Tuesday, December 28, 2010

mari berpantun!

assalamualaikum.hi! rasa-rasanya dah lama aku meninggalkan arena pantun.hehe.tiba2 terasa mahu berpantun kembali.emm.mungkin pantun kali ini tidak setanding dengan yang lama,tapi baca ajelah ye.maklumlah dah berkarat.haha.lama gila kot tak tulis.apa2 pun,semoga bermanfaat :) insyaAllah di lain masa aku buat yg berkualiti sikit daripada yg ni.




tumbuh semalu di tepi kali,
bersilang kenanga di hujung musim;
sifat malu lambang peribadi,
tunjang akhlak seorang muslim.


mekar dahlia di tepi laman,
mawar berduri terang memerah;
andai darjat jadi ukuran,
muliakah kita disisi Allah?


bulan cerah di malam hari,
ku intai bintang di balik tabir;
melimpah ruah nikmat Ilahi,
mengapa syukur mahal di bibir?




amacam? haha.lawaknye.kalau cikgu aku yg lama dulu tengok ni mesti geleng kepala.takpelah.tunggu pantun seterusnya ok.erm.sambil2 tu,fikir-fikirkanlah maksudnya.ke ada yg nak jawab ke? silakan.silakan. :)))

Wednesday, December 22, 2010

just around the corner

what is it? hehe. of course. final examination. my dear friends, sisters and brothers, i'm wishing all of you.


ALL THE BEST
加油!
~天天向上~
~学习进步~

(",)


bismillahirrahmanirrahim..
"robbi zidnii 'ilmaa war zuqnii fahmaa"

let's make it..


Sunday, December 12, 2010

santai


The flower said, "I wish I was a tree,"
The tree said, "I wish I could be
A different kind of tree,
The cat wished that it was a bee,
The turtle wished that it could fly
Really high into the sky,
Over rooftops and then dive
Deep into the sea.

And in the sea there is a fish,
A fish that has a secret wish,
A wish to be a big cactus
With a pink flower on it.
And in the sea there is a fish,
A fish that has a secret wish,
A wish to be a big cactus
With a pink flower on it.

And the flower
Would be its offering
Of love to the desert.
And the desert,
So dry and lonely,
That the creatures all
Appreciate the effort.

Et le jackalope a dit
"Je voudrais �tre un y�ti
Pour voler dans la nuit
Et m'en aller loin d'ici"
Mais le y�ti a dit
"Je voudrais �tre un monstre marin
Pour pouvoir rentrer dans la mer
De tous les requins."


And the rattlesnake said,
"I wish I had hands so
I could hug you like a man."
And then the cactus said,
"Don't you understand,
My skin is covered with sharp spikes
That'll stab you like a thousand knives.
A hug would be nice,
But hug my flower with your eyes."

The flower said, "I wish I was a tree,"
The tree said, "I wish I could be
A different kind of tree,
The cat wished that it was a bee,
The turtle wished that it could fly
Really high into the sky,
Over rooftops and then dive
Deep into the sea.

And in the sea there is a fish,
A fish that has a secret wish,
A wish to be a big cactus
With a pink flower on it.
And in the sea there is a fish,
A fish that has a secret wish,
A wish to be a big cactus
With a pink flower on it.

And the flower
Would be its offering
Of love to the desert.
And the desert,
So dry and lonely,
That the creatures all
Appreciate the effort.


*tersenyum sorang2 dengar lagu ni* =)

[tree hugger]

Thursday, December 9, 2010

bring it on

on the other shore of sadness
it is said that there is a smile
finally we arrived
but what are we waiting for

the purpose is not to run away
it's to chase after dreams
we should have gone out to travel
on that summer day so long ago

even tomorrow, if you see it
though there isn't a sigh either
like a ship going against the current flow
right now, go forward, move ahead.

even if it cuts through the rain and clouds
the wet roads shine
only the dark will teach
a stronger and stronger light
be strong, go forward, move ahead.

:)






Tuesday, December 7, 2010

sebiru hari ini

setiap permulaan ada pengakhirannya.
setiap penghujung pasti ada permulaan yang baharu.
meniti laluan serta perubahan-perubahan tersebut haruslah melalui jambatan masa.
detik terakhir yang kuingat adalah semalam.

hari ini hari baru.
apa istimewanya tahun baru ini?
hanya Allah yang tahu.
aku cuma mampu berdoa,semoga diberi kekuatan untuk terus melangkah.
walaupun aku sedar



semakin lama



aku semakin tempang.



namun,
melihat langit yang biru hari ini
telah memberiku inspirasi baru
semuanya baru
semuanya indah
yang tak siapa pun boleh nampak
kecuali aku dan Allah tuhanku.



selamat tahun baru :)



Thursday, December 2, 2010

akhirnya.

alhamdulillah.
syukur kepada Allah.
alhamdulillah.
segala puji bagi Allah.

yang menamatkan penantian ini.
yang menghentikan seketika lara ini.
dengan khabar penuh kegembiraan.

alhamdulillah syukur :)

Wednesday, November 24, 2010

langit kelam

ku sangka cerah sampai ke petang,
rupanya hujan di tengah hari.

Sunday, November 21, 2010

lost

i


lost


my


penguin


:(


Monday, November 15, 2010

me

sometimes

i hate myself

:(

Sunday, November 14, 2010

if



if i can make a wish right now


i wish
i am one of the geese


just once
at the right time


cause i found
being human is







too HARD :)

Thursday, November 4, 2010

semangat yang hilang

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku...akulah jua

Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang

Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam







alhamdulillah exam dah habis.minggu depan dapat result.teruskan pergi kelas.insyaAllah.hmm.kadang-kadang manusia lupa.akulah manusia yg sering terlupa tu.terima kasih kepada yang mengingatkan diri ini.




*anda,ingat tak lagu ni?merentas desa 2004 kat bukit air.rindu hang lah,makcik! :)

selesai peperiksaan pertengahan semester

sekarang aku dah berada di tahun kedua pengajian.semester yang ke-3.alhamdulillah dah selesai peperiksaan pertengahan semester ini.semoga usahaku yang sedikit itu diberkati.ameen.


nak kongsi satu perumpamaan cina.


“活到老,学到老”

maksudnya kalau tak silap, 'hidup sampai tua,belajar sampai tua'.hehe.camtu la lebih kurang.kalau salah tolong gitau ye.aku main translate je ni.


lepas habis exam ni,ada lagi banyak benda nak kena buat.jiayou! :D


Monday, November 1, 2010

daun kekuningan sangat cantik

assalamualaikum.hope everyone is in their best condition.this is a quick post.huhu.penulis blog ini sedang exam minggu ni.so,tak dapat nak tulis banyak2.doakan ye =) actually banyak benda nak tulis,insyaAllah akan datang.gomen ne! (baru habis paper jepun ptg td).





ouhh ya.pokok2 di beijing ni dah berubah warna daunnya.em dah masuk musim luruh rupanya.cepat sungguh masa berlalu.ini adalah musim luruh yg ketiga aku kat sini.subhanallah cantik sangat.walaupun tension dengan macam2 hal,tapi kalau korang menikmati pemandangan pokok2 yg cantik ni,insyaAllah akan jadi tenang dengan sendiri.ke aku yg berkhayal lebih?haha.takpelah.jom naik basikal pusing-pusing kampus sambil ambik gambar!





dalam waktu2 yg hawanya sejuk macam ni,kita sangat mengharapkan matahari.sinarannya yang terang itulah yang dinanti setiap hari.kalau muncul matahari,senyum berbunga di bibir.kalau ia terlindung di balik awan,hati pun rasa tak gembira sangat.


lumrah manusia kan,kita akan menghargai sesuatu itu bila ia telah hilang ataupun mula beransur-ansur pergi jauh.biarpun pepatah menyebut 'patah tumbuh hilang berganti' namun yang berganti pastinya tidak akan sama dengan yang telah patah.hargailah setiap benda di sekeliling anda :)









tiba2 teringat kat 'budak seratus' kelas jepun :)

Thursday, October 21, 2010

fizikal sihat atau mental sihat?

dalam kelas oral,kami selalu diberi topik-topik sebegini untuk dibincangkan.suatu hari,cikgu tanya soalan ini.

身体健康和心理健康哪个更重要?

maksudnya; kesihatan fizikal dan kesihatan mental,mana satu lebih penting?

bagi aku,kesihatan mental itu lebih penting.maksud kesihatan mental kat sini ialah jiwa yang tenang,hati yang gembira.aduh.susah pulak nak translate bahasa cina ke bm.

secara jujurnya aku memang sangat mementingkan kesihatan fizikal.pemakanan,gaya hidup,tempat tinggal,cuaca,musim semuanya mempengaruhi kesihatan.so aku cuba menjaga sebaik mungkin semua ni.makan tu takdelah memilih sangat tapi mengikut nasihat umi,makan makanan yang seimbang.sama jugak dengan senaman.kalau tak senaman badan rasa semacam.aku suka berlari,menari,bersukan macam-macam la.tapi tak konsisten pulak.huhu.alhamdulillah sampai hari ini,fizikal sederhana dan sihat.syukur alhamdulillah.cuma underweight je.itu boleh diusahakan untuk mencapai kadar normal :)

tetapi,sihatkah jiwaku?huhu.jiwang pulak.aku bagi satu contoh untuk menjawab soalan ini.ada seorang budak perempuan ni,dia menghidap penyakit yang tidak ada peluang untuk sembuh.kiranya kat sini fizikal dia sangatlah kurang sihat.tapi,dia happy je.entah-entah dia lebih happy dari aku yang bebas bergerak ke sana ke mari.walaupun dia sakit,tapi hati dia kuat.hati dia gembira.dia ada insan-insan tersayang di sisi yang hari-hari teman dia,hari-hari bagi semangat kat dia.kiranya,dia bahagia walaupun fizikal kurang sempurna.sama jugak dengan orang yang fizikal ada masalah tapi hatinya kaya.rohaninya sedikit pun tak cacat.lebih sempurna dari orang yang fizikalnya sempurna.lebih mantap dari orang yang fizikalnya menawan.dengan kekuatan hati,dia mampu berdiri.dengan kekuatan jiwa,dia mengukir senyuman.dengan izin Allah,dia bernafas sehingga ke saat ini.dengan rahmat Allah,dia juga mengecap kebahagiaan di muka bumi ini.

aku berpendapat.tubuh badan yang sihat itu tidak boleh dipilih.maknanya kita tak berkuasa untuk menentukan tahap kesihatan kita.macam mana yg dah ada,macam itulah yang akan kekal insyaAllah.tapi,kita boleh memilih untuk menguatkan hati kita.kita juga boleh memilih untuk mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.dalam apa keadaan sekalipun,kalau mempunyai jiwa yang kental dan semangat waja,insyaAllah kita juga boleh mengukir senyum walau dalam seribu kepayahan.redhalah dengan takdir Allah yang menjadikan kita pelbagai rupa dan bentuk. wallahualam.

Saturday, October 16, 2010

bff

today i got my 4th parcel.
thanks to my best friend,che-ti.
i love you.


for someone in volgo,goodluck in your study.
all the best :)

Monday, October 11, 2010

house or home?

rumah mahal giler kat beijing.tersangatlah mahal.selalunya isu inilah yang dibincangkan dalam kelas.cikgu selalu tanya pendapat kami tentang isu membeli sebuah rumah di bandar besar beijing ini.

fenomenanya begini.setiap orang akan berlumba-lumba untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik lalu memohon pekerjaan untuk mendapatkan gaji yang lumayan.persaingan yang dimaksudkan di sini ialah persaingan dari segi belajar.mereka bertungkus lumus demi mendapatkan segulung ijazah sarjana muda.tapi bagi orang-orang beijing ni,apalah sangat degree tu.paling koman pun,mesti setiap orang wajib ada ph.d.huhu.alam universiti bagi mereka adalah medan terbaik untuk menimba sebanyak ilmu yang boleh.

apabila masuk ke alam pekerjaan,masih lagi terdapat persaingan.persaingan untuk mendapatkan pekerjaan di bandar ini sangatlah hebat.bukan semua pekerjaan yang diidam-idamkan akan menjadi milik mereka.ada yang terpaksa bekerja jauh dari bidang yang dipelajari.macam mana sekalipun mesti mempunyai pekerjaan.kalau tak habis la.boleh dikatakan penduduk beijing ni semua kaya raya.

diorang kan kena beli rumah.masalahnya rumah kat sini tersangatlah mahal.bayangkan 1 meter square=20,000RMB! baru satu meter square.rumah mestilah kena besar dari 1 meter square kan? sebab tu lah rumah penduduk beijing semuanya bersaiz kecil.memang kecik la.tengok la bilik aku pun.huhu.tapi kalau dah ada tempat tinggal tu,alhamdulillah la kan.sekarang aku dah faham kenapa wujudnya persaingan yang sebegitu hebat dalam memburu cita-cita masing.rupa-rupanya kehidupan orang-orang di sini penuh dengan persaingan.lagi satu,harga tanah kat sini makin lama makin melambung.bayangkan betapa dahsyatnya tekanan yang perlu dihadapi apabila anda menjadi salah seorang penduduk bandar besar ini.

saya nak tanya pembaca satu soalan.bagi anda,rumah besar,selesa dan cantik itu lebih penting atau kehadiran setiap ahli keluarga yang menghidupkan suasana di dalam rumah lebih utama?

tak pasti apa jawapan anda.tetapi bagi saya,kehadiran setiap ahli keluarga itu yang lebih penting dari rumah besar.tak kisah la rumah macam mana pun,asalkan rumah itu betul betul sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga.semua orang boleh dapat rumah,tapi tak semua orang boleh dapat rumah yang hidup.kumpul duit banyak-banyak lama2 bolehlah dapat sebuah rumah.tapi kita memerlukan effort lebih untuk mendapatkan rumah yang hidup.yang ada orang di dalamnya,yang orang di dalamnya mengenali dan memahami hati budi masing-masing,yang hati masing-masing terpatri perasaan kasih sayang kerana mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia.kerana mereka adalah sebuah keluarga yang hidup dalam nilai Islam,dalam bi'ah solehah.semoga suatu hari nanti kita akan dapat rumah idaman itu.house or home? you choose.

Thursday, October 7, 2010

seulas senyuman itu rupanya dinanti.





maafkan aku kerana bermuram durja kebelakangan ini.dia pun perasan.dia tegur.


"senyumlah sikit,kak."


seulas senyuman itu rupanya dinanti.[saya,kakton,kinah,eton,sakinah] sayang kamu semua.



ukirlah senyuman seikhlas hati.lawanlah kesedihan itu.sesungguhnya wajah ceriamu memberi kebahagiaan kepada insan sekeliling.terima kasih dik :)


*senyum*

Wednesday, September 29, 2010

kasih sayang

dekat bau tahi,jauh bau bunga.
masa ada kat depan mata asyik nak gaduh,bila dah berjauhan rindu jangan cakap lah.
isk.isk.isk.
rindu nak bergurau,jalan2 balik kampung,makan sama2,p masjid solat terawih,pergi pasar malam depan rumah,lawan baling bantal,naik moto,gelak2 depan laptop tengok gambar,berebut buah dalam peti ais.haihh kalau nak sebut memang tak habis la.
paling rindu...kena marah dengan umi.
---homesick--- T_T

shenme shi pengyou

belajar erti persahabatan


taknak menghurai panjang lebar.semua orang punya insan yang digelar rakan,kawan,teman,sahabat.semua orang menjadi sahabat kepada sahabat masing2.semua orang sayangkan sahabat mereka.cumanya,cara masing2 berbeza.semua orang sangat menghargai sahabat2 mereka.tak terkecuali juga aku.


persahabatan itu luas.persahabatan itu disulami nilai-nilai keikhlasan dan kasih sayang yang murni.kalau bersahabat bukanlah untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya.persahabatan yang suci juga tak mengenal erti perbezaan.tak mengira darjat.tak terbatas walaupun terpisah beribu batu.sahabat itu,peneman di kala suka dan duka.bukannya ramai ketika suka,hilang ketika lara.sahabat itu jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati dan hadir di dalam doa sahabatnya.



Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)

thanks for this beautiful friendship,sahabat :)


walaupun kita jauh,nilai persahabatan itu sangat tinggi.




salam ukhuwah :)

cuti2

bismillah.baru aje start kelas.dah ade cuti pulak.ni la yg bestnya duk beijing.haha.sukanyaa.anyways,cuti kali ni bukan panjang pun.sempena perayaan Zhongqiujie.erm yg tengok bulan sambil makan mooncake.masa first time datang sini dulu,cikgu bawak kami ke Yuyuantan.tengok bulan.makan mooncake jugak.tapi sekarang ni dah jarang pergi sana.makan kat bilik je sambil tengok tv.hmm.tak mesra alam langsung.haha.


waaa.tengok tu.muka budak2 18tahun baru datang beijing.haha.
gambar ni diambil masa g mkn kuih bulan kat taman yuyuantan.oktober 2008.hihi...


next...hmm ape eh.cuaca tgh bagus sekarang.so,we went to beijing theme park(happy valley).SERONOK GILER.tak tipu.best la sebab aku suka main benda2 yg extreme ni.tp,tak sangka plak theme park sini punya ganas jugak.huhu.sampai rasa nak termuntah.tengok gambar jelah.ehe.malas nak cerita.nak rasa,pergi sendiri(utk budak2 beiwai).

next time kalau pergi lagi aku nak naik roller coaster yg paling besar tuh.time tu diorg tgh test keselamatan lagi.tgk dari jauh je la.heheh.bukan main lagi.naik yg kecik pun cuak nak mampos.ahakz.

entrance beijing happy valley:)

kat dalam.cantik.

~~~KAMI~~~seronok&enjoy! :)

lepas naik benda ni,aku pening.zzzz.

haha.i love this.aku naik benda ni 3kali! :D


*thanks everyone :)


kembali belajar

assalamualaikum.hai hai hai.kepada pembaca setia blog ini.huhu.maaf ye kerana lama sangat aku tinggal blog ni berhabuk.em so,i think this is the right time for me to update this blog again.

alhamdulillah.kehidupan sebagai pelajar tahun dua kat BFSU ni baru bermula.segalanya berjalan dengan lancar.dah dapat jadual baru,buku semua.hmm.menarik2.sangat lah best sebab kelas dah makin banyak.huahua.amik kau dulu relax sangat skrg tak bleh dah nak qingsong2.haha.


macam biasa subjek yang diambil still sama macam tahun lepas.just ada la penambahan.yg paling mengejutkan aku,kena amik BAHASA JEPUN! huhu.aku ingatkan takat form four je la nak menghadap hiragana,katakana,kanji.rupa2nya kat sini pun...hmm...tapi takpe,cool2.steady2.aku patut bersyukur sebab dah ada sedikit asas.huhu.takde la tercungap2 nak faham cikgu ajar bahasa jepun dengan perantaraan bahasa cina! giler.redah jela.adat belajar,mula2 mmg susah.tapi lama2 akan jadi senang sebab dah sebati dalam diri.insyaAllah.semangat nih =)

ouhh ye.time masuk kelas reading for the first time.aku jatuh hati dengan subjek ni yg mmg selalu nyaris fail.huhu.cikgu tersebut sangat best.hopefully lepas ni ada jinbu la.ngehehe.dia ada bagi satu sajak kat kitorg.aku minat betul dgn sajak2 ni.jom kita baca sama2.

白日依山尽(bai ri yi shan jin)
黄河入海流(huang he ru hai liu)
欲穷千里目(yu qiong qian li mu)
更上一层楼(geng shang yi ceng lou)

then ada la peribahasa ni.maksud dia.emm.lagi tinggi kita berdiri,lagi jauh kita nampak.em camtu la lebih kurang.aku tak pandai translate.

站得更高,看得更远


Friday, July 16, 2010

awan biru

terasa macam baru je merentas awan biru benua asia.
lewat petang itu di dalam kapal terbang...
pertama kali aku melihat langit secantik itu.
selama ini aku hanya nampak lapisan dari bawah sahaja.
tetapi ketika itu,aku dapat melihat lapisan dari atas.
sulaman warna jingga,merah,putih,kuning dan keemasan itu terlalu mempesona.
aku tertunduk...subhanallah...

sudah genap dua minggu pulang ke rumah.
cuti yang panjang kali ini menuntut komitmen yang besar.


namun aku masih lagi tercari-cari tanah suciku.
kuharapkan ia di sini.

tanah suci?
ya...tanah yang menyucikan...

semoga Ramadhan yg bakal menjelang membawa seribu erti.
membimbingku ke tanah suci itu...

Tuesday, June 29, 2010

i am officially a second year student

pengumuman
exam final first year dah habis
so
i am officially a second year student
alhamdulillah
congrates2 everyone
haha.awat la aku duk buat syok buleh.
sebab lepas ni balik malaysia!
excited2~

Sunday, June 20, 2010

rehlah QS di yuyuantan

ini lah taman yuyuantan
kitorang g picnic kat sini
cantik kan,tgk la pemandangan and orang2 ni.haha.


aina,shidah,kak rahmah,shikin.
comel~~~

aku suka tasik ni.



anak sape tah ni.sesat.

tekun makan nasi lemak.

hari ni cuaca sangatlah baik.alhamdulillah tak panas sangat and tak sejuk sangat.sesuai la untuk keluar jalan2.so,sempena kedatangan kak rahmah kali ni QS484 pegi rehlah kat tasik ni.best.best.best.diorg masak sedap.hehe.



bagi mengisi masa yg terluang,sambil2 rehat tu kak rahmah ajak tadabbur surah an-nahl.banyak la dia cerita.hmm.terpesona...ada ckp psl syurga...waa...pastu sambung lagi cerita pasal hidayah pulak...hidayah yg Allah bg kat sesiapa yg dikehendakiNya.hmm.tak reti la nak elaborate kat sini.hehe...erm.tapi yang pasti best la mengisi rohani dengan benda2 berfaedah di luar sambil tgk keindahan alam.huhu.dah lama tak rasa gini.alhamdulillah.


dah kenyang.pergi main buih sambil snap photo.ahaha.dah puas balik la :)

*"Sungguh,engkau Muhammad tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki,dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk"*

Monday, June 7, 2010

fikir-fikirkan

what's the most important thing in one's life?


MONEY?


HEALTH?


FREEDOM?


LOVE?


TIME?


ATTITUDE?


sekadar selingan,cuba tambah setiap huruf mengikut susunan abjad=)


1) money : 13+15+14+5+25=72
2) health : 8+5+1+12+20+8=54
3) freedom : 6+18+5+5+4+15+13=66
4) love : 12+15+22+5=54
5) time : 20+9+13+5=47
6) attitude : 1+20+20+9+20+21+4+5=100
=)

Saturday, June 5, 2010

satu cinta


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah segala dosa dalam diri

Ku percaya engkau bisa meneguhkan

Pendirianku.....keimananku


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu

Ampunkanlah segala dosa dalam diri

Ku percaya engkau bisa meneguhkan

Pendirianku.....keimananku


Engkau satu cinta

Yang selamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan

Kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini

Hanya kepada-Mu

Ku pasrahkan.....


Oh Tuhan.....selamatkanlah hamba ini

Dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan.....jauhkanlah hamba ini

Dari hidup yang sia-sia.....

flight of the geese

LESSONS LEARNED FROM THE FLIGHT OF THE GEESE

  • Sharing the same direction and working as a team,get us to the destination quicker and easier.
  • By helping ourselves,the accomplishments are greater.
  • When one of the goose leaves the team,he feels the difficulties of flying alone.Then he quickly come back to the team.
  • By staying in tune and united,the effort will be less.
  • When the leader goose gets tired of flying...he goes to the end of their V formation and the other goose takes his place.
  • So,to share the leadership we have to gain mutual respects between us,sharing the hardest problem together,and gathering our abilities,combining our faculties,talents and resources.
  • The geese,they quack to encourage the one who is in the front,that lead them flying in the V formation.When there is courage and encouragement,the progress will be greater.A timely word of encouragement always motivates,helps and strengthens.It produces the best of benefits.
  • When a goose gets sick or injured, he has to leave the formation.However the others help him until he fly again or dies.

Monday, May 24, 2010

it's Shanghai baby!

naik ferry bersiar-siar di Waitan.

eight of us=)

Shanghai city.

here we are~~~

night view.


Shanghai World Expo.


Turkey.


Iceland.

KLCC.actually this is the lift in Malaysia's booth.

Malaysiaaaaaa!

Thailand.

Australia.


Pakistan.

dalam Pakistan,kitorang makan ini.alhamdulillah ada jugak halal food.SEDAP GILER.

terjumpa pokok kurma kat dataran expo.
after all,Shanghai World Expo sangatlah best n besar giler.sehari pusing tak habis.kepada sapa yang nak pergi,cepat-cepat pergi.banyak lagi events yang best-best bakal berlangsung.kalau tak silap,sampai October ni baru habis expo.nak pergi lagi!=))

Wednesday, May 19, 2010

happy teacher's day








SELAMAT HARI GURU






kepada semua guru-guru saya


tanpa kalian


siapalah saya pada hari ini...

Sunday, May 16, 2010

xiuxi yihuir


a lonely road, crossed another cold state line

miles away from those i love, purpose hard to find

while i recall all the world i spoke to me

can't help but wish that i was there

back where i'd love to be


dear God, the only thing i asked of you

is to hold her when i'm not around

when i'm much too far away

we all need the person who can be

true to you

but i left her when i found her

and now i wish i'd stayed

cause i'm lonely and i'm tired

i'm missing you again...


there's nothing here for me on this barren road

there's no one here while the city sleeps

and all the shops are closed

can't help but think of the times i've had with you

pictures and some memories will have to help me through


some search never finding a way

before love they waste away

i found you, something told me to stay

i gave in to selfish ways

and how i miss someone to hold

when hope begins to fade...

Saturday, May 15, 2010

wenhuajie-culture festival

minggu ni ade Wenhuajie.banyak la events die kan.so,antara semua tu tak semua yang kitorang canjia(participate).just masuk meishijie(pesta makanan).best giler ade karipap,popia,keria,nasi ayam n banyak lagi la.yang pastinya makanan m'sia memang diterima oleh tekak-tekak orang beiwai.haha.macam jual goreng pisang panas!kejap je dah habis.tapi majoriti pembelinya adalah kami sendiri.hehehe.
ada jugak pertandingan karaoke.nadia menang.wahh.congrates ye=)
lagu tinghai tu memang sedap.shaya shukerr=))
the next day,pertandingan langsong.haiyaa.langsong tu macam deklamasi la kot.ini masuk ikut kelas.kelakarrr :) haha.tapi enjoy je.bahasa cina dah semakin meningkat ke everyone?hee.hope so! dalam pertandingan ni,hali gege n kak fafa dapat guanjun!(johan).waaa gongxi nimen=)
then,malamnye ada la sikit majlis penutup.kalau kat sini,malam penutup tu persembahan je banyak.tapi,sangat la BEST! thumbs up to them.well,macam biasa tak semua persembahan sesuai ditengok.i think...the best was the fashion show.cantik je pakaian tradisional china.lawa-lawa belaka.dengan kasut kecik tu.haha.comel comel.plus,ada satu group student buat show main alat muzik yang gudai(tradisional).ini pun suka jugak.bukan senang nak tengok orang main benda-benda tu dah sekarang.so here you are.tengok la gambar-gambar ni=)








)

Wednesday, May 12, 2010

satu demi satu

sejak kebelakangan ini,saya tertarik dengan beberapa kes bencana alam yang melanda negara China.hmm.kalau difikirkan balik,banyak faktor yang menyebabkan bencana alam terus melanda bumi ini.kata cikgu saya,berbalik kepada dasar...masih lagi salah manusia yang tidak pandai mentadbir alam dan gagal berkomunikasi dengan elemen semulajadi ini.benar kita mampu meramal,mengukur,mengeluarkan amaran awal serta membuat kajian terperinci mengenai sesuatu kes.tetapi,masih belum wujud teknologi yang mampu menghalangnya dari berlaku.siapalah yang mampu melawan takdir Ilahi kan...

antara bencana alam yang melanda China baru-baru ini ialah kemarau.di kawasan barat daya China,kemarau panjang semakin parah apabila lebih 11 juta orang menderita akibat kekurangan air minuman.menurut laporan China News, 5 provinsi termasuk Yunnan,Guizhou,Sichuan dan Guangxi terkena impak yang paling teruk.penduduk bukan sahaja kekurangan air untuk keperluan harian malah air untuk minum juga terpaksa bergantung kepada bantuan yang dihulurkan.lebih parah apabila bantuan agak susah untuk disalurkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan berbukit-bukau.punca kemarau masih diselidik namun ramai ahli sains berpendapat ianya berpunca dari pencemaran dan kurangnya perhatian terhadap sistem ekologi di China.

selepas kes kemarau,gempa bumi yang melanda provinsi Qinghai mengejutkan rakyat China keseluruhannya.gempa yang berukuran 6.9 skala Ritcher itu melanda wilayah Yushu,Qinghai pada 14 April lalu.berdasarkan laporan Xinhua, seramai 1944 jiwa terkorban manakala lebih 10000 yang lain cedera.gempa berlaku pada pukul 7.49 pagi.masyaAllah.siapa sangka,pagi yang tenang itu kita dikejutkan dengan berita sebegini.saya difahamkan sebuah universiti di sana mengalami kesan yang teruk.macam mana la agaknya nasib mereka yang tertimbus di celah-celah serpihan bangunan yang runtuh...


terbaru,seorang sahabat saya bertanyakan tentang banjir yang berlaku di China.terkejut juga kerana tidak tahu apa-apa.rupa-rupanya memang betul.selasa,11 mei 2010 hujan lebat yang disebabkan fenomena cuaca el-nino melanda sebahagian besar wilayah selatan China yang menyebabkan berlakunya banjir besar.seramai 70 jiwa terkorban dalam banjir tersebut.banjir yang datang sebulan lebih awal itu juga mengakibatkan kerosakan 80 ribu buah rumah.malah turut mempengaruhi kira-kira 10juta penduduk di 13 provinsi.


satu demi satu Allah turunkan ujian buat penduduk China.walaupun Beijing tidak terkena tempiasnya tapi tak semestinya kita kena berdiam diri dan berpeluk tubuh.mungkinkah semua ini satu petanda kepada sesuatu yang tidak kita ketahui?wallahualam.ambillah pengajaran dari peristiwa-peristiwa ini.semoga kita sentiasa lebih bersedia untuk menghadapi ketentuan Illahi~~~