syukur alhamdulillah,bila aku menyelak kalendar di hadapan rupanya sudah menjejaki bulan april.dah separuh bulan pun.cepatnya masa berlalu.kesibukan di musim ini menjadikan masa itu berlalu dengan sangat pantas,sampai tak disedari.hmm.macam2 yang berlaku di semester 6 ini.dan semuanya aku terlepas,tak sempat untuk dicoretkan kisah2 tersebut di sini.
lagi 3 hari.bakal mengikuti trip anjuran univ.kali ini destinasi pilihan adalah Pingyao,Shanxi.hmm.entahlah apa yg bakal aku temui di sana.harap2 semuanya yg baik2,yg boleh dijadikan pedoman.pulang dari Pingyao,perlu buat presentation.hmm.seiring dengan exam pertengahan semester.ergh.hope everything goes well.
sebelum ni,setiap tahun aku akan update pasal musim bunga.tapi tahun ni taktau nak cerita apa.yg takkan ku lupa sampai bila2 adalah,berada di bawah payungan bunga2.tak sedar pun dah masuk musim bunga,sebaik sahaja aku keluar dari bangunan asrama,kawasan sekeliling macam dah cantik.hehe.ada satu kawasan yg pokok2 bunga yg besar2 tu berbaris.tumbuh dalam satu barisan di tepi pagar.dari luar pagar,aku hanya boleh berjalan menelusuri pagar tu,sambil dipayungi bunga.ewahh.haha.bestnya...kalau tiba2 angin bertiup,gugurlah kelopak2 bunga yg halus dan cantik tu.subhanallah...i just love that moment.ada la dalam beberapa minit menikmati pemandangan macam tu.syukur alhamdulillah.
akhirnya musim yang aku tunggu2 telah tiba.tapi musim bunga ni sangat cepat berlalu.tiba2 ja nanti dah musim panas.okey je,insyaAllah.