Thursday, April 30, 2009

My first SPRING in Beijing

Inilah kali pertama aku merasa musim bunga di negara orang,tanah besar China.Khabarnya,musim bunga di sini agak pendek tapi aku tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku mempunyai peluang melaluinya.Suhu yang sederhana sangatlah menyelesakan,angin pula sepoi-sepoi bahasa.Damai.Sana sini bunga banyak sangat! Cantik,comel,lawa,indah. Subhanallah. Untuk menikmati pemandangan lautan tulip yang cantik,kitorang telah pergi ke Beijing Botanical Garden.Serius cantik sangat bunga-bunga kat sana. gadis2 bunga

Sambil-sambil tu,kitorang berpiknik bersama keluarga Aini yang datang dari Malaysia.Makan nasi lemak! Huhu.Sedap!
Lepas makan barulah meneruskan sesi bergambar.Banyak jenis bunga ada kat sana.Warna plak terang-terang belaka.Pergh,memang best laa.Taman ni besar sangat.Tak larat nak jalan habiskan pusing satu taman.Dan aku sangat gembira hari ini.Tapi,kegembiraan itu akan lebih bermakna kalau keluarga aku ada sama kat sini.

Tuesday, April 28, 2009

End of April

Alhamdulilah.
Already finished my exams just now.
Just waiting for the results.
Hopefully it will be nice one!

Okay stop talking bout exams.So,we are going to go to another province in China.I present to u:Shanxi :-) Depart from here at early 6.30a.m of 1st May.Maybe arrive there(Datong) around the afternoon.InsyaAllah we'll spend 3 days there.Ohh,I can't wait! Haha.

I think I can say goodbye to April now.There are about 2 months to go before I fly back to Malaysia.Sometimes the homesickness really drives me out of line.Haha.So,by now I'm counting the days.It is okay since I got a lot of things to be settled down before going back.Takde la terasa sangat kan?And I'll make full use of the time left to enjoy the Spring season that I love! Lepas ni nak pegi Datong,Theme Park,Botanical Garden,shopping barang nak balik,then nak bla.bla.bla.,prepare ada lagi 2 kali exam,packing,BALIK!! Yeehaa~~~Plan bukan main lagi.Macam nak buat.Haha!

Mimpi Rasulullah s.a.w.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diIsraqkan"...

1)Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua ibu bapanya.

2)Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan,maka ia telah diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.

3)Aku melihat seorang dari umatku telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah,maka ia diselamatkan dengan zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.

4)Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat,tetapi solatnya yang khusyuk dan tidak menunjuk-nunjuk telah menlepaskannya dari seksaan itu.

5)Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dia dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah memberi minum hingga ia merasa puas.

6)Aku melihat umatku cuba untuk mendekati para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir,maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7)Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita sekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung,maka datanglah pahala haji dan umrahnya yang ikhlas kepada Allah lalu mengeluarkannya dari kegelapan tempat yang terang-benderang.

8)Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah sifat silaturahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9)Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kepada Allah lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sumber: BADAR 06/07.

Sunday, April 26, 2009

Big Day

Hari Selasa ini,aku dan kawan-kawan di sini akan menduduki peperiksaan kedua dalam semester ini.
Aku semakin malas nak baca buku.Pemalas giler ha.Haih.Apa la nak jadi.
Duihua tak siap lagi,recording pun tak wat lagi.Arghhh!
Sempat tengok movie lagi hari ni.Hohoho.
Dah la,aku nak p belajaq.Doakan aku.Huhu.
Dah seminggu umi tak call.Isk3.
GOODLUCK TO ALL MY FRIENDS.
我们要加油!
考试-头疼-考试-头疼-考试。

Wednesday, April 22, 2009

Beijing Zoo

你好!今天老师带了我们参观北京的动物园。
以前我很想去,可是没时间所以不去。
但是呢,总算我们可以一起去!很开心。。
虽然天气比较热,不过刮大风了。
非常舒服。
我看了很多动物。有的很可爱,比如说:熊猫。
我很喜欢熊猫。
这个动物园很大。两个小时后,我累了!
四点半,我们坐公共汽车回北外。


我和舒宁老师。Me n my Chinese Language teacher.

Titik Hitam

Seorang guru masuk ke kelas untuk mengajar anak muridnya.Pada hari itu,dia mendapati ada di antara mereka yang menghadapi masalah seperti masalah dalam pelajaran ataupun kehidupan masing-masing.
Sebelum memulakan kelas pada hari itu,dia mengambil sehelai kertas putih yang mempunyai satu titik hitam di tengahnya.Cikgu pun bertanya kepada murid-murid,apa yang mereka nampak.Pada masa itu,semua pelajar hanya memfokuskan pandangan mereka ke atas titik hitam tersebut lalu mereka pun menjawab bahawa telah nampak satu titik hitam.Mendengar sahaja jawapan para pelajarnya,cikgu berkata "Tidakkah kamu nampak sehelai kertas putih ini?Jika fokus kamu hanyalah kepada titik hitam yang kecil itu,maka semakin lama titik itu semakin besar pada pandangan mata kamu.Dalam pembelajaran dan kehidupan,kamu tidak boleh begini!"
Kemudian cikgu pun mengambil pula sehelai kertas hitam yang mempunyai titik putih di tengahnya.Cikgu bertanya lagi,lalu murid-murid menjawab dengan penuh semangat "Satu titik putih!".
Kali ini,cikgu pun gembira lalu tersenyum,dengan penuh harapan dia berkata kepada pelajar "Bagus sekali.Masa hadapan yang cerah sedang menanti kalian!".

Maksudnya:
Warna hitam melambangkan kesusahan dan dugaan hidup,manakala warna putih mewakili kebahagiaan serta harapan.
Di atas kertas putih ada titik hitam.Maksudnya di sini kita tidak boleh terlalu memandang kepada titik hitam iaitu masalah.Jika terlalu memikirkan masalah itu,maka ia akan menjadi semakin besar lalu menenggelamkan kebahagiaan di sekeliling kita iaitu kertas putih yang besar itu.
Sama juga ketika berhadapan dengan ribuan masalah.Di tengah-tengah kertas hitam itu bukankah terdapat satu titik putih?Maksudnya di sini,dalam kecelaruan masalah yang menimpa masih terdapat sinar harapan untuk kita menyelesaikannya.Jadi janganlah berputus asa!Gunakan titik putih yang kecil itu untuk memadamkan masalah yang menghempap diri.Dengan keyakinan diri yang tinggi dan usaha yang berterusan InsyaAllah kehidupan akan menjadi lebih manis.
Renung-renungkanlah.Untuk diri saya sendiri dan anda semua pembaca setia blog saya.Terima kasih.

Monday, April 20, 2009

Mereka di hati

Name 20 people you can think of off the top of your head. Do not read the questions until you write, and tag 5 people to do the survey.

1. Che-ti
2. Mamat
3. Tah
4. Diena
5. Dayah
6. Ima
7. Bilqis
8. Nazhirah
9. Solehah
10. Mizah
11. Zati
12. Fieza
13. Ain
14. Aina
15. Mariam
16. Shikin
17. Aini
18. Lili
19. Kak Jaja
20. Vivi

How did you meet 14?-Aina is my sweet friend here.hee.my classmate of course!

What would you do if you had never met 1?-I'd rather die too.Che-ti is my best friend I ever
had.huhu.MISS HER SO MUCH.

What would you do if 20 and 9 dated you?-I will be the happiest person.haha.Aku akan bergelak habis-habisan ngan Sehah yang cool.Vivi?ooh sudah 10 tahun tak ketemu.rindu dia.

Would 6 and 17 make a good couple?-Ima & Aini?haha.mereka saling tak mengenali pun.how come?

Describe no 3.-Tah.She is my beloved younger sister.Pretty,clever,independent,she looks more matured than me.hahaha.ooh,she is a sporty girl.Humorous too!

Do you think 8 is attractive?-Nazhirah.SURE! Chinese looking.She's so pretty!!

Do you know anything about no 12's family?-Fieza?dangran zhidao a.sebelum datang sini dah pernah pergi rumah dia.hehehe.

Tell me something about 7.-Bilqis is my classmate in secondary school before.She's cute,clever.

What is no 18's favourite?-Lili suka apa eh?menari tarian hati kama ngan aku.haha.memories.dia suka artis korea dbsk.

What would you do if no 11 confesses that he/she likes you?-Zati?hee.mesti la dia suka aku kan roomate dia.hahaha.

What languange does 15 speak?-Mariam speaks Malay,English,Chinese.Kan2?hehe.

Who is 19 going out with?-Tak tanya la plak kat Kak Jaja.hee.

How old is 16 now?-Shikin is 20 now.hehe.keshi kan qilai ta haoxiang 16 sui.ta hen piaoliang!

When was the last time you talked to 13?-Baru je kejap tadi borak ngan Ain,lepak kat bilik dia sambil makan agar2 milo.haha.

Who is no. 2's favourite singer?-Alamak,mamat suka sapa a?haa.shayne ward.

Would you date no 4?-Diena?Mesti laa.Tak sabar nak bertukar cerita ngan adik kesayanganku itu.huhu.

Would you date no 17?-Oohh SURE! Dia mesti datang bilik aku punya.haha.dui ma aini?hikhik.

Is 15 single?-Ermm.I think so.hehe.

What is no 11's last name?-Buang.

Would you ever consider being in a relationship with 10?-Mizah.Yepp.my cute friend.hee.

Which school does 3 goes to?now?-Tah(my adik) is in Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim,Kedah.

Where does 6 live?-Ima duduk kat kampung perik,Chuping,Perlis.lama tak pegi.hmm.

What is your favourite thing about no 5?-Dayah.haish adikku yang seorang ni.aku suka bila dia senyum,nampak dimple yang charming!hahaha.and aku suka gak bila dia wat lawak.hakhak.

And now I'm tagging:
+Ain.
+Nazhirah.
+Kak Nadz.

# terlalu ramai orang yang aku sayang..sekalipun tidak tersurat,tapi tersirat di hati..hehe..
"Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manis ucapan di bibirnya,tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya..."-Imam Ghazali.

Sunday, April 19, 2009

Wanita...

Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta Tuhannya
Yang mengalir cinta,takut dan harap
Yang menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu,dari hari ke hari
Sehingga perjanjian di antara jasad dan nyawanya berakhir…

Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang di mata dan wajahnya terpancar sinar Nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan diri menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh Kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar oleh kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana yang tidak bermatakan benda

Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari

Sesungguhnya Wanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku…
Jadilah kita..WANITA “Mujahidah” yang diimpikan itu...

Mampukah aku?Soalan itu kerap berlegar di ruang fikiranku.
Sumber: www.iluvislam.com.

Saturday, April 18, 2009

'Kecil Tak Bererti Kami Lemah'

Dalam setiap artikel,karangan, dan hasil penulisan yang dibaca pasti wujud tanda bacaan yang kecil malah tidak menyerlah langsung kedudukannya.Mereka selalu hadir di hujung ayat dan dalam keadaan yang senyap sunyi tanpa disedari.Ada sesetengah orang yang tidak sukakan tanda bacaan,lalu mengabaikan mereka.Tanda-tanda bacaan ini juga langsung tidak dihiraukan walau sedikit.Lalu mereka pun dengan perasaan kecil hati berkata: "Jangan pandang kami bersaiz kecil,hakikatnya kegunaan kami sangat besar! Kecil tak bererti kami lemah."

*Kalau baca Al-Quran,jangan tak hiraukan tanda bacaan pula ya.Sekadar peringatan.('',)

Tanda bacaan juga boleh menyampaikan maksud yang tersirat dan penuh makna.Hayati kisah di bawah.

Ada seorang doktor pakar psikologi menganjurkan satu majlis keramaian.Beliau meminta para tetamu yang hadir menurunkan tandatangan atau autograf masing-masing di atas kertas.Antara tetamu yang hadir itu ialah seorang pemuda yang sedang patah hati.Jiwanya bercelaru dan kehidupannya tidak tentu arah.Dia cuma membuat tandatangannya hanya dengan menggunakan tiga tanda bacaan ini.

1) ---
2) !
3) .

Doktor tersebut pun bertanya kepada si pemuda,
"Apakah maksud yang tersirat di sebalik tandatangan kamu itu?",katanya.
Lalu pemuda itu menjawab,"Awak tahu,sepanjang kehidupan ini saya tidak merasakan kebahagiaan dan kegembiraan.Apa yang ada hanyalah palitan duka dan selumbar pedih."
Selepas mendengar jawapan dari pemuda itu,doktor pun membetulkan tandatangan pemuda tersebut.Dia telah menukarkan ketiga-tiga tanda bacaan itu kepada:

1) ,
2) .....
3) ?

Maksud tandatangan pemuda itu ialah --- melambangkan kehidupannya yang berterusan dengan masalah.Bukankah di dalam ayat,tanda --- maksudnya peristiwa yang diceritakan berterusan?Tanda seru pula bermaksud halangan dan dugaan serta amaran yang mungkin dihadapinya.Bukankah di dalam ayat,tanda seru maksudnya perkara itu perlu diberi perhatian?Memang pun kita perlu memberi lebih perhatian kepada setiap halangan yang ada supaya dapat memikirkan penyelesaian yang baik nanti.Kemudian tanda bacaan yang terakhir ialah "." Titik membawa maksud penamat ayat bukan?Maka di sini ia membawa erti tamatlah kehidupannya akibat masalah yang menimpa.Atau dalam erti kata lain, "Habislah aku!".Beginilah tafsiran doktor atas tandatangan pemuda tadi.

Setelah dibetulkan, dengan niat untuk memotivasikan pemuda itu, doktor berkata, "Gunalah tanda koma yang bermaksud kamu masih mempunyai banyak perkara dan peluang yang perlu dilaksanakan dan direbut!Bukankah di dalam ayat, koma digunakan untuk menyatakan pelbagai jenis contoh dan pilihan?Tanda ".........." pula memberi erti bahawa kehidupan awak masih panjang,malah perjalanan hidup awak masih jauh.Awak masih muda maka jangan disia-siakan masa depan awak itu.Peluang terbuka luas di depan mata selagi awak mahu dan mempunyai azam yang kukuh untuk berusaha.Seterusnya saya tukarkan tandatangan awak kepada tanda soal.Kenapa?Kerana awak mesti menyelesaikan masalah dan persoalan-persoalan yang timbul dalam kehidupan awak.Janganlah lari dari masalah.Itu hanya akan menyebabkan kehidupan awak bertambah huru-hara dan kelam-kabut.Bukankah awak perlu bersungguh-sungguh?",hurai doktor tersebut panjang lebar.

Terkedu pemuda itu selepas mendengar kata-kata yang penuh makna dari seorang doktor yang prihatin.Dia merasakan bahawa dia telah mula bersemangat dan akan mengambil nasihat doktor tersebut untuk dijadikan pedoman dalam kehidupannya nanti.Akhirnya,dia kembali tersenyum gembira.Agaknya sudah lama senyuman itu hilang dari wajahnya.Hari ini,dia berjaya mengukirkannya kembali malah lebih manis dari yang terdahulu.

Tuesday, April 14, 2009

Camouflage

Alhamdulilah akhirnya boleh jugak aku upload video ni.
Kepada sapa yang belum tengok lagi,tengok la.
Kebesaran Allah s.w.t.
Subhanallah.
Camouflage...

Sunday, April 12, 2009

Chinese Traditional Exhibition

Yesterday we went to a school at Chaoyangmen District to attend the Foreign Students Chinese Traditional Exhibition 2009.Started at early 10a.m,we were happy to participate in all those traditional items activities.

There were many booths opened for us to learn varieties of things like; Zhongguojie(some colourful strings tied to form certain shapes),jianzhi(paper cut),shufa(calligraphy),mask painting,Beijing xiaochi(sour fruits dipped in melt sugar),and making dolls from melt sugar! Interesting though.I got myself a try for paper cut,Zhongguojie and calligraphy.While we were confused in making the Zhongguojie,there came the reporters with their cameras!Oohhh.And today,the news come out!Hahaha.Then I went to try the papercut.Choosing the easiest one,I got it nice.Hehehe.Unique art of Chinese.Also tried to write my name in Zhongwen(Chinese).weird!haha.

This programme is organised for foreign students,so I met many students from other countries.Had a short talk with a Thai people!She's nice.Waa,I miss Thailand :) please don't ask me why.

Hmm.So,at least my weekend is quite useful.It's better than just got myself boring in the hostel.Ohh,haven't do a practice for my painting class! Who wants to see my painting? Hehe,later k I'll post about it.

#Actually I just wanna try to make this post in English and sadly I found that my English is really fading.I need tuition!! :(

Thursday, April 9, 2009

HOT?

Tadi aku g jalan2 kat blog kawan2,pastu ternampak namaku ditag oleh Shikin.hehe.So,check it out:-)

Anda rasa anda hot?
+err?hot macam mana tu?rasanya TAK.dan memang TAK pun.saya seorang pendiam(kdg2),bising(kdg2).hahaha...
Upload gambar kegemaran anda.Kenapa anda suka gambar ini?

+gambar ini melambangkan ketenangan.
Bila kali terakhir makan pizza?
+tak ingat la.rasa-rasanya tahun 2007 kot.
Lagu terakhir yang anda dengar?
+Mesra Desa-Hijjaz.
Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
+makan jiaozi(dumplings) sambil dengar lagu.
Selain nama sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa?
+sakinah,kinah,eton,kakton,kakak.

Tag lagi 6 org.
+aini

+naz

+kak waida

+kak nadz

+lynn

+fauzan

(^_^)

Wednesday, April 8, 2009

1st exam done

Alhamdulilah.exam pertama utk sem 2 dah selesai.result pun dah dapat.syukurlah walaupun banyak careless tapi org kata apa,cukup2 makan.lepas ni cuba lagi kan.insyaAllah boleh dapat chengji(marks) yang lebih baik.kat sini aku rasa susah sikit la sebab range markah agak tinggi.70 baru lulus.90 baru A.

TETAPI,tiada yang mustahil kan.Sama-samalah kita berusaha mencapai target dan kejayaan yang diidam-idamkan.Kita berusaha,belajar,buat kajian,menghafal,dan menelaah namun Allah yang menentukan segala-galanya.Janganlah dikesali atas kekurangan yang ada.Kita semua punya kelebihan dan kekurangan masing-masing.Peluang masih terbuka luas selagi kita masih bernyawa di muka bumi ini.Positifkan fikiran,pujuklah diri sendiri,belailah jiwa dengan alunan zikrullah.InsyaAllah dengan izinNya,matlamat kita tercapai.Bercakap atau menulis begini memang senang,namun untuk menghadapi dan melakukannya sendiri agak susah.Siapalah kita hanya insan kerdil,hambaNya.Pahatkanlah di ingatan selalu bahawa sesungguhnya Allah Maha Adil.Setiap yang berlaku ada hikmah yang terselindung.Sabarlah,okay? :-)

Kepada kamu yang sedang bersedih itu,senyumlah(^_^)

Monday, April 6, 2009

picnic di Beihai Park

alhamdulilah.seperti yang dirancang.hari Ahad kemarin kitorg berjaya pergi Beihai Park sendiri.yeay!! sapa nak p,mula2 naik bas 634 ke Dongwuyuan.lepas tu naik dianche 111 turun kat Beihai Beimen.bukan apa,nanti aku lupa.baik tulis.haha.perjalanan pegi sangat la best.sekeliling tu jalan yang tak penah lalu lagi.dalam setengah jam,sampai la.Beihai Beimen.pastu ikut cikgu Fieza g beli tiket.hee.memandangkan kitorg semua student lagi,dapat la half price.yess!! jimat duit aku.
jalan nak masuk ke situ ala2 treasure hunt sikit.dengan buluh2 yang cantik.waaahh.aku rasa tempat ni cantik gak.bersih.design park ni ala2 Yiheyuan.ada tasik besar,pulau,semua kan.
kitorg pun jalan2 dulu.ingat nak naik bot,tapi ramai orang la pulak.tak jadi la.naik bot tu takda safety jacket.kalau jadi apa2 nanti susah.dah la datang sendiri.hmm.jalan punya jalan,bergambar jap pakai costume puteri China.heehee.klakar giler.tapi best wo.happening siot bergambar.yang tak tahan tu,ada orang curi2 snap gambar kitorg.ingat pelancong ke?student je.hakhak.apa2 je lah.Zhongguo ren hen re qing!

then,jalan2 lagi.taman ni lawa la.cuaca plak sangat la selesa.panas!sinaran mentari yang terik memaksa kami memakai shades.cewah!sampai kat tempat best sikit,stop jap.apa lagi,makan la.thanks to ain yg masak:-) sushi yang aku promise nak wat tu,lain kali la yer.huhu.keadaan dapur tak mengizinkan waktu tu.sory ye kawan2.
hmm.angin yang sepoi2 bahasa menyebabkan aku rasa cam nak tido kat situ je.lepas makan,kitorg gerak la nak balik.eh bukan.tak jadi balik g.singgah jalan2 kat area2 dekat2 situ dulu.apa nama ntah tempat tu.aku lupa la.hakhak.shopping lagi kat sini.sshhh.haha.
hari ini dipenuhi kebahagiaan :-)


itulah muka2 happy we all.heehaa~

#esok dapat result exam plak.adusshh.takut weyh.doakan aku.huhu.

Sunday, April 5, 2009

hangout together girls!

ok memandangkan exam dah habis,kitorg decide nak g jalan.hehe.
apa lagi,ni la masa nak jalan puas2.hari ni g Dongwuyuan tengok2 baju.
actually aku nak beli t-shirt je,tapi punyalah susah nak cari yang sesuai.
tahu la sekarang dah spring,fesyen yang keluar ntah apa2.bunga sana,bunga sini.
memang baju perempuan habis ar.yang tak cukup kainnya.haish.sabar je la.
ooh sungguh tak sesuai denganku.at last,beli jugak la sikit.hmm.
(aku nak g zoo!nak tgk panda.tapi cam x sempat je.lain kali lah.huhu)
dah lapar,keluar la g Niujie plak.skali tengok medan selera atas tu,tutup!ooh no.beli barang2 dapur je la.pastu melilau lagi kat sana jalan2 cuci mata.dah penat,baru balik Beiwai.

pastu keluar lagi.hihihi.p makan kat kedai abang.lepas makan,g jalan2 terlajak sampai
Chengxiang.haha.alang2 dah sampai,pusing2 dulu.jumpa 1 kedai best.tengok kasut plak.tak beli pun.nanti2 la.hmm.dah puas berjalan baru balik.ooh sungguh penat tapi best! haha.sebelum ni asal weekend ja asyik duk bilik.aku bosan.so,go out! esok nak pegi Beihai park plak :-)
tengah tunggu bas.

ain & aku.

dinner time:-)

Friday, April 3, 2009

wo wan dan le!

apa maksud tu?maksudnya: habislah aku!
awat lak camtu?
hal ini kerana,saya baru selesai menduduki peperiksaan pertama dalam semester ini.
saya berpendapat bahawa peperiksaan kali ini sangat susah sehinggakan saya secara tidak sedar telah mengubah target untuk kali ini.
wah,nampak gayanya seperti saudari menduduki peperiksaan HSK.
ok kinah dah start membebel.ni semua exam tadi punya pasal.
tak pa lah,dah buat pun.tawakal je la.betoi x??kita tunggu dan lihat result masing2 hari selasa minggu depan ok?huhu.lepas habis je exam,terus g beli aiskrim.dalam sejuk2 ni pun sempat lagi tu.pastu g pasar membeli sedikit bahan untuk buat nasi lemak.
ok this part makes me HAPPY.setelah sekian lama aku teringin nak makan,hari ni aku lunch dengan penuh berselera.NASI LEMAK!!
cayalah.ingatkan susah sangat nak wat,rupa2nya tak la susah mana.bagi aku yang tak berapa terer masak ni memang la ingat camtu kan.
ish tak tau la nak habaq camna,tapi sangat lah sedap nasi lemak itu sehinggakan aku makan dengan banyak sekali.oops lupa lak,ia dihasilkan oleh 4 sekawan.heehaa~kalau wat sama2,cepat je masak kan?
sukses.sukses.sukses.balik msia nanti serius aku nak blajar masak lagi.haha.*malu weyh*
nasi lemak ja pun,aku sorang ja yg tak berapa lepas lagi nak wat.aiyaa!
#satu exam telah habis,ada lagi 3 yang perlu ditempuh.grrr.pastu,balik!!countdown2!!
*jgn kata apa ar,aku memang tgh homesick ni..

Oh begduit kesayanganku!

dah lama tak beli begduit baru.actually bukan penting pun,tapi saja nak tukar selera.memandangkan yang lama masih elok dan sedap mata memandang,aku masih menggunakannya dengan baik.
fakta tentang begduit kesayangan aku: warna hijau n putih-warna kegemaran.

tagged by kak nadz:-)

Introduce your purse brand, price n where u bought it:
+Mudd Production.(x ori ok! haha)
+murah je.RM15.
+deretan kedai kecik tepi The Store kat Kangar,Perlis.

Take out whatever is inside your purse:
+duit ada sikit ja. 39.70yuan.syiling ada kot dalam 7,8 sen.
+kad-kad.berlambak giler kad.
kad hospital Beiwai,
kad China Construction Bank(nyawa aku ni,haha!),
kad sewa basikal,
kad makan kat medan selera Niujie,
kad bas(utk g merendek di sekitar Beijing.huahua),
kad nama peg. embassy,
kad bilik aku yg tersayang.116 fangjian,
+simkad maxis(simpan lg beb,still aktif ma),
+salinan kad pengenalan(yg ori tinggal kat rumah),
+gambar pasport---aku(versi skolah menengah n matrik),
umi,abah,tah(adik),Tok Chek,
che-ti,lina,k.pija,sehah(kawan2).

Tagged other 7 person:
+semua yg ada kat bloglist aku.hehehe :-)