Tuesday, September 6, 2011

alhamdulillah.cuti musim panas yang memenatkan dah berlalu.2 bulan macam 2 hari.tak rasa langsung masa berlalu.setiap hari, mula dari tarikh aku pack barang utk pulang ke M'sia,sampai lah ke hari aku pack barang utk kembali ke Beijing, macam-macam perasaan bercampur dalam hati ni.hmm.i really don't want to go back yet.seriously~~~ T.T

banyak sangat peristiwa yang berlaku masa cuti.aku pun pergi ke banyak tempat,jumpa banyak orang,buat banyak benda.tempuh segala macam asam garam kehidupan.itu baru 2 bulan.dah lelah.lepas ni taktau la macam mana.yaAllah,pinjamkanlah kekuatan...

mungkin perasaan macam ni normal kot.bagi orang yang belajar kat tempat jauh dari rumah.tapi masalahnya...tempat itu sangat jauh...bukannya boleh balik segera...hish,sedihnya~ tak kira la apa keadaan sekalipun,aku cuma akan fangxin kalau nampak orang-orang tersayang sihat walafiat,selamat berada depan mata sendiri.kalau jauh macam ni...wo bu fangxin...Allah juga lah yang melindungi mereka...

Ramadan yang mulia dah berlalu.aidilfitri yang menjelang pun.sarat dengan pelbagai rasa.biarlah rahsia.baru aku tahu,tak semua orang yang menyambut aidilfitri tu,merasai benda yang sama.absolutely different.

No comments: