Saturday, June 8, 2013

route to graduation

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, semester ke-8 aku belajar di Beijing Foreign Studies Univ bakal berakhir tidak lama lagi. Sekarang kami hanya menunggu keputusan markah tesis keluar untuk menentukan "oral defense". Semua orang pun kalau boleh taknak kena.hehe. Aku rasa la. Sebab agak mencabar sikit. Tapi insyaAllah boleh ja, bagi kawan2 aku yang bakal kena "oral defense", aku doakan kalian berjaya. Cewah sekali tengok aku yg kena! Haha~ 

Sepanjang semester terakhir kami study kat BFSU ni, macam2 yg kena tempuh sebelum majlis graduasi. Alhamdulillah syukur yaAllah, sekarang dah awal bulan June. Selama aku study kat sini jugak, ramai sangat kawan2 yg tolong. Semua kawan2 dalam batch aku banyak membantu, kat sini dengan penuh rasa rendah hati, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat kalian semua. Lepas ni semua orang akan meneruskan perjalanan di alam pekerjaan pula. Since bidang kita sama, semoga di masa depan kita masih boleh bekerjasama :D I'm really gonna miss all of you! Terima kasih semua. 

*Shidah, Shikin, Syamila, Fieza, Mariam, Zu, Maslina, Aishah, Ilham, Aina, Pika, Ayu, Ain, Zati, Akmal, Nadia, Aini.
Sudin, Sheikh, Ahmad, Afiq, Leman, Fareez, Fayyadh, Danial.

Entry kali ni just randomly rewind balik apa yg berlaku semester ni. hehehe.

Semester ini diraikan dengan musim bunga. Mungkin ini kali terakhir kita 赏花 kat Beijing. Sambil2 tu kena bertungkus lumus study untuk exam, prepare buat tesis dan sebagainya. Bagi aku, memang agak hectic la~

Selalu kawan2 ajak aku keluar pergi jalan2 ke taman bunga la, keluar pergi makan2 la tapi aku selalu tak ikut. Huhu. Kononnya time tu tengah wat tesis. Mintak maaf sangat2. Bila dah stress sangat, kena jugak keluar ambik angin kan? Ni masa depa ajak p makan pizza. Akhirnya aku keluar jugak. Yeayyy!

Semester ni, kita masuk kelas selama 2 bulan sahaja. Ni hari terakhir kita pergi kelas sama2. Wuu. Sedihnya. Ni classmate aku sepanjang 4 tahun. Banyak kenangan, banyak yg aku belajar dengan diorang semua.

Yang gambar atas tu pelajar perempuan sahaja bersama guru kelas. Yang ni baru 全家福。Lengkap 13 orang.
Eh ada lagi satu kawan2 kat kelas A, pun 13 orang jugak.

Ni ujian percubaan. Boleh la tu. Sederhana saja.

Kelas 文化传播学。Bersama 杨旭老师 dan kawan2 semua. Ni pun kelas terakhir jugak~

Cuba teka sapa bagi postcard ni? Sweet kan, cikgu masa aku third year yg bagi. Dia hantar kat semua student dia. Huuuu terharu sangat, sebab time ni aku tengah STRESS study untuk final exam sambil PENING tulis tesis =,=

Aku bukannya malas sangat cuma tak berapa rajin nak study awal minit. =p Haha. Ni bukti yang aku memang study. Nota conteng subjek 中马翻译。

Itu dia suasana sebelum exam translate bermula. Semua tengah buat persediaan terakhir, aku busy ambik gambaq! Hahaha... tarikh peristiwa: 25 april 2013. Rindu lah waktu nak exam macam ni, sama2 pulun menghafal. Ohyeahh!
Final exam haritu ada 3 subjek ja, tapi aku tambah satu. Ermm, sepanjang study kat sini aku tak pernah printscreen result aku macam ni sebab aku tak pernah dapat semua 90 ke atas.Hahahaha. Sedih kot! Kalau ada pun mesti ada subjek yg dapat 70 atau 60 lebih. Adoiii.. Tapi tak sangka sem last dapat jugak merasa. Hehehehe. Alhamdulillah.

6 May 2013, tarikh last hantar esei ni. Sebab apa aku hantar lambat? Sebab aku buat malam tu pukul 3 pagi baru terhegeh2 nak tulis. Sebab aku duk follow perkembangan PRU. Tak tau nak cakap bengong ke apa. Haihhh.. Alhamdulillah sempat jugak hantaq.mwehehe~

毕业考试!exam untuk grad. Nampak macam rileks tapi kalau sangkut exam ni memang naya. Huhu. Syukur alhamdulilah aku dan kawan2 semua lepas!yeayyy!

Bergambar selepas habis exam tadi.  Senyum ja semua ^^

Route to graduation is not as easy as ABC. Selesai exam utk grad, kena amik HSK pulak. Kadang2 merenung nasib diri di luar tingkap. Hahaha..

Exam HSK pada hari ahad, 12 May 2013. Nervous jugak, sebab gelabah punya pasal aku tertinggal botol air dalam kelas ni. Ayyyy geram betol.

The next day, seawal 5 pagi dah tarik luggage bergegas ke Harbin dan Shenyang. School trip yg terakhir untuk kitorang. Kita pergi jalan2 ke 东北 selama 5 hari. Aku bawak laptop, buat tesis =,=
Sebab takut tak sempat siap,memang sengaja cari penyakit kalau tak siap so terpaksa bawak laptop.
Oh yg kat gambar ni aku, Shidah n Maslina, kat depan muzium. Best gak muzium ni.

Harbin oh harbin.

Dalam ni best giler leh tengok penguin gemuk2 sihat2 aktif berenang! Ada macam2 haiwan yg aku tak pernah tengok sebelum ni. Best wooo kat sini!

Balik dari Harbin, kena teruskan wat tesis =,= bosan kot.......

Time aku tak cukup masa nak masak n makan, ada jugak kawan2 yg baik hati sudi bagi makanan. Hahaha. Thanks semua~

Sapa suruh aku lembab buat kerja, makan pun buku teman. Ouhhhhhh tragis! *ni pun kawan yg bagi nasi. Hahaha

5 Jun 2013, setelah menempuh pelbagai dugaan, syukur alhamdulillah siap pun. Aku memang beremosi sikit masa nak setelkan tesis ni. First time buat, maklum lah takdak banyak pengalaman, ilmu pun tak seberapa. Tapi ramai la yg tolong. Aku sangatttttt menghargai setiap sokongan dan pertolongan dari kawan2 semua, dan juga semua yg telah memberi sokongan masa aku tengah tension wat ni..
Tapi aku takleh happy sangat skrg ni, sebab result belum keluar lagi. Semoga kami semua berjaya lulus dan  dapat balik M'sia dengan tenang. Amin.

All the best untuk semua! ^^

Wednesday, June 5, 2013

penghargaan

Kalau boleh nak tunggu dah selesai hantar tesis pukul 12 tengahari nanti baru nak buat entry ni. Tapi sekarang dah ada peluang, terus tulis jela. Entry ini adalah penghargaan kepada semua yg telah membantu aku menyiapkan tesis. 

Tesis sangat penting untuk aku. Sebab kalau kitorang tak lulus tesis ni, tak boleh grad, tak dapat degree, kena extend study mungkin dan banyak lagi la. Bukan nak cakap aku terlalu mementingkan tesis ni, tapi dalam aspek akademik, ya tesis memang sangat penting. Dalam proses selesaikannya, ramai sangat orang yang dah tolong aku, buat aku rasa sangat tersentuh, terharu, memang rasa nak nangis.

Pertama, ialah pensyarah yang sudi jadi supervisor aku, Tang Li Qun laoshi. Syukur alhamdulillah aku dipertemukan dengan beliau. Dari mula sampai habis, memang dia sangat baik, bertoleransi, dedikasi dan sangat bertanggungjawab. Aku sangat respect dengan beliau. Aku tak segan untuk tanya macam-macam soalan kat dia. Pada awalnya aku ingat dia tegas, rupanya tak. Memang sangat stress bila dia suruh aku edit tesis sendiri,tapi rupanya dia nak latih aku, dia nak aku usaha sampai habis, buat yang terbaik. Akhirnya, dia memang tolong pun. Tak terkira ilmu yg dia curah, pengalaman dia kongsi pun banyak, dengan tips2 yg berguna, macam2 la dapat belajar dengan cikgu ni. Huhu. Aku rasa malu sebab banyak lagi benda yg aku tak tahu dalam bidang ni, and seriously rasa diri sangat bodoh. Tapi cikgu baik sangat, dia sentiasa memberi kata2 semangat, yang penting dia tak pernah merendahkan aku walaupun aku ni budak baru belajar. 

Cikgu ni punya cara kerja yang sangat hebat dan sistematik. Dengan sifat dia yg sangat ceria buat aku hilang stress. Haha. Boleh pulak dalam keadaan yang sangat genting,dengan masa tak cukup, tapi dia rilek ja siap gelak2 lagi, duk buat lawak ngan aku. Huu... Yang aku pulak duk syok sendiri, gelabah sorang2. Memang jenis gelabah takleh nak wat apa.haha.. Emm,kat atas aku cakap cikgu ni bertanggungjawab kan? Sebabnya, sejak dia sudi terima aku jadi anak murid yg dia bimbing untuk tesis ni, dia memang selalu check kerja. Awal dulu dia ada bagi tugasan, aku buat la. Memang susah, tapi aku try jugak dah cikgu suruh.Huhu. Last-last bila dia perasan yang kebolehan aku macam terbatas, dia sendiri yang datang tolong. Baik sangatttt! Huhu..
Actually sekarang ni tengah tunggu cikgu reply emel. Lepas tu bleh la sambung edit, nanti print out terus setel, insyaAllah. Sampai bila-bila pun akan ku kenang jasamu,cikgu!

Selain tu, kepada kawan-kawan aku kt Beijing ni, terima kasih sangat-sangat sebab dah banyak tolong. Ramai la yang tolong, even dah saat-saat akhir pun sudi hulurkan bantuan. Aku sangat beruntung, alhamdulillah sebab dikelilingi kawan-kawan yang pandai. Terima kasih kepada semua yg tak putus-putus bagi idea, tolong edit, bg pinjam laptop, bg pinjam bilik, bg pinjam internet, teman pergi library, teman stay-up, teman pergi jumpa lecturer, tolong ingatkan benda-benda penting, tolong bagi makanan selalu sbb aku asyik skip meal,pastu sentiasa tanya khabar, bagi kata-kata semangat yg membuatkan aku yakin untuk meneruskan tulis tesis ini, juga terima kasih atas doa tulus ikhlas kawan-kawan semua. Hanya Allah dapat membalas kebaikan kalian dengan kebaikan juga, InsyaAllah.

Kepada family yang tak pernah jemu dengan alasan aku busy wat tesis, terima kasih sangat-sangat. Aku selalu mengadu kat umi, abah, dengan adik-adik tapi diorang tak merungut pun, siap bagi kata-kata semangat lagi! Buat aku tersentuh sangat! Huhu. Walaupun jauh, tapi mereka tetap bersama aku meneruskan perjuangan belajar kat sini. Thankyou so much! Huhu....

Akhir sekali, aku dengan rasa rendah hati ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yg telah bantu secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih semua.

Monday, June 3, 2013

when will i be intelligent?

I can't resist myself from having an extreme feeling of inferior. Today me and my supervisor were having a long discussion about my research paper. From her point of view, my ideas hasn't reach her requirement yet. She hope that i could do my analysis with more outcomes,but i always stuck in the middle. Discussing about literature with her makes me feel so stupid =,= What have i done these few months? ouhhhh. I never ever thought that i could impress her with my analysis, but i just hope that she would accept ideas of mine. Yes, she accept it. BUT, that is still not enough. Ouhh. I feel so stupid. Doing research makes me feel so helpless. T.T

Saturday, June 1, 2013

bermula dari bawah

Untuk memulakan sesuatu bisnes atau perniagaan, bukanlah mudah. Kita memerlukan perancangan yang rapi, serta persiapan dari pelbagai aspek. Tapi pada pandangan aku, perkara yang paling penting sebelum memulakan bisnes adalah azam dan target! Modal memanglah perlu ada, platform juga perlu kita cari tapi pada pandangan aku yang tidak pernah ada ilmu dalam bidang perniagaan ini, aku berpendapat bahawa azam dan target adalah perkara pertama yang perlu dipacak! Kenapa? Kerana dalam usaha kita nak cari modal dan sebagainya, azam itulah yang akan memandu perjalanan dalam bisnes. Mungkin kawan-kawan yang mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan boleh kongsi sedikit sebanyak tentang asam garam perniagaan. 

Walaupun aku tak pernah belajar bisnes, namun secara tak langsung, rupa-rupanya aku dah pun menjalankan perniagaanku sendiri secara kecil-kecilan. Namun disebabkan kekangan masa dan modal, bisnes mini aku terhenti separuh jalan =,=

Hari ini, aku join Kursus Keusahawanan anjuran MARA. Mula-mula ingatkan tak nak ambil perhatian, sebab tak faham sangat. Tapi bila tengok slide, dengar sikit-sikit, rasa macam bersemangat nak ceburi bidang bisnes dengan SERIUS! Orang cakap, nak berjaya kena mula dari bawah. InsyaAllah aku tak kisah pun untuk bermula dengan modal yang sedikit, bisnes kecil-kecilan mahupun buat jualan dari rumah sahaja, asalkan aku start! Sebelum ni pernah la tolong umi buat kerja sikit tapi tu tak kira sebab bukan aku yang jadi mastermind. Haha... Tapi masa kat Beijing ni buat pertama kalinya aku buat jualan kecil-kecilan. Jual sandwich telur. Alhamdulillah rasa best sangat! Sebab aku berjaya mencapai target. Aku jual sandwich tu selama 1 semester ja, tapi dah boleh rasa la aura-aura susah senang dalam bisnes. Tu contoh ja la. Lepas tu pernah jual barang-barang macam cadar,alas meja,dan tudung. Yang tu pun beberapa kali ja buat. Hehe. Aku tak minat sangat. Sebab bukan aku yang jahit sendiri semua benda tu.

Tak berani nak cakap banyak, tapi insyaAllah suatu hari nanti mahu juga untuk laksanakan impian aku dan family untuk buat perniagaan jualan baju. Buka butik sendiri, butik family. InsyaAllah~
Kursus yang aku attend hari ni macam bagi sinar sikit untuk menghidupkan kembali cita-cita aku dan family. Semoga suatu hari nanti impian kami tercapai. Amin~