Tuesday, April 27, 2010

exam di beiwai

minggu ini adalah minggu peperiksaan mid sem bagi student Beiwai.tapi kelas masih berjalan seperti biasa.em sebut pasal exam mestilah semua orang dah bersedia dari awal kan.syukur alhamdulillah setakat hari ini kertas2 peperiksaan itu berjaya ditempuhi dengan tenang.usaha sudah,berdoa,tawakal.insyaAllah boleh lulus cemerlang.hee.
someone told me,
"Allah tak tengok keputusan exam tapi tengok usaha kita dan sejauh mana kita ikhlas menuntut ilmu keranaNya"


itu baru peperiksaan di dunia yang boleh dikatakan mudah dilalui oleh sesiapa sahaja.tiba2 terfikir,soalan di mahkamah Allah nanti bagaimana ya?huhu.kalau sekarang,boleh study last minit.memang takda masalah.tapi kita bukan tahu pun minit2 terakhir kita di dunia ni kalau nak buat preparation last minit.hmm...


seeloknya jomlah prepare awal2 untuk kedua2nya.jadikanlah dunia ini sebagai ladang akhirat.insyaAllah.


"Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bagianmu di dunia dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." (28:71)





***esok paper Yuedu.huhu.goodluck everyone.jiayou ah! :)

Saturday, April 24, 2010

sedap ke?

take a bit of my plate

chew

then you talk

...

how i miss those times

bukannya hendak mengelamun
bukanlah mahu merintih
bukan juga nak mengenang masa lalu
jauh sekali mahu pandang ke belakang

tetapi,aku tidak dapat lari
dari melayari masa silam
yang penuh dengan kebahagiaan
cukuplah derita ini

pergilah kabus
datanglah mentari
sinarilah hati hati kecil ini

*dah dua tahun tak beraya di Malaysia.sedihnya.tahun ini pula bagaimana?masih bermaknakah aidilfitri tahun ini untukku?

Thursday, April 8, 2010

random

suatu hari di bukit air
memberi ilham baru kepadaku
membuka mataku yang selama ini terpejam
menyegarkan jiwa kosong ini
benarlah...
simfoni alam tak pernah mengecewakan

suatu masa di bukit air
pernah membangkitkan semangat aku yang rapuh
sokongan-sokongan itu menguatkan
malahan tak pernah putus
sebuah lagu yang diperdengarkan, membawa aku ke puncak
kata-kata itu ternyata dalam maknanya
hanya mampu ditafsir dari hati ke hati

manisnya kenangan itu
kentalnya jiwa ketika itu
tiada sedikit pun gentar di hati
aku melangkah laju
di kala angin menolak diri ini maju ke depan
aku lantas tersedar
engkau terlalu bermakna untukku

masa yang mengheret
mencarik memori itu
jasad yang berkelana
membawa aku jauh dari segalanya
tapi aku...
serikandi yang setia

lamunanku terhenti di sini...

Friday, April 2, 2010

permata celahan kaca

kenapa aku pilih tajuk ini? entahlah.suddenly these words come through my mind.anyways,i pretty sure that everyone is able to recognize which one is glass and which one is gem.

selalunya kalau dalam kesamaran kita hanya nampak kaca yg berwarna-warni.sebab kaca pun,kalau dah dibias cahaya dah cukup cantik.sampai tenggelam keaslian permata yang paling indah tu.ditambah dengan bentuk yang tidak kurang hebatnya kaca mampu menandingi permata.emm hebat2.kenape eh kita masih tak nampak permata tu? macam mana nak cari?

sebenarnya,kita dapat ambil permata bernilai tu dengan cepat dan tepat tanpa diganggu sedikit pun oleh kehadiran kaca yang bermacam2 bentuk tu.tapi,dengan syarat kena lah KENAL dahulu apa itu permata,kena FAHAM dahulu sifat2 permata.kalau tak memang susah la.silap2,tangan boleh luka terkena kaca.ouch! hati-hati ye.susah kan?tapi kalau dah dapat,senyuman kepuasan itu tiada tandingan.dalam zaman serba moden ni,ingat senang ke nak cari permata asli yg bernilai tu?susah dik,susahhh.

kesimpulannya,belajar dahulu tentang sifat2 permata dan cara menjaganya.bila dah faham,mudah la nak jejak.lagi best kalau dah betul2 faham,dalam laut besar pun boleh jumpa.ingat ye,kena belajar!

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(39 : 9)


***kalau kat Beijing nak cari pearls & gemstones whatsoever,pergi kat Hongqiao.bersusun2.tapi kena pandai pilih ye.nanti dapat yang PALSU. =)

# orang perempuan suka sangatlah dengan perhiasan2 ni.hehe.itu lumrah okey. =)

Thursday, April 1, 2010

need wings


i am incredibly frustrated.
tonight,i just have a wish.
may this welcoming spring take away my sadness...





cantiknye bunga2 ni.alhamdulillah winter dah habis.spring pulak.
*credit to my clasmate(ahmad) for these photos.