Sunday, December 9, 2012

Quran Miracle

assalamualaikum..

minggu lepas aku masuk contest bagi nama utk tart nenas produk keluaran Najahbakery.syaratnya,bagi dua patah perkataan sahaja,tapi boleh bagi sebanyak mana cadangan yg kita suka.well well well,tak tahu lah kenapa aku teringin sangat nak join,pastu mula lah fikir macam2 nama yg glamour,yg mungkin dapat menambat hati juri.hehe.aku letak la nama: gold crispy tart,royal tart,palace kitchen tart,queen tart,royal pineapple,crunchy tart.

and guess what? syukur alhamdulillah aku telah terpilih sebagai pemenang.heeee.sukanya...diorg pilih nama Royal Tart.yaAllah aku bersyukur sangat.entah la,mungkin ni kali pertama aku masuk contest,dan kali pertama jadi pemenang.tu yg excited sikit tu.hehe.apa2 pun aku sgt berterima kasih la kepada pihak Najahbakery kerana sudi memilihku.thankyou so much!

anyway,macam mana aku boleh tahu ada produk Najahbakery ni? jeng jeng jeng.kisah bermula pada setahun setengah yg lepas.masa tgh buat preparation utk pertunangan,aku sibuk cari kedai yg buat kek cantik2.sbb ingat nak order kek utk jadikan hantaran.adikku Dayah Jelita pun promote la Najahbakery kat aku.dia suruh aku usha blog depa.dia cakap kek semua cantik2.bila aku usha blog Najahbakery tu,mashaAllah...tak terkata.aku jatuh hati sgt dengan semua design kek tu.mmg rambang mata habis la.setelah contact kak Najah,aku kurang bernasib baik sebab time tu tempahan dah ditutup.terlupa pulak masa tu bulan puasa.lagi beberapa minggu lagi nak raya,mestilah semua kedai kek sibuk kan.huhuhu.sedih2.tapi xpa,aku tetap berharap suatu hari nanti dapat jugak order kek dari Najahbakery.

ni nak promote sikit,bagi orang yang tak reti buat kek yg sedap2 tu,boleh lah order kat situ.aku tgk gambar kat fb mmg wahhhhh..bestnya.memang aku jatuh hati sangat.depa ada buat kelas,nanti lepas grad takpun time cuti semester kalau ada masa free aku ingat nak join la kelas buat kek tu.hehe.

ouhh ya lupa pulak nak mention.berbalik kepada contest tadi,aku rasa terharu sgt.sebab hadiah yg diberikan adalah sebuah mushaf Al-Quran.namanya Quran Miracle.dalam tu ada macam2 la kalau tak salah.ada maksud dalam bahasa melayu,ada gambar,peta,asbabun nuzul,ada panduan utk tajwid sekali rasanya.aku pun tak sure sebab tak pernah belek dgn details.sebelum ni aku pernah terjumpa kat pesta2 buku,kat kedai jual buku.mmg sgt interesting.menggalakkan kita utk bukak Al-Quran selalu.tapi sayangnya harga dia agak mahal.harganya memang berpatutan,aku tak kisah pun kalau orang jual mahal2,sebab memang bagus pun Quran tu.nak beli sesuatu yg baik,kenalah berkorban sikit kan.bagi aku,Al-Quran tu tak ternilai harganya.tapi kali ni,aku bersyukur sgt kerana akhirnya dapat jugak memiliki Quran Miracle tu.Sis Najah cakap,hari isnin depa akan pos terus ke rumah di Perlis.yaAllah...syukur alhamdulillah.aku berdoa semoga kami sekeluarga akan mendapat manfaat daripada naskhah Al-Quran tersebut.semoga adanya Quran tu nanti,kami semua akan lebih rajin membacanya,rajin mendalami seterusnya mengamalkannya.yaAllah...aku berharap sgt semoga kami sekeluarga dapat betul2 memanfaatkanya.amin YaAllah...

last but not least,aku kagum dengan Sis Najah.pertandingan yg dianjurkan bukan sahaja menguji kreativiti customer,malah hadiah yg ditawarkan sgt2 menarik.jarang ada pertandingan yg menawarkan hadiah berupa sesuatu yg boleh memberi manfaat berpanjangan.sungguh aku kagum.usaha yg sangat2 bagus...

inilah Quran Miracle tu :)


#syukur alhamdulillah.yaAllah,guide us every single day...amin.

No comments: