Wednesday, February 28, 2018

If I can turn back time

I want to fix everything. I don't want to mess up again. I don't want to cause trouble anymore. I want to be more careful about my move and my words. I want to take extra and extra and triple zillions extra care of anything coming out from my mouth and anything whirling in my mind. I want to change my negativity. I want to love more. I want to take care of other people's feelings. I want to study harder. I want to learn to swim, dance, get my second degree. I want to do my master studies earlier. I want to get a first class degree. I want to learn Japanese Language to the maximum level. I want to start doing my own clothing line bussiness. I want to open a restaurant. And set up my own private language centre. I want to be more careful about love. I want to do sooooo much better in relationship. I want to sacrifice more. I want my other half to get the most love he deserves. I want to make my other half to feel only happiness and love. I'd rather hurt myself so bad than seeing my love one hurting by my words or action. I want to be a better family member for all my families. I want to be the best decent daughter to mom and dad. I want to be the best version of sister to my siblings. I want to be a useful and loyal friend to my friends. I want to cherish friendship more. I also want to change myself to become a much better mom. I want to redo my pregnancy, labour, and confinement. I want to fully breastfeed my baby, I want only home-cooked meal for my little family. I want to do pap smear earlier. I want a better schedule of vaccinations and check ups. I donttttt wanna miss anymore depocon injections and don't want to miss any appointments with doctors. I want to wear braces during 13 years old and take them off during 15 years old so that I can fully enjoy my teen age. I want to practice hockey until I qualify for school team. I want to practice more running and get the medal during state competition. I want to represent my country for Japanese Story Telling Competition. I want to get the best result for my Japanese Language Proficiency Test, as well as my Hanyu Shuiping Kaoshi. I want to study real hard until I got the highest level. I want to go to Xinjiang by train, alone, before graduation. I want to take more photos during every important events in my life. I want to make more friends with univ mate. I want to explore South East Asia countries. I want to be more organised person. I dont want to skip meals. I want to pray on time and everytime and make the most of it. I want to be the best version of Muslimah my daughter can be proud of. And most importantly I want God to be pleased with all of my actions. I want to get as much blessings from Allah... I just want to do all my 28 years old .... just.... one..... more..... time............ I'm willing to do anything as long as I don't cause trouble and hurt anyone.

Everyone know all of the above is impossible. Deep inside, I know I have screwed up real bad this time. And I know theres nothing I could do to remake this. Oh God, please forgive me.... and ease all the troubles that I caused to everyone. I'm really sorry...

Monday, February 26, 2018

Thought

Kadang-kadang aku cuma buat sesuatu sebab taknak susahkan orang, tapi akhirnya akan lebih memburukkan keadaan. Mungkin sebab aku tak fikir betul-betul. Mungkin jugak sebab ingat sendiri betul padahal salah. Aku selalu ingat nak berdikari, nak buat semua sendiri tapi tak sedar yang sebenarnya aku perlukan orang. And then aku macam lebih menyusahkan orang. Perasaan itu sangat tak best. Sebab niat aku langsung taknak susahkan orang. Aku tak suka menjadi beban kepada sesiapa pun.

Entahlah malas nak fikir. Aku cuma berharap orang yang aku caused trouble to them, akan faham yang aku sebenarnya langsung tak berniat macam tu. Memang la aku dah explain tapi takkan sama kan... Sebab masalah tetap tak selesai. It happenned anyway. Dan sekarang ni I feel so bad about myself. Kenapa lah aku selalu menyusahkan orang T.T

Tuesday, February 13, 2018

PJJ Life

Bila dah merasa baru aku faham. Bila dah berada di tempat tu, baru faham apa perasaan mereka yang mengalaminya lebih lama dan lebih teruk daripada keadaan aku. Setiap orang kisahnya tak sama, masalah tak sama, alasan untuk berpindah pun tak sama. So sangatlah susah untuk memahami keadaan orang kan. Apa yang aku pegang, belajarlah untuk berasa empati. Meletakkan situasi kita di tempat orang lain, cuba bertolak ansur, cuba memudahkan urusan orang. Janganlah asyik membuat pertikaian, meneka-neka sedangkan kita tak tahu semuanya. Janganlah menilai dari sudut luaran sahaja. Raikanlah perbezaan. Dulu aku tak berani nak post lebih2 pasal PJJ. Takut mengguris hati insan yang keadaannya lebih teruk daripada aku, takut orang luar salah faham, takut menjunamkan emosi sendiri, takut semuanya lah. Sekarang bila ianya dah berakhir barulah aku berani nak berkongsi. Saja je nak share sikit supaya ada kenangan kat blog ni. Dan supaya aku tak lupa diri. Supaya aku sedar yang aku pun pernah berada dalam keadaan itu, supaya bila ada cikgu baru yang datang ke skolah aku, yang PJJ, semoga aku pun dapat menlong mereka sebagaimana dulu aku ditolong.

First posting aku di Bidor, Perak. Suamiku di Changlun, Kedah. Mak dan family aku di Perlis. Anak aku bawak pergi Bidor sebab dia kecik lagi, tak sanggup aku nak pisah dengan dia. Aku pun tak sanggup nak susahkan umi, sebab umi ada kerja sendiri. Umi pun tak sihat sangat. Aku taknak umi rasa terbatas pergerakan. So aku bawak baby ke Perak. Bermulalah kehidupan PJJ aku. Dari sini ke Bidor drive amik masa 5 jam. ETS 3 jam setengah. Weekend aku bawak baby balik jumpa suami. Aku taknak duduk sana, sebab sunyi.. bukan tempat sendiri. Aku rindu rumah kami. Tapi bila penat sangat, suami aku ke sana. Setiap minggu ulang alik, sangatlah penat. Duit habis atas jalan, sewa dua buah rumah, bayar bil semua. Habis duit camtu je.

Cabaran untuk aku uruskan anak sorang2, lebih2 lagi kalau dia sakit. Dia selalu sangat sakit. Jaga anak sakit memang mencabar. Paling mencabar bila aku sendiri dah penat mental dan fizikal. Pening kepala nak mohon cuti, nak masak, nak kemas rumah bagi bersih, nak siapkan kerja. Serabut. Mana nak hafal timing bagi ubat. Nak bagi dia makan ubat. Aduh. Ada sampai satu tahap, aku breakdown sendiri... Aku give up. Menangis sorang2 dalam bilik. Baby ada je kat sebelah tengah meniarap. Dia terkejut tengok aku sampai nangis teresak2. Aku down sangat. Aku penat masatu dan aku tak boleh bagitau orang lain atas sebab2 tertentu. Kalau aku call suami pun cuma akan menyusahkan dia. Buat dia risau je. Lagipun dia kerja bukan boleh segera datang sini. Tapi aku perlu jugak lepaskan perasaan homesick and stress aku. So aku call umi nangis2. In the end, mak juga yang dicari. Umi pujuk2 aku. Lepas tu aku terlena dengan baby. Bangun je dari tidur, aku sedar takde siapa bole bantu kecuali aku sendiri. So aku bangun mandi, solat. Pastu masak. Pastu uruskan anak. Kembali siapkan kerja apa yang patut. Malam tu, tetiba ada orang datang rumah. ADIK2 AKU DATANG DARIPADA KL JUST TO CHECK ON ME T.T ya Allah.......... mesti umi yang bagitau diorang. And diorang datang straight away after work terus pecut kereta datang Bidor. How can I not love them!!! Masa tu aku miskin sangat. Tapi aku tak kisah, aku asingkan siap2 duit utk beli keperluan baby, lebih tu aku belanja diorang makan. And malam tu jugak diorang balik KL. Aku pun kembali bersemangat untuk meneruskan hidup aku dan baby berdua jauh daripada support system. Allah bless you my adik2.

Kat tempat kerja, ramai juga yang membantu. Offer nak jaga baby sementara aku pergi KL amik kereta. Pastu offer nak jaga baby sementara aku pergi Ipoh ataupun Tapah untuk pick up husband yang baru sampai daripada Kedah. Selalunya ETS sampai lewat malam. So agak tak selamat nak bawa baby berdua. Aku pergi sorang. Baby tinggal dengan Kak Rohaya. Alhamdulillah baby suka duduk dengan dia. Thanks Kak Aya...

Kat sana dulu, aku hantar baby pada babysitter. Dengan harapan dia jaga lebih teliti sebab anak aku kecik sangat lagi baru 3 bulan. Ada banyak kali pengasuh aku minta cuti emergency. Pukul 4 pagi whatsapp bagitau nak cuti. Mana aku nak cari orang jaga baby. Sedangkan aku masuk kerja lagi 3 jam. Pukul 7 dah kena pergi sekolah. Aku tanya dia, baby2 yang lain, kalau you cuti, parents diorang buat macam mana? Pastu dia cakap, oh baby lain selalunya ayah diorang amik cuti kalau pengasuh tetiba cuti. Ok fine suami aku jauh. Bukannya dia taktau. Aku tanya la jugak kalau ada sesiapa yang bole gantikan dia. Dia cakap takde. Aku dah cuak. Ingat senang ke nak mohon cuti kat sekolah tiba2. Dahlah boss aku masa tu susah nak approve cuti. So aku ligat fikir apa nak buat. Tetiba teringat makcik sebelah rumah sewa aku. Dia memang jaga cucu dia seorang tu. Aku macam nak mintak tolong dia tapi aku malu sangat2. Last aku terpaksa. Pukul 6.30 pagi aku ketuk pintu rumah dia. Rasa bersalah sangat sebab kacau orang awal2.. And guess what.. Alhamdulillah dia sudi jaga. Actually sebelum ni dia ada offer tapi aku segan la sebab taknak susahkan dia. Tapi haritu betul2 terpaksa. After kejadian haritu. Ada 3 kali pengasuh aku cuti emergency. Mujur la ada makcik ni. Aku akan kenang budi dia sampai bila2.