nanti nak sambung la belajar.semoga lepas ni aku lebih serius belajar arabic.

Saturday, December 29, 2012

3 days left for 2012

as usual when the year comes to an end,i will look back and rewind my casette for 2012.what's been happening,what had i changed,what has changed,what already changed,what has i achieved,where i've been..what have i done..how much did i learned as in really learn something?..there's so much to think of...but for me,it's pretty important to think about those points as we can "muhasabah" and make some analysis for ourself.i mean,from the questions anwered,i can at least know a little closer my own ability,my weaknesses,my bad,my wrongs..and many more..in other word,i can know myself clearer and be wiser than before..people did mistakes right..so do i..will i just leave the wrongdoings just flow and passed along with time? of course i want to change right..so analysis is a must.yes.what we call it? again...muhasabah should be the correct word.

honestly,i learned a lot during 2012.so much...i just hope that what i had gained,i will apply them in my life.towards becoming a better person,insyaAllah.i really wanna do that.really want.may Allah help me and guide me to be a better muslimah..aminn..

*hope i could write more

Friday, December 28, 2012

winter photo 2




syg hampa..







winter photo

setiap kali aku nampak fuwuyuan pasang pokok berhias lampu liplap ni,mesti akan ada rasa cam excited.hehe.sebab my birthday is just on the corner! kebetulan birthday jatuh on 25th december kan^^
anyways,bila ingat2 balik,dah 5 tahun aku celebrate birthday kat beijing.and tahun ini,
 is the last year.
tahun 2008,2009,2010,2011 & 2012

Wednesday, December 26, 2012

appreciation..

alhamdulillah..thanks to all my beloved family and friends for making me smile the whole day..for making me smile again...i love all of you...

ada banyak lagi hadiah yg aku dapat..semuanya aku simpan dan guna elok2..seriusly,terharu sgt..bukanlah sbb aku ni suka gila2 kat barang2,tapi kalau ada orang bg something tak kira la apa pun,aku sayang sangat,aku akan guna smpai dah xleh guna dah.sebab benda tu mahal bg aku,tanda ingatan seseorang kat kita tu sangatttt mahal..alhamdulillah,thanks tau kepada semua yg bg hadiah,yg mendoakan,yg bg sms tak henti2...tepat pukul 12 malam,aku mesti dapat msg dari che-ti..aku pasti tertunggu2 sms tu..sbb,it is just so special.......aku syg hg,che-ti...thankyou so much.....

and for my family...of course,aku sangat2 appreciate..setiap sms,call,doa,hadiah dan ingatan n semua lah..setiap tu,aku sangat2 sayang dan hargai..alhamdulillah i feel blessed=)) rindunya kat family.................

for someone,thankyou! may one day we could celebrate our birthday together,amin..

dengan penuh rendah diri,saya ucap terima kasih kepada semua ye..hehehe




# Allahu Allah, syukur alhamdulillah =)

Tuesday, December 25, 2012

today is my birthday

alhamdulillah selepas surprise yg aku terima semalam,hari ni adalah hari yg indah.aku bersiap macam biasa ke kelas.tak putus2 ucapan selamat yg datang.yaAllah,happynya! yg buat aku paling terharu ialah,ingatan seseorang terhadap diriku yg kerdil ni.you know,in college during 25 dec everyone is so busy with final exam,final project,thesis,nak buat revision,kejar dateline lagi.sama jugak dengan orang lain,semua orang busy,me too..and aku faham sgt situasi yg sibuk mcm tu,time is so priceless! mmg tak cukup masa.

tetapi,dalam keadaan busy tu,kalau lah ada lagi org yg masih sempat do something for me..aku taktau nak cakap apa.serius buat aku terharu sgt..the thing is..yeah,im surrounded by kind-hearted people.alhamdulillah!! syukur sangat..tak terkata..and i know,its because they loved me so much =) terimakasih semua <3 font="" nbsp="">

pernah juga aku terfikir,kalau lah xde org wish,dan kalau lah aku x celebrate birthday,mcm mana agaknya..honestly,aku insyaAllah okey ja..sbb dari kecik tak pernah sambut pun..hehe..pernah la tp tak jadi kemestian pun..tp bila dah besaq ni,rasa best plak sambut birthday..best sbb terharu dgn ingatan family,friends,kenalan smua lah.huhu..alhamdulillah..

okey,cerita tentang hari ni pulak.di kelas.weeee.my classmates buat surprise lagi.Aina masak puding custard chocolate,yg ada jelly tu.sedapnya..huhu..best2..alhamdulillah..im so happy =)) makan2 n sembang2 kat kelas dengan cikgu sekali..hehe..thanks semua..aku takkan lupa..sbb ni kali terakhir celebrate birthday di oversea,di tempat belajar..

okey,malam tu pulak..ada lagi..mungkin inilah kemuncaknya..huuu..i wasnt in the room at that time,around 8pm.i was in the bathroom.but i can hear voices,i know Akmal cakap nak datang..pastu nadia datang ketuk suruh aku cepat sikit..ahha..bila nak masuk bilik tu,tgk selipar bnyk sgt kat luar,sape lg yg dtg? rupa2nya....kawan2 aku!!!!..my friends,my batchmates,my classmates,my sisters my love lah..haha..happy nya ramai jugak yg datang..ouhh..diorg dtg bagi hadiah birthday..huhu..terharunya sanggup mai jauh2,panjat tingkat 6 mai tunggu kat bilik siappp..dan bawak hadiah...then diorg suruh lah bukak..hadiah dalam kotak besar..wow..hehe..excited ni..suruh teka,aku jawab la...ermmm..tea set? haha sebab berat! i guess la..pastu diorg senyum,aku ingat betul la..sekali bukak....SEWING MACHINE!!!!!!! a complete SET of sewing machine!!!!!! yaAllah~~~ huhuhu..aku nangis terus..sebab i want it so baddddddd but couldnt afford to buy it..dah bertahun aku survey nak beli sebuah mesin jahit,tapi tak mampu jugak..last2 hasrat tu berkubur dalam hati...and today,Allah makbulkan hajatku,Allah hantar melalui sahabat2 ni...wuwuwu.....terharunya..........
they are so kind to me............but me? wuwuwuw...nangis lagi..............

lepas tu,aku dah x nangis dah..cuma terkejut,happy,teruja! ya Allah......alhamdulillah.............................
aku peluk sorang2 kawan2 semua..thankyou girls~~~

masa diorg dah nak balik tu,Aina secretly told me..Akmal yg plan..sebabnya..ada satu kisah..
ada la satu hari tu dalam kelas,aku tengah mengantuk,bosan..main conteng2 kertas..pastu Akmal bg note yg ada lukis gmbar mesin jahit.msti dia pun tgh ngntuk tu yg main lukis2 tu.pastu bila tgk gmbar mesin tu,aku pun tulis la caption kat bawah tu.just main2 jela.aku tulis, 
“如果有人能送给我这个礼物,我会爱他一辈子”
maksud=kalau ada orang boleh bg aku hadiah mesin ni,aku akan cinta dia seumur hidup
aku main2 ja tulis kat kertas tu,pstu sambung mengarut dalam kelas.haha.serius takdak maksud apa pun! tak teringat langsung pasal birthday sbb rasanya time tu lambat lagi birthday.
-------------bila dengar Aina cerita,i was like.....yaAllahhhh terharunya akuuuu...huhu..tak sangka betul..kat kotak hadiah tu ada tulis nama2 kawan2 aku yg sama2 bg mesin.i know ada lagi tp diorg tak tulis nama.i knoww all of them are so kind,so thoughtful..and i know they love me..and of course,i love them too! tak tahu nak cakap apa,cuma berdoa semoga ukhuwah persahabatan ni kekal sampai bila2,dan semoga Allah kurniakan kebaikan kepada semua yg menggembirakanku,kepada semua yg mendoakan..amin..



my beloved classmates =) yg kanan sekali guru kelas Chen Kang Kang.

happy~

ni lah hasil air tangan Aina,sedap sgttttt...

alhamdulillah i turned 22 years old

inilah gambar mesin jahitttt yg sangatttt best tuuu...heeeee..thanks korang!! love you all!!!

okey yg ni wishes from all of them...yaAllah i love them..thanks again,my dearest friends!!


ni lah mesin jahit tu..heeee..cute kan? me love it sooo muchh!!

rasa nk tidur peluk mesin ni..hehehe...

thankyou everyone!!



Monday, December 24, 2012

my love to all of you in endless

i love all of youuuuuuuuu!!!!!!

malam tu aku tengah bingung fikir pasal camna nak guna internet univ.sebab dah janji dengan fiza nak share,pastu aku tunggu la kat bilik.dia cakap malam tu nak mai tolong aku.okey,sambil2 tu aku online,buat kerja sikit,skype sikit.dalam kepala otak aku hanyalah tugasan2 folio tesis yg masih tak buat.yaAllah memang aku serabut sangat fikir pasal tesis.rasa nak nangis beb.kenapa la susah sangatt benda  ni.at the same time,aku tengah plan jadual utk study.sebab time tu dah kira study week la.semua orang termasuk aku memang kalut study.masa tu dah rasa dah bahang2 exam,tidoq tak lena,makan pun entah kemana.haha.lawak gila,bila pikiaq balik,i love it.suka perasaan nervous tak tentu pasal tu.okeyh.dalam keadaan macam tu,mana la aku nak pikiaq sangat pasal birthday kan.haha.actually birthday aku esok tu,bukan malam ni.so chill.tengah malam nak tidoq sat gi baru fikir.

pastu fiza mai ketuk bilik,aku pun semangat la tunjuk laptop kat dia bagai.cerita la pumpang pumpang.pastu tiba ada orang ketuk lagi,aku main bukak ja pintu tak tengok pun.skali tengok,tadaaaa..SURPRISE!! kawan2 aku bawak birthday kek siap lilin semua..oh my..huwaaa..nikmat apakah ini..yaAllah syukur..... terkejut gila kottttt! hahaha..aku hanya mampu gelak dan senyum dan ahhh happy lah..haha..pastu depa suruh tgk kat kek tu,tulisan dia.hihi.pastu aku pun speechless.rupanya orang jauh yg kirimkan kek.waaaaaaaaahhhhhhhh.me so terharu lah!! haha.

pastu kawan2 yg lain pun menyusul.ohhhh happynya..pastu aku terus lupa pasal kerja.haha.kitorg makan2,sembang2.usik mengusik.hikhik.best woo..i feel like..ahhh,so happy!! org jauh yg kirim kek tu pun menyaksikan saat2 terharu tu.mwehehe~

bukan apa aku tulis ni sebab nak abadikan kenangan malam tu..setiap kali birthday aku kat beijing ni,mesti penuh dengan surprises.ouhhh..aku sayang kawan2 semua,dan sayang awak jugak,yg mengirim kek..hehe..

malam tu,aku tidur dengan senyuman,sebab umi mesej,umi call.pastu adik2 aku pun call jugak,mesej smua..dan sudah tentu sahabat tersayang pun tak pernah lupa hntar ucapan...terharunya!! aku tak padam msg2 smua simpan..sbb aku nak baca balik..sbb sayang~

dan sebenarnya ramai lagi orang yg wish sempena birthday aku yg ke 22 ni..melalui pelbagai cara,semuanya buat aku terharu,dan happy..ada jugak wish dari org yg aku tak sangka..ucapan yg tak disangka2..seriously,thanks much kepada semua yg wish,yg mendoakan kebaikan,yg buat aku happy,yg ingat kat aku...terima kasih banyak2..aku sayang semua~ memang la aku ni bukan lah siapa2 tapi dengan kehadiran orang2 yg sntiasa mewarnai hidup ni,buat aku rasa special =)

alhamdulillah,semoga umur baru ni menjadikan diriku lebih baik.amin~

thanks to all =))
sibuk bersembang terlupa nak amik gmbar kawan2.huhu.ni pun fiza tlg amik gmbar aku.ouhhh...thanks much everyone..me love you all~~

Saturday, December 22, 2012

antara komen membina dan sebaliknya

i have always want to write about this.but im afraid that it will offense anyone so i choose to keep it for myself.when i rethink about it,i feel like i want to...just write..hehe

but not for now cause currently i have a huge amount of worksss waiting for me..huhu..let this be the draft first..insyaAllah will continue later..moreeeee to write..

pray for my exams next week..on monday will have 中国思想史 chinese philosophy history? i dont know how to say it in english. then,arabic..then..中马翻译 chinese-malay intrepretation..and the list goes..汉语,口语,汉语概论 (chinese comprehension,oral,chinese introduction) and i have to finish the 2000 words mini-thesis for 中国风土人情 (china geography). anddddd...also have to finish the draft for subject 论文写作 (thesis writing). and many more...yaAllah...guide me..amin..

antara komen membina dan sebaliknya

amaran: penggunaan bahasa campur di sini,sorry..
note: baru sekarang ada masa and mood utk tulis pasal ni..actually aku pun dah x ingat kenapa aku nak tulis pasal ni..tapi takpalah..nak tulis jugak..

sebenarnya tajuk tu nak tulis camni "antara komen membina dan komen menghina" tapi takut pulak,so aku tukar..bukan apa bagi aku perkataan tu sangat sensitif..maaf kepada pembaca..maksud tajuk aku ni adalah antara pendapat yg memberi semangat dan sebaliknya..hehe..

kenapa aku terpanggil utk menulis pasal ni? sebab pengalaman aku sendiri kot.tak tau la.tapi kan pernah tak anda perasan,setiap kali berlaku sesuatu peristiwa atau pun hal ataupun persembahan,mesti akan disusuli dengan komen serta pendapat orang ramai mengenai perkara tesebut bukan? ataupun ulasan berbangkit.pada aku,ulasan yg menyusul selepas sesuatu perkara/feedback adalah sangat penting.kenapa? untuk penambahbaikan contohnya.kan? tapi hati2 kawan,kadangkala ulasan kita tu boleh disalahertikan oleh pembaca.macam aku sekarang,harap2 takde orang salah faham ye.huhu.

bukan apa,senang cakap.aku just nak remind kita semua.kalau nak komen atau bagi pendapat,biarlah bersesuaian dengan keadaan dan tempat.dan biarlah komen yg kita beri tu sesuatu yg dapat membina/menambah baik. bukanlah sesuatu yg menghina ataupun menjatuhkan.sedih sangat.bagi sesetengah orang,mungkin komen mereka nampak biasa2 sahaja,tapi hakikatnya pedas dan pedih utk si penerima.memang lah,bukan mudah nak puaskan hati semua orang,tapi kita boleh usaha.

insyaAllah aku bakal menjadi guru suatu hari nanti.lagi banyak lah benda yg aku nak kena komen dan betulkan.harap2nya aku akan memberi komen membina kepada anak murid nanti.sebab apa? contoh la kan.nak habaq kata betapa komen ni penting.emosi murid lain,emosi orang dewasa lain.sebagai orang yg dah dewasa,kita kena la bg semangat kat budak/remaja.dalam situasi ni,kalau cikgu duk bg students jadi lagi down,memang silap lah.

macam tu jugak dengan situasi2 lain.mungkin pendapat aku ni betul,mungkin jugak salah.hmm..bukan apa,dah selalu sangat aku terima komen2 yg tak berapa sedap mata memandang,lalu masuk ke dalam hati.bukan nak amik hati sangat,cuma terkilan.bukannya kita tak boleh bg komen yg negatif,cuma biarlah berlapik orang kata.jangan sampai menyinggung perasaan orang.kadang2 tu,bukan aku mangsanya tapi orang2 terdekat yg kena,buat aku rasa lagi sedih.hmm.

ada banyak beza antara komen yg membina dan sebaliknya.let say benda tu memang tak cantik,tak perfect,tak boleh ka kalau kita tunjuk support sikit..bg semangat ka..sama jugak dalam pertandingan..kalah menang adat la,tapi komen2 pedas selepas tu yg buat aku rasa kecewa..macam memang tengah tunggu peluang utk basuh orang tu habis2..hanya disebabkan kekalahan.macam2 lagi la contoh dalam kehidupan ni..tak larat nak sebut.tapi tu la,aku pun entah2 pernah komen buruk2 kat orang...

aku mintak maaf ye.sekarang baru tersedar.huhu.

# jangan pulak lepas ni tak berani komen langsung! kita kena komen dan bg pendapat,supaya orang tu rasa happy dan bersemangat.okey..tu ja nak tulis..bye..



Thursday, December 20, 2012

im back

sebab hari ni tarikh 20.12.2012,aku rasa unik.macam teringin nak post something tp xtau nak cerita apa.

hari ni masa balik dari kelas,tiba2 hujan batu.orang cakap tu hujan batu.nampak macam snow turun,tapi sebenarnya dia air mcm ais sagat.haha.tak reti nak cakap camna.memandangkan aku kayuh basikal balik ke hostel,memang sangat mencabar lah bak hang.dengan sejuknya lagi.yaAllah...inilah cabaran dan dugaan.huhu.apa2 pun,aku bersyukur sebab selamat kayuh basikal balik ke bilik terchenta.hehe.alhamdulillah.ok tu ja nak update.minggu depan aku exam.doakan k.thanksssssss..bye

assalamualaikum :))

Sunday, December 16, 2012

hiatus

things that i afraid the most,already happened.
i will be on hiatus.
till when?
i have no answer.

Saturday, December 15, 2012

penguin

i could sense that...
i might lose you...


Thursday, December 13, 2012

realiti dan fantasi

bila aku lihat keindahan realiti pada hari ini,aku mula berfantasi akan masa depanku.mengharapkan semuanya seindah mimpiku itu tadi.tapi betullah kata orang tua,jangan bermimpi di siang hari.namun hatiku tetap mahu menyangkal kerana tanpa mimpi manakan wujud kenyataan.

pada aku,bila sampai tahap di mana sesuatu itu terlalu sukar untuk digapai,cukuplah aku merasainya sekadar dalam mimpi mahupun angan.sungguhpun begitu,aku tetap akan meneruskan usaha kecil ini.kerna aku percaya di akhir nanti,pasti ada secalit warna pelangi,yg sudi membiaskan cahaya ke sudut ini.

anganku akan terus berjalan,
moga ia seiring dengan usahaku.

Wednesday, December 12, 2012

the night

when i heard that korean guy singing 童话
my mind goes to someone.
fly across the continents.

eventhough you didn't know the language that i speak.
but you sing it well.
somehow im so proud of you.
that you managed to surprise me with the recording.

and when i miss you,
the recording always be my company.

right now,it plays again.

winter terakhir di china

alhamdulillah tarikh cantik 12/12/2012 telah turun salji yg sangat lebat di beijing.cantik betul pemandangan hari ni.tapi aku tak sempat nak ambil gambar sebab aku pergi kelas naik basikal.pakai mafla tutup muka,sarung tangan tebal2,kayuh basikal lagi susah nak keluarkan kamera.huhu.tapi aku menikmati setiap pemandangan yg terhampar di depan mataku.emm,indahnya...


#edited! ni gambar yg sempat snap lepas kelas..haha..my last winter in China perhaps..




taman belakang

on the way nak ke pasar kena lalu sini dulu.

taman belakang

ni masa awal2 snow turun.pandangan dari bilik bujangku.

ni kat kelas oral.snap masa rehat =)



i love bfsu.

Tuesday, December 11, 2012

dunia tersembunyi

pengembaraan hari ke 4 dan ke 5 di Hunan,China.

inilah pemandangan yang digelar dunia tersembunyi, Zhangjiajie.

perjalanan ke atas bukit bukau ni mengambil masa selama beberapa jam.rombongan univ kami bergerak dari daerah Jishou,menuju ke daerah Zhangjiajie.yang paling aku ingat,untuk sampai ke atas ni,perlu naik bas rapid yg disediakan oleh taman negara ini.perjalanan yg sangat mengerikan.melalui 180 selekoh! bas dipandu dgn kelajuan yg tinggi,dan agak merbahaya! memang sesak dadaku...tapi bila dah sampai atas,mashaAllah~ sangat cantik! =) oh ya,kami juga menaiki lif yang tertinggi di dunia, 380m ketinggian.kalau x silap la.dan lif tersebut berdinding dan berlantaikan kaca!! memang gayat habis la..tapi alhamdulillah pengalaman yg sangat menyeronokkan! jom tengok gambar..oh yaa.tepat ni famous sebab penggambaran filem Avatar juga dilakukan di sini..

bagi pencinta alam seperti aku,memang rasa nak nangis.kagum sangat dengan pemandangan semulajadi yg subhanallah saujana mata memandang! cantik sangat...walaupun aku sibuk mengambil gambar,tak lupa juga untuk berhenti sejenak dan menghayati serta berzikir memuji keaslian cipataan Allah swt.suhanallah......



di atas..


pokok al pine penambah seri

di sekeling batu besar ni lah si avatar tu berterbangan

ni kawan2 avatar.haha.gurau ja.ni sahabat2 aku yg vogue =p

cantik....

saujana mata memandang..masa ni dah nak dekat senja

tinggi woo

nampak macam belakang tu gambar kan? tapi hakikatnya kami di atas bukit..lepas ja palang tu adalah tebing yg curam!

ni jambatan semulajadi~

antara souvenir yg dijual..

yaAllah...takutnyaaa.....tinggi kotttt....

yg ni favourite aku...subhanallah

luas~

subhanallah...

pemandangan indah

speechless

memori indah di Zhangjiajie

senja pun berlabuh

kami nak balik dah....snap gambar dulu =)) time ni dah sejuk sikit...

insyaAllah,suatu hari nanti aku akan kembali ke sini...membawa insan2 tersayang,sama2 menjelajah bumi Allah yg bernama Zhangjiajie ini...selamat tinggal,Hunan~
#Hunan 5 days memories