Friday, March 6, 2009

Kenapa?

KENAPA ?????
Dengan nama Allah yangMaha Pemurah dan Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Tuhan yang menjadikan sekian makhluk. Ciptaan Allah ini perlu dijadikan perhatian dan renungan untuk diambil pengiktibaran untuk menambah keimanan kepada-Nya. Selawat dan salam buat rasul junjungan mulia Nabi Muhammad serta para pendokong Islam di serata alam.
Dalam meniti kehidupan seharian sehingga kita dipanggil pulang ke alam kekal abadi,kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai persoalan dan persimpangan. Sehinggakan terasa kecewa, malas, marah, benci dan putus asa dengan masalah (peluang) yang kita depani.
Islam melalui kitab Al-Quran membantu manusia dalam menyeselaikan setiap persoalan kita. Inilah bukti kehebatan Islam yang tidak terkandung dalam mana-mana agama kecuali Dinul-Islam. Renungkan jawapan setiap persoalan yang mungkin ianya kerap bermain di dalam kepala kita...kenapa?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2) Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. (3)" Surah Al-Ankabut : 2-3
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah
berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:Bilakah (datangnya) pertolongan Allah.....” Surah Al-Baqarah : 214

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah Al-Baqarah : 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (keupayaannya)....." Surah Al-Baqarah : 286

RASA KECEWA (FRUST)?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." Surah Al-Imran : 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." Surah Al-Imran : 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah : 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.....” Surah At-Taubah : 111

KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung" Surah At-Taubah : 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

".....dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Surah Yusuf : 87

JADILAH AKU INSAN YANG BERSYUKUR....

"Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat)..

4 comments:

bRoMiNe_aJe said...

haha..besa la aku..tp taw je la..mgarut byk..aku dh link dh..k....

Anonymous said...

eee.. bes la post nieh. haha.. semoga terus berjaya. :P hait2!

kynah said...

erm..makasih kawan2..hehe..

kynah said...

erm..makasih kawan2..hehe..