Tuesday, June 30, 2009

Pedoman.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis,
Bukan kerana merah kilau lipstik
Pada bibir mekar senyum kosmetik…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja,
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa,
Bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak,
Tidak menjerat diri pada kederhakaan…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri,
Menempuh badai di sisi suami…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu,
Menjauhi persekongkolan para ipar…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu,
Membuai anak kala suami menjalin mimpi…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai mentua,
Telus hati mengagih kasih setara pada semua…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek,
Menjaring teladan para anbia' buat cucu-cicit...

*received from friend.

kelas ting he shuo



antara semua subjek kat sini,ada 1 kelas speaking(ting he shuo).hari ni last kelas ni.huhu.sedeyh.even cam susah gak a kelas ni tapi best.xyah tulis nota n latihan banyak2.homework pun just cakap2 je.santai giler.x la ngantuk sangat.kecuali pada waktu2 tertentu.haha! dah la cikgu sporting habis ar.nama dia Wang Hong Nan.cun wo cikgu aku yg sorang nih.hari tu kitorang pegi rumah die yang bapak jauh dari sini.hoho.best2.kesimpulannya next sem aku akan rindu klas ni.uhuk2.
老师,我很感谢你叫我很多东西。上个学期你叫我汉字课。这个学期你叫我听和说客。虽然很难但是我们很高兴。老师对我们非常好。谢谢老师!

Friday, June 26, 2009

Summer in Beijing.

Ya Allah,panas giler.serius cakap,aku memang x tahan ngan cuaca summer kat sini.huhu.udara memang kering,kalau angin bertiup pun masih terasa panas yang membahang.membahang okay?suhu pulak mencecah 37 degree.aduh.laoshi cakap ni baru awal summer.nanti kemuncaknya,boleh sampai 40 dan ke atas.MasyaAllah,panasnya! aku sampai pening kepala,letih smua ada.terpaksa la pakai payung kalu nak kluaq.tapi pakai payung pun,panas jugak.huhu.n of course,my skin was: -overtanned- :-(

nasib baik la dah nak dekat cuti.n cuti ni plak,aku akan pulang! pulang bercuti sebulan setengah kat Malaysia:Perlis.x sabar giler.dah lama aku homesick tau.haha.*malu2* kepada my family,friends,smua lah tunggu kepulangan aku nanti k.ho ho ho balik kampung!!! tapi kan,ada something yang buat aku gelisah.huhu.pasal kes h1n1 tu la.dengar cerita,semua yang fly balik nanti kena KUARANTIN dulu seminggu kat hospital.pastu kalau xda apa,baru boleh balik rumah.yaAllah,lindungilah aku.kalau camtu maknanya lagi lambatlah aku sampai rumah.dah laa jauh,kat Perlis yang paling utara nun.huhu.habis rancangan aku.kalu kena kuarantin laa,hancur plan aku.uwaa!

hmm.apa2 je lah.redha je.nak wat camna.so,sekarang ni keja membilang hari nak exam pastu balik.aku dah rindu kat semua orang ni.nak stay kat rumah lama2,g jumpa kawan2,g jumpa cikgu2 kat skolah.hihi.hmm.kawan2 aku tu,yang sebelum ni masuk matrik ramai dah dapat u.tahniah la korang.bagus betul.smga sukses..che-ti,nanti aku p cari hang k..huhu..

erm.what else?cam banyak nak tulis.tapi tiba2 blurr plak.dah pukul 1 lebih dah.aku x reti2 nak tido lagi ke? no! i have something to do.

it's not too late,it's never too late.

peperiksaan.exam.kaoshi.hari ni aku g jawab satu exam.actualy dah tahu dari last week lagi.exam ni untuk tengok taraf bahasa cina kitorang.next sem kitorg dah nak naik degree.insyaAllah.memandangkan batch aku ade 26org, so cikgu wat exam untuk tentukan kelas nanti.what daa?aku x prepare pun jawab exam tadi.haha.kelakar giler.yang depan2 tu boleh laa jawab.mai kat bahagian 'gaoji'(high level), smua kantoi.nak wat camna,kitorg baru belajar x sampai setahun.mana boleh jawab soalan tahap camtu.haiyaa.diorg 5 org yang dah ada basic tu xpe lah.hmm.aku pun x faham camne cikgu nak separate kan kitorang nanti.dia nak jadikan 2 kelas.so,13 13.yang pasti,aku memang x berhajat langsung nak masuk kelas ngan diorg yang dah ada basic tu.mampuih aa nak ligan.aku x mampu la.baik follow je tahap aku sekarang.aku dah serik lompat kelas A.dulu time kat skolah dah pernah.tiba2 ja masuk klas first.amik kau.jatuh merudum dan x naik2 dah matematik aku.teruk giler.huhu.sedih woo.pastu time nak pmr jenuh aku nak cover.aku ni kalu belajar kena slow n steady.x reti la laju2 sgt.nti terlepas!haha.tapi entah laa.aku x berani nak cakap apa2.yang pasti kot mana pun,aku ikut je la aturan laoshi2 nanti.nama pun nak belajar kan.x kisah laa.asalkan boleh belajar sudah.insyaAllah~

sebut pasal exam ni.aku nak cerita sikit kisah aku jawab exam.kat sini exam sebulan sekali.sebab kitorg baru wat foundation.kiranya,sem lepas 4 kali.dan sem ni,pun 4 kali jugak.hmm.sem lepas,alhamdulilah aku boleh jawab ngan baik.bagi aku laa,ok kot rasanya.sebab cam senang gak ar.maklum la mula2 memang camtu.hehe.dan cabarannya bermula di sem ni.yeah.first exam alhamdulilah lepas.hehe.time tu tgh musim bunga kot x silap.so mood sangat bagus.haha.cam xda kaitan ja.second pun ok jer.alhamdulilah.dan,dan,dan...exam kali ketiga hari tu aku kantoi sikit.sedih gler.sebab x prepare betul2 maybe.maybe la.dah la masuk jawab exam lambat.kena duk depan skali.psiko hell.x kisah la yang tu.yang aku kisahnya,soalan x da la susah sangat pun.just,I'M SO CARELESS!! geram giler.kurang 1 markah je utk dapat A.warghh.tekanan!actualy aku cam dah dapat instinct yang exam tu akan merosot sikit.hehe.time tingxie tu,markah jatuh sikit.so,paham2 je la.hmm.

x sedar pun.tinggal 1 je lagi exam sebelum habis foundation.ya Allah.cepatnya!exam last ni minggu depan la.2hb julai 2009.korang,doakan aku ye.actualy,skng ni aku still x prepare betul2 lagi.kalu dah suka study last minit tu nak wat camna kan.haha.kalu study awal nanti aku lupa.apa2 jelah.banyak sungguh alasan aku kan.tapi walau apa2 pun,aku ikhlas tau.even cam banyak halangan,susah la,x faham la.hmm.so,aku rasa masih tak terlewat untuk start baca buku hanyu kesayangan aku tu.hihi.it's not too late,it's never too late.aku rasa,patut tebus balik yang aku dapat B last exam hari tu.insyaAllah,usaha,doa,tawakal.

kepada membe2 aku: women yao jia you ah!! zhu nimen hao2 zhunbei kaoshi.bie jinzhang.hehe.wo ye chang2 jinzhang.wo xiwang zhe ci kaoshi,women dou neng kao hao.ranhou,gao gao xing xing de hui malaixiya.jiayou ahh!!

so,that's it.cerita pasal exam.hari khamis minggu depan bakal menentukan segala-segalanya.chewah! macam nak exam HSK lak.haha.pastu hari jumaat akan ada majlis graduasi sempena habis foundation ni.dapat tau markah.ohhhh.huhu.whatever it is,i'll do my best.pray for me k~
-Ya Allah,tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku pengertian yang baik.Ameen-

Thursday, June 11, 2009

pesanan halus

sebagai peringatan kepada diri.dalam kita ghairah menghadapi kehidupan di dunia yang fana ini,terdetikkah di hati tentang kematian? ya,mati yang bisa menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.kadang kita leka,kadang kita lalai,terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga kita lupa pada yang satu itu.

beberapa hari ini,aku menerima khabar duka dari ramai kenalan bahawa ada di antara ahli keluarga mereka telah pergi menghadap Illahi.innalillah hi wa innalillah hirroji'un.

kukira,ini sebagai satu pesanan halus dan peringatan untukku.yang selalu saja lalai dan alpa.astaghfirullah hal 'aziim.

Friday, June 5, 2009

Lately...

Sejak kebelakangan ni,banyak perkara yang berlaku kat sini..x tertulis..aku memang nak story kat sini tapi masalah la..bengang betul..apsal la kat sini blogspot kena banned?terbengkalai blog aku ni..sedih tau..sebelum ni aku aktif ar tulis,tapi sekarang..isk3..cey,emo plak..haha..anyway,aku akan terus menulis blog ni dari masa ke masa..cuma mungkin tak sekerap dulu..apa2 pun,terima kasih banyak2 kepada anda yang masih mengikuti blog ini..aku hargai semua tu k..

Last week,aku baru dapat result exam..serius x puas hati..padan muka aku..sapa suruh x wat betul2..dapat bonus plak tu kena p klas tambahan..amik kau! huhu.. Aku nak tebus balik dalam exam final nanti..doakan aku k..aku nak balik m'sia dengan result yang okay=) insyaAllah!

Aku makin blurr..xtau nk tulis benda apa..yang pasti,aku makin hari makin excited sebab dah nak balik m'sia..yeehaa!!

Dato' Najib melawat BFSU!

KL, Beijing kian akrab
Daripada Manja Ismail di Beijing


PERDANA Menteri China, Wen Jiabao menyambut ketibaan Najib di Great Hall of the People, semalam.
Najib azam tingkat lagi hubungan bagi manfaat rakyat

DATUK Seri Najib Razak semalam berazam untuk membawa hubungan Malaysia-China, yang dirintis bapanya 35 tahun lalu, ke peringkat lebih tinggi dan memberi manfaat lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Perdana Menteri berkata, hasil keberanian dan keputusan bijak generasi Allahyarham Tun Razak Hussein dan mendiang Zhou Enlai untuk menjalin hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 1974 sedang dinikmati generasi pemimpin Malaysia-China sekarang. "Saya sebagai anak Tun Razak, berazam untuk membawa hubungan kedua-dua negara ke peringkat yang jauh lebih tinggi. Kalau pepatah Cina ada menyebut 'kalau minum air dari telaga, jangan lupa orang yang menggalinya', saya ingin ubah sedikit iaitu kita gali lebih banyak telaga.

"Menjadi tanggungjawab pemimpin Malaysia generasi saya untuk menggali lebih banyak telaga supaya lebih banyak airnya mengalir untuk dinikmati rakyat kedua-dua negara," katanya ketika berucap selepas menerima anugerah Doktor Kehormat daripada Beijing Foreign Studies University (BFSU) di sini.

Anugerah itu, yang disampaikan oleh Presiden BFSU merangkap Timbalan Menteri Pendidikan China, Prof Hao Ping adalah lambang keakraban hubungan Malaysia-China khususnya dalam bidang pendidikan, bahasa dan kebudayaan.

BFSU adalah antara universiti terkemuka di China dan menawarkan pengkhususan dalam pengajaran bahasa asing termasuk Bahasa Melayu. Selain mempunyai Jabatan Penggajian Malaysia sejak 12 tahun lalu, BFSU pada 2007 menyediakan Kerusi Penggajian Melayu.
Tahun ini saja, lebih 60 pelajar China mengikuti program Penggajian Melayu, manakala 36 pelajar Malaysia mempelajari bahasa Cina di peringkat ijazah.

Najib, yang berucap dalam bahasa Melayu tanpa teks, memetik pepatah Cina 'perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama' ketika mengimbau sejarah Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan China 35 tahun lalu.

"Apabila Tun Razak membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan China, Allahyarham barangkali tidak memikir langkah pertama atau kedua bagi perjalanan seribu batu. Hari ini, kita menyusuli dan menikmati hasil langkah pertama Allahyarham Tun Razak dan mendiang Zhou Enlai itu.

"Saya ketika itu tidak dapat bersama Allahyarham kerana masih belajar tetapi sempat mendengar sebaris ayat Allahyarham mengenai lawatannya ke China, yang masih jelas dan besar maknanya.
"Allahyarham berkata 'I can work with Zhou Enlai and have the greatest respect for him', menggambarkan keyakinan beliau kepada kepemimpinan China ketika itu untuk memajukan negara ini. Atas keyakinan yang samalah, saya berazam untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih tinggi," tegas Najib.

Perdana Menteri mengulangi pendirian Malaysia yang tidak pernah menganggap China sebagai ancaman, sebaliknya melihat Beijing sebagai rakan kongsi penting untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

Malah, katanya, hubungan kedua-dua negara bermula sebagai sahabat sejak 600 tahun lalu ketika Dinasti Ming menghantar armadanya merangkumi 30,000 tentera dan 300 kapal diketuai Laksamana Cheng Ho ke Melaka.

"Bagaimanapun China tidak menawan Melaka ketika itu, sebaliknya menghulurkan tangan persahabatan. China tidak pernah menjadi ancaman kepada Malaysia dan negara serantau. Saya ingin melihat segala kemungkinan yang memanfaatkan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; ibunya, Tun Rahah Noah serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Luar, Datuk Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

***Aku ngn kawan2 pun ada skali tau..haha siap nyanyi lagi..sapa yang tgk berita kat tv tu nmpak la..best2! So,datangla beijing..we welcome you!