Tuesday, June 30, 2009

Pedoman.

Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis,
Bukan kerana merah kilau lipstik
Pada bibir mekar senyum kosmetik…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja,
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai Hawa,
Bukan kerana bijak meruntuh iman kaum Adam…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai anak,
Tidak menjerat diri pada kederhakaan…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai isteri,
Menempuh badai di sisi suami…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai menantu,
Menjauhi persekongkolan para ipar…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai ibu,
Membuai anak kala suami menjalin mimpi…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai mentua,
Telus hati mengagih kasih setara pada semua…

Cantiknya seorang wanita itu sebagai nenek,
Menjaring teladan para anbia' buat cucu-cicit...

*received from friend.

2 comments:

cik liena said...

urm..
yeah..

peringatan..
nasuhat..

kynah said...

actualy banzhang ko yg kasi
bile ntah aku x ingt daa
yup2.peringatan utk kite