Saturday, June 8, 2013

route to graduation

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, semester ke-8 aku belajar di Beijing Foreign Studies Univ bakal berakhir tidak lama lagi. Sekarang kami hanya menunggu keputusan markah tesis keluar untuk menentukan "oral defense". Semua orang pun kalau boleh taknak kena.hehe. Aku rasa la. Sebab agak mencabar sikit. Tapi insyaAllah boleh ja, bagi kawan2 aku yang bakal kena "oral defense", aku doakan kalian berjaya. Cewah sekali tengok aku yg kena! Haha~ 

Sepanjang semester terakhir kami study kat BFSU ni, macam2 yg kena tempuh sebelum majlis graduasi. Alhamdulillah syukur yaAllah, sekarang dah awal bulan June. Selama aku study kat sini jugak, ramai sangat kawan2 yg tolong. Semua kawan2 dalam batch aku banyak membantu, kat sini dengan penuh rasa rendah hati, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kat kalian semua. Lepas ni semua orang akan meneruskan perjalanan di alam pekerjaan pula. Since bidang kita sama, semoga di masa depan kita masih boleh bekerjasama :D I'm really gonna miss all of you! Terima kasih semua. 

*Shidah, Shikin, Syamila, Fieza, Mariam, Zu, Maslina, Aishah, Ilham, Aina, Pika, Ayu, Ain, Zati, Akmal, Nadia, Aini.
Sudin, Sheikh, Ahmad, Afiq, Leman, Fareez, Fayyadh, Danial.

Entry kali ni just randomly rewind balik apa yg berlaku semester ni. hehehe.

Semester ini diraikan dengan musim bunga. Mungkin ini kali terakhir kita 赏花 kat Beijing. Sambil2 tu kena bertungkus lumus study untuk exam, prepare buat tesis dan sebagainya. Bagi aku, memang agak hectic la~

Selalu kawan2 ajak aku keluar pergi jalan2 ke taman bunga la, keluar pergi makan2 la tapi aku selalu tak ikut. Huhu. Kononnya time tu tengah wat tesis. Mintak maaf sangat2. Bila dah stress sangat, kena jugak keluar ambik angin kan? Ni masa depa ajak p makan pizza. Akhirnya aku keluar jugak. Yeayyy!

Semester ni, kita masuk kelas selama 2 bulan sahaja. Ni hari terakhir kita pergi kelas sama2. Wuu. Sedihnya. Ni classmate aku sepanjang 4 tahun. Banyak kenangan, banyak yg aku belajar dengan diorang semua.

Yang gambar atas tu pelajar perempuan sahaja bersama guru kelas. Yang ni baru 全家福。Lengkap 13 orang.
Eh ada lagi satu kawan2 kat kelas A, pun 13 orang jugak.

Ni ujian percubaan. Boleh la tu. Sederhana saja.

Kelas 文化传播学。Bersama 杨旭老师 dan kawan2 semua. Ni pun kelas terakhir jugak~

Cuba teka sapa bagi postcard ni? Sweet kan, cikgu masa aku third year yg bagi. Dia hantar kat semua student dia. Huuuu terharu sangat, sebab time ni aku tengah STRESS study untuk final exam sambil PENING tulis tesis =,=

Aku bukannya malas sangat cuma tak berapa rajin nak study awal minit. =p Haha. Ni bukti yang aku memang study. Nota conteng subjek 中马翻译。

Itu dia suasana sebelum exam translate bermula. Semua tengah buat persediaan terakhir, aku busy ambik gambaq! Hahaha... tarikh peristiwa: 25 april 2013. Rindu lah waktu nak exam macam ni, sama2 pulun menghafal. Ohyeahh!
Final exam haritu ada 3 subjek ja, tapi aku tambah satu. Ermm, sepanjang study kat sini aku tak pernah printscreen result aku macam ni sebab aku tak pernah dapat semua 90 ke atas.Hahahaha. Sedih kot! Kalau ada pun mesti ada subjek yg dapat 70 atau 60 lebih. Adoiii.. Tapi tak sangka sem last dapat jugak merasa. Hehehehe. Alhamdulillah.

6 May 2013, tarikh last hantar esei ni. Sebab apa aku hantar lambat? Sebab aku buat malam tu pukul 3 pagi baru terhegeh2 nak tulis. Sebab aku duk follow perkembangan PRU. Tak tau nak cakap bengong ke apa. Haihhh.. Alhamdulillah sempat jugak hantaq.mwehehe~

毕业考试!exam untuk grad. Nampak macam rileks tapi kalau sangkut exam ni memang naya. Huhu. Syukur alhamdulilah aku dan kawan2 semua lepas!yeayyy!

Bergambar selepas habis exam tadi.  Senyum ja semua ^^

Route to graduation is not as easy as ABC. Selesai exam utk grad, kena amik HSK pulak. Kadang2 merenung nasib diri di luar tingkap. Hahaha..

Exam HSK pada hari ahad, 12 May 2013. Nervous jugak, sebab gelabah punya pasal aku tertinggal botol air dalam kelas ni. Ayyyy geram betol.

The next day, seawal 5 pagi dah tarik luggage bergegas ke Harbin dan Shenyang. School trip yg terakhir untuk kitorang. Kita pergi jalan2 ke 东北 selama 5 hari. Aku bawak laptop, buat tesis =,=
Sebab takut tak sempat siap,memang sengaja cari penyakit kalau tak siap so terpaksa bawak laptop.
Oh yg kat gambar ni aku, Shidah n Maslina, kat depan muzium. Best gak muzium ni.

Harbin oh harbin.

Dalam ni best giler leh tengok penguin gemuk2 sihat2 aktif berenang! Ada macam2 haiwan yg aku tak pernah tengok sebelum ni. Best wooo kat sini!

Balik dari Harbin, kena teruskan wat tesis =,= bosan kot.......

Time aku tak cukup masa nak masak n makan, ada jugak kawan2 yg baik hati sudi bagi makanan. Hahaha. Thanks semua~

Sapa suruh aku lembab buat kerja, makan pun buku teman. Ouhhhhhh tragis! *ni pun kawan yg bagi nasi. Hahaha

5 Jun 2013, setelah menempuh pelbagai dugaan, syukur alhamdulillah siap pun. Aku memang beremosi sikit masa nak setelkan tesis ni. First time buat, maklum lah takdak banyak pengalaman, ilmu pun tak seberapa. Tapi ramai la yg tolong. Aku sangatttttt menghargai setiap sokongan dan pertolongan dari kawan2 semua, dan juga semua yg telah memberi sokongan masa aku tengah tension wat ni..
Tapi aku takleh happy sangat skrg ni, sebab result belum keluar lagi. Semoga kami semua berjaya lulus dan  dapat balik M'sia dengan tenang. Amin.

All the best untuk semua! ^^

1 comment:

DaYaH JeLitA said...

haa syok baca entry kali ni..padat berisi and banyak gambaq! ape pon im so proud of u.. happy graduation!