Sunday, September 1, 2013

thesis

Bismillahirahmanirrahim~

InsyaAllah kali ini akan menceritakan serba sedikit pengalaman menulis tesis. Baru-baru ni ramai junior yang mesej aku tanya tentang tahun akhir pengajian di BFSU, pasal tesis, praktikal, kelas dan lain-lain. Jadi aku bercadang untuk menceritakan di blog ni. Tapi sebelum tu, just nak bagitau, semua yang aku tulis ni hanya dari pandangan peribadi, tak semestinya betul. Boleh adjust mengikut situasi sendiri. Sebagai senior yang alhamdulillah telah diizinkan Allah untuk bergraduat dari BFSU, aku cuma nak tolong dan kongsi pengalaman saja, harap-harap dapat membantu kalian =)

四年级上 
Semester pertama untuk tahun keempat. Semasa semester ni, kita ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian, iaitu Kelas Penulisan Tesis -论文写作课,Kelas Pilihan -选修课,Praktikal -实习。

KELAS LUNWEN XIEZUO
Bagi aku, ketiga-tiga benda ni sangatttt penting. Dalam kelas 论文写作, tolong lah bagi perhatian betul-betul, walaupun lecture tu kadang-kadang macam tak berapa menarik, just kena dengar ja... Tapi, dalam setiap lesson, cikgu akan explain semua tentang tesis, bagi contoh tesis tu apa, macam mana nak tulis, peraturan menulis dan sebagainya. Secara tak langsung, segala persoalan aku tentang tesis terjawab dalam kelas ni. Ingat lagi, laoshi cerita tentang tesis-tesis yang telah ditulis oleh 留学生,中国学生,kelebihan dan kekurangan, kesilapan lazim, kesilapan besar yang kita kena avoid, contoh tesis yang cemerlang, sederhana dan kurang baik. Daripada semua tu, kita akan dapat gambaran yang tesis kita nak tulis tu bukanlah sebuah karangan biasa (一篇文章)sebaliknya adalah sebuah kajian yang bersifat akademik (一个专业的论文,调查)。

TAJUK TESIS
Lepas habis lesson penerangan tentang tesis, laoshi akan start bagi borang-borang. Time tu setiap orang dah kena ready dengan tajuk masing-masing. Means, dah start fikir tentang skop apa yang kita nak buat. Patutnya dari cuti sem haritu aku dah fikir siap-siap, tapi biasala cuti kan, aku tak teringat langsung pasal ni. So time dapat borang tu pun aku still relax lagi, amik masa dalam seminggu jugak la nak decide tajuk. Oouhh menyesalnya, bagi aku tesis ni benda besar! So kena fikir betul-betul nak tulis apa, tapi time tu aku just in a blink, tupp terkeluar satu tajuk dalam kepala. Time dalam kelas la, cikgu explain pasal kita ada 3 skop yang boleh tulis which are; 语言,文化,文学。I don't know WHY I CHOSE WENXUE =,=

***tajuk aku masa ni ialah 《中国古诗和马来古诗的比较》。Lepas tu laoshi edit bagi jadi macam ni 《论古典诗歌的现代传播与接受--以马来古诗和中国古诗的比较为中心》。

Time tu macam konfiden sangat yang aku boleh buat sebab memang ada idea, bila dah kembangkan, bincang dengan laoshi,dgn kawan semua, rasa macam best kot. Haha. Rasa tak sabar gila nak tulis pasal ni. Aku nampak perbezaan dan persamaan dalam pantun melayu kita & sajak kuno cina 古代诗歌。Siap minta bantuan Puan Adibah 中马翻译老师,minta tolong dia cari bahan, tanya pendapat dia. Haha. Tapi hakikatnya...bila dah proceed dengan next next borang, aku pun macam rasa eh apasal macam besar gila tajuk ni, macam susah je, mampu ke aku? Last-last aku tukar tajuk di saat akhir which lead me to a great suffer =(
Pengajarannya, fikir la tajuk yang kita rasa mampu nak tulis. No worries, selagi tesis tu tak dihantar, boleh je nak tukar tajuk. Cuma penat sikit nak cari bahan, membaca semua bahan-bahan tersebut, dan analisis. Penat. Jangan sesekali rasa down kalau kena tukar tajuk, sebab benda tu normal. Ada yang kena tukar banyak kali, kena tukar skop, dan macam macam lagi but that's okay. It's learning process.

Okey next pasal kelas ni, laoshi akan guide untuk kembangkan idea, buat rangka tesis, then kita akan nampak la big picture kajian tu. Masa dalam proses ni lah, aku baru perasan yang tajuk aku tu terlalu besar. Kalau buat untuk master maybe boleh dipertimbangkan plus aku takdak pengetahuan pun tentang tu (aku tak masuk kelas yang spesifik untuk subjek tu :古代诗歌,现代诗歌)。Nasihat aku, once dah perasan yang topik tu too big, too hard, bahan tak cukup, bahan tak boleh didapati di Msia/China, bahan susah nak dapat, ataupun rasa macam tak da sumber, jangan tunggu lagi, cepat-cepat tukar tajuk ataupun edit! Yang ni tak boleh buat sorang-sorang, kena bincang dengan laoshi yang ajar 论文写作,bincang dengan kawan-kawan, tanya pendapat. InsyaAllah, everything will be okay, trust me.
Kesimpulannya, dalam semester ni kelas lunwen xiezuo akan guide kita cara-cara tulis tesis, cari bahan yang betul dan berkaitan serta analisis bahan. Never miss a class! Nanti susah nak faham, sebab aku jenis macam tu, kalau tertinggal aku susah nak faham. Jadi ku gagahkan jua diri ini untuk attend semua kelas lunwen xiezuo ni... Alhamdulillah sangat membantu. 谢谢老师!

KELAS PILIHAN - 选修课
Seperti yang kita tahu, sem kedua nanti akan busy sangat-sangat sebab akan tulis tesis secara rasmi dan secara serius, lepas tu ada final exam, 毕业考试,HSK bagi yang belum ambil, pergi school trip dan macam-macam lagi lah benda nak kena setel in FINAL SEMESTER. So dah tak ada masa nak kumpul jam kredit bagi cukupkan 选修课的学分。Nasihat aku, CEPAT-CEPAT KIRA 学分 SENDIRI, kalau rasa tak cukup, cukupkan, pilih la mana-mana kelas yang berminat. Masa tu, aku dan kawan-kawan mengalami masalah sikit sebab xuefen kitorang tak cukup, pergi tanya 办公室,他们没有给一致的答案。Gelabah la masuk 选修课。Alhamdulillah, aku enjoy je walaupun almost everyday habis kelas pukul 6, kadang-kadang sampai malam. Haha. Biar penat sem ni takpe, jangan sem depan lagi kelam kabut. Sekali tengok, last-last bila dah nak grad, bila kira-kira balik, xuefen aku TERLEBIH. Hmmmm.. Takpe, semua tu ilmu. Hehe~~


PRAKTIKAL MENGAJAR - 实习

To be honest, part ni sangat best! Sebab akhirnya boleh CUBA untuk mengajar di depan. Haha. Takda apa yang perlu dirisaukan, cuma follow arahan daripada laoshi. Buat lesson plan leklok, study sikit, cakap depan cermin dalam sejam dua, haha, insyaAllah okey jerr~~~
 ***Walaupun semasa giliran kita mengajar di depan, kat belakang tu ada kawan-kawan satu group, bersama laoshi jadi pemerhati. Nervous woii! Hahaha.
Anyway, aku sangat enjoy part ni, boleh tengok kawan-kawan mengajar, aku siap rakam! Haha. And adik-adik junior pun memberi kerjasama sangat bagus! Alhamdulillah everything went well for all of us =)



MENTOR MENTEE
Selain praktikal, ada jugak program mentor mentee. Tak sure untuk junior lepas ni akan ada lagi ke tidak. Program ni umpama buat kelas tambahan di luar waktu kelas, utk diorang. Sepanjang sem yang first tu ja, kalau tak silap, kena bagi cukup 10jam. Aku just ajak adik-adik datang bilik, bawak buku, sembang. Hahaha. Kadang-kadang ajak pegi makan. Simple ja, just tolong apa yang patut, explain apa yg diorang tak faham. Best! Sebab ikut waktu sendiri. Oh, jangan lupa catat masa dan tarikh setiap perjumpaan sebab nanti laoshi nak tengok report yang DETAIL. Aku tak catat=,= jenuh la nak ingat...

FOLIO & LIBRARY

Kelas 论文写作 punya exam adalah folio. Aku panggil semua borang-borang tu sebagai folio. Laoshi akan suruh lengkapkan borang, semua tu adalah idea tesis yang telah dikembangkan, kena tulis esei sikit, jawab-jawab soalan camtu la. Kalau buat ikut masa, senang. Kalau buat last minute macam aku, parah. Hahaa.
Dalam proses cari bahan, sumber utama adalah library. Time aku dulu punyalah susah. Dah nak cari bahan baru kelam kabut nak buat STUDENT CARD dan daftar masuk library. Orang lain lama dah ada =,= Then baru FIRST TIME JEJAK LIBRARY...... Haihhhh... Bila masuk kat chinese collection baru sedar yang banyak gila buku boleh refer, kenapa la selama ni aku tak datang library, banyak buku best-best. Arghhhh..menyesal!

SUPERVISOR - 指导老师
Akhir semester (四年级上),akan diatur pertemuan dengan supervisor masing-masing. Tak tahu la akan datang macam mana tapi time aku dulu, cikgu aturkan pertemuan sebelum final exam kot. Tak ingat sgt. Haaa time ni dapat la bincang dengan lebih lanjut pasal tesis masing-masing. Time ni tajuk aku kena REJECT! hahaha. Sedih kot. Mujur la kawan-kawan satu batch semua sangatttt supportive! Alhamdulillah, diorang semua support..
***First time kot nak tulis kajian, mana reti apa satu, so kalau buat mistake tu, biasala kan. Huhuhu. Lagi satu tesis ni individual work, semua atas diri sendiri. Kita yang paling faham pasal tajuk sendiri, orang lain boleh tolong sikit-sikit jela.
***Sambungan tentang supervisor di bawah (四年级下)。

四年级下

Semester kedua untuk tahun akhir, merangkap FINAL SEM in degree.

期末考试 - FINAL EXAM

Final exam utk sem ni dijalankan pada akhir bulan april, so takde 期中考试。I have to admit that final exam ni susah sikit, bagi aku. Sebab ntah la, rasa stress. Ni last exam utk degree di 北外,selama ni markah aku selalu sederhana ja, teringin la jugak merasa markah cemerlang sikit. Huhuhu. Sem ni kelas dah tak banyak, so relax. Time tu just ada subjek 文化传播学,高级汉语,中马翻译。Alhamdulillah for the first time dapat tengok result sendiri macam ni, semua kepala 9. Sebelum ni jangan harap! Haha.



EXAM HSK & 毕业考试
HSK ni aku repeat. Tengok-tengok tarikh exam sehari sebelum pergi Harbin. Boleh bayangkan tak mood nak holiday tu macam mana.. Huhuuu. Tak tahu la wajib amik ke tidak, tapi aku ada satu pemikiran iaitu; bila mana aku belajar sesuatu bahasa asing secara serius, I have to take the international exam. HSK ni international kan, lagi pulak ni adalah bidang pengajian aku di univ, 5 tahun di Beijing, teringin la jugak nak tengok pencapaian sendiri. Saja ja amik. Alhamdulillah yang repeat ni lulus. Hehehehe.

SAMBUNGAN TENTANG SUPERVISOR DAN TESIS - 指导老师和我的论文

Sem lepas aku dapat sorang laoshi yang pakar dalam bidang 文学(诗歌),tapi menyedari bahawa diri ini masih belum cukup ilmu, aku terpaksa tukar tajuk lain, tapi masih lagi dalam skop 文学 (literature). Sebelum ni nak buat pasal sajak, lepas tu tukar kepada kajian novel. Sebelum nak dapat tajuk yang betul betul rasmi, entah berapa kali aku tukar. Hahaa.. Nak wat camna, dah susah sangat nak dapat yang kena dengan kemampuan diri sendiri. So, bila dah tukar kepada novel, laoshi tu cadangkan supaya tukar supervisor, dia cakap, ada laoshi yang lebih pakar dalam bidang 现代文学-小说,then dia uruskan pertukaran laoshi untuk aku. Alhamdulillah, takdela rasa sedih sangat. Hahaa.
Laoshi yang baru ni perempuan, sangat hebat, sangat banyak ilmu, dia pun banyak cakap jugak, yang penting baik dan tak garang. Hehehe.

Beliau adalah 中国学生的老师,so dia tak kenal sangat dengan 留学生。Tapi dia sangat membantu dalam penulisan tesis aku. Tajuk tesis finalku ialah 《张爱玲小说里的外国人物形象》。Jauh beza dengan yang awal-awal dulu. Huhuuuu. Tapi takpe, kita buat jugak seikhlas hati. Serius, kalau rasa tak suka ataupun tak minat, memang susah la nak tulis. So aku positifkan diri, tulis dengan enjoy. Memang kena dengan diri sendiri, sebab novel 张爱玲 ni semuanya sentimental, jenis heartbreak punya cerita, aku pulak suka cerita-cerita sedih, epik, tragis. Haha. Layan je.

Untuk kajian aku, kena baca few novels from Eileen Chang (nama inggeris beliau), untuk fahami rentak penulisan, gaya bahasa dan sebagainya. Memang penat la nak baca banyak kot =,= Time pergi Harbin aku still bawak ke hulu ke hilir novel tu, baca dalam train, sebab dah tak cukup masa. Sebab aku malas nak baca awal-awal. Huuhuu. Tapi enjoy je baca. Okey lupa nak cakap, selesai sahaja final exam, makin kerap la aku jumpa supervisor, untuk dia guide cara tulis, tengok point of view aku betul ke tidak, tengok bahan yang aku cari tu berkaitan atau hanya sampingan. Memang cuak nak jumpa dia sebab setiap kali jumpa mesti dia tanya macam macam, laoshi buat camtu sebab nak kita all out. Kalau tak memang tak berkembang langsung tesis aku. Setiap kali jumpa aku kena update kat dia apa yang dah baca, apa yang dah tulis. Dan aku ikut betul-betul apa yang dia suruh. Penat juga... Tapi aku ni jenis skema, cikgu suruh buat apa, buat je.. Huhuhu.. Pernah juga aku try nak siapkan awal, so aku tulis dalam masa 2-3minggu terus hantar, sekali tengok kena reject sebab tak ikut arahan. Perghh heartbreak tu memang deep. Haha. Kenangan... Lesson learnt, aku buat semula.. Cikgu cakap, biar lambat asalkan betul. =p

Laoshi yang jadi supervisor kita tu sangat busy, so kena cari peluang untuk jumpa beliau selalu, so that tak buat mistakes macam aku. Bukan apa, aku rasa rugi la kalau dah buat penat-penat pastu salah.. Sebab tu aku share kat blog ni semua mistake yang aku dah buat, harap-harap takde orang buat kesilapan sama. Tesis kita bergantung kepada diri sendiri, rujukan yang pertama adalah supervisor. Kalau ada sebarang kemusykilan, cepat-cepat jumpa laoshi, tanya! Edit ikut arahan laoshi. Jangan lupa bincang dengan kawan-kawan, sebab walaupun tajuk kita lain tapi format sama. Kalau rasa kita punya tu beza jauh dengan kawan yang lain, pun cepat pergi bincang dengan laoshi. Ermm, laoshi aku dulu busy, dia ada 8 orang untuk dia guide tulis tesis, ada yang master, ada yang degree. Tapi aku sorang je 留学生。Masa bulan 5 camtu, dah kena 修改 macam-macam, aku terserempak la dengan budak-budak lain. Perghh rasa diri ini kerdil sangat. Hahaha. By the way, time dekat last-last tesis nak siap kan, laoshi ada jugak cakap yang kajian aku ni macam susah sikit. Aku pun mengaku la. Pastu dia cakap, dia dah lama tak supervise 留学生,so dia anggap aku ni macam 中国学生,tu yang dapat banyak tugasan yang susah-susah =,= Aku pun senyum jela... Hahaha. Tak kisah la, asalkan aku nak lulus. Pernah jugak terlintas pemikiran macam tu, tapi laoshi cakap, actually bukan sekadar lulus yang kita cari, tapi ilmu. Memang betul la, time tulis tesis ni banyak pengajaran dan ilmu baru yang aku dapat. Baru sedar yang 5 tahun aku kat Beijing, tak banyak pun ilmu yang dapat, masih banyak lagi nak kena belajar. Serius rasa tertekan nak balik Malaysia, jadi cikgu rasa macam tak layak langsung kot. Huhuhu..

Setelah edit tesis banyak kali, tibalah masa yang dinanti, iaitu submit! Aku berdoa supaya lulus. Cuak kot, time tu aku stress gila, sepanjang sem aku tension. Takut kalau tak buat betul betul nanti tak lepas. Sebab nama dia 毕业论文,如果不及格的话,等于不能毕业。Yang aku faham, kalau lulus semua 期中,期末考试和毕业考试,masa grad nanti akan dapat 毕业证书,means sijil grad. Lepas tu kalau lulus tesis, barulah akan dapat degree, iaitu 学士学位证书!Sebab tu tesis ni penting. Kita perlukan kedua-dua sijil untuk grad. Huhuu.

HANTAR TESIS - ORAL DEFENSE/EDIT - HANTAR SEMULA FINAL VERSION

Lepas dah hantar memang lega sangat. Alhamdulillah. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan gerimis sedikit di tengahari. Haha. Takdelah.. Mula ingatkan bila dah hantar akan dapat tahu result iaitu oral defense (答辩)。Sesiapa yang terpilih untuk dabian means sama ada lulus cemerlang ataupun hampir tak lulus. Dabian akan tentukan segalanya. Takpelah yang tu aku tak kena, ingatkan takde masalah, means markah aku tengah-tengah la! Yeayyy! Sekali tengok ada keluar satu list nama student yang kena EDIT TESIS! Aku salah seorang daripadanya. Tempoh masa untuk edit tu dalam 5 hari kot tak silap, memang menggelabah habis la akuuuuu... Hhahaha.. Terkejut gila, still kena edit!! Bila amik balik, dah nampak la part mana yang kena edit tu. Aku kena sebab ada beberapa 错别字,错句子。Semua pasal 语法,dan ada satu part dimana fakta yang aku beri tu SALAH!!! Cuak gila, pastu terus aku contact supervisor, tanya camna nak buat, dia just suruh aku delete point tu. Heeee. Cmtu jela.. Pastu check skali lagi, hantar semula. And just tunggu result yang akan keluar pada hari grad. Hahaaa. Dah usaha semua, kita tawakal banyak banyak. Ohh salah sorang yang akan bagi markah ialah supervisor. Then tesis tu akan di simpan di 资料室。Kat situ nanti junior boleh la tengok senior-senior punya tesis. Aku dulu pun tengok semua senior punya, wat rujukan sikit. Hebat-hebat kajian diorang. Aku punya memang nampak obvious 留学生 punya kajian. Hahahha. Bukan nak gelak kat diri sendiri tapi tu lah, banyak lagi yang aku kena belajar =) Bagi aku, kalau kita berpenat sikit, ada effort lebih sikit, dapat markah berapa pun rasa syukur, rasa berbaloi. Sebab kot mana pun, dah usaha habis-habis, ni lah hasilnya, terima je. Semoga diberkati Allah segala usahaku yang tak seberapa tu.. Aminn..



GRADUATION & MARKAH TESIS
Alhamdulillah segala penat lelah, akhirnya berhasil. Semua orang dapat grad=) Time tu dah boleh check kat website markah tesis masing-masing. Pergh cuak gila kottt.. Hahahaha.. Tapi alhamdulillah syukur sangat, semuanya dipermudahkan. Walaupun aku tak dapat cemerlang, tapi lulus pun dah bersyukur sangat. Aku pergi jumpa supervisor sebelum balik M'sia, banyak nasihat yang dia bagi, untuk terus belajar dan belajar, macam-macam lagi la. Rasa bangga dapat menuntut ilmu dengan beliau. Ohh lupa nak cakap, nama beliau 唐利群老师。Sekarang beliau mengajar di US. Before aku fly balik Msia dan beliau fly ke US, sempat la sembang-sembang kejap, amik gambar dan bertukar hadiah. Hehee~~

alhamdulillah~~~ semua dah grad...

hardcover ni buat kat Msia, sebab KPM minta hantar versi macam ni..

my thesis supervisor, 唐利群老师~

Inilah rupa bentuk sijil grad dan ijazahku..huhuhu....


Penutup----
Terima kasih kepada yang sudi baca entry ni. Kepada juniorku di 北外,加油哦!Tesis aku tak seberapa, boleh tengok juga tesis kawan-kawan dan senior batch Harith. Pengalaman aku ni pun takda yang menarik sangat, just nak share ja dengan kalian. Kepada semuuaaaa yang telah membantu aku semasa di Beijing, bagi sokongan yang tak berbelah bahagi dari segala segi, terima kasihhhh banyak-banyak. Wish all of you the best in studies! Goodluck! =)

No comments: