Monday, December 31, 2012

kalendar baruku

sebenarnya kan,setiap tahun aku pasti tidak ketinggalan untuk mendapatkan kalendar berbentuk kotak2 ni..macam planner la senang cakap..tapi ia mesti boleh berdiri tegak,ada space yg cukup utk aku menconteng/mark tarikh2 penting dan juga reminder utk tugasan n dateline or events as well..masa mula2 fly ke beijing dulu,aku tak reti langsung nak manage masa dan jadual harian smua lah..apa2 pun main ingat2 camtu,kadang2 tampal shortnotes,kadang2 tulis kat buku kecik ja..tapi alhamdulillah,dengan cara2 tersebut,ditambah pulak dengan kalendar kotak2 ni..urusan harianku menjadi lebih tersusun dan sistematik! lagi satu,memandangkan aku study kat luar negara,aku juga memerlukan kalendar msia yg ada mark tarikh2 cuti sekolah,perayaan smua tu..ini jugak demi memudahkan perancangan semasa cuti dan perancangan jangka panjang! alhamdulillah..sekarang,semuanya mudah dan tersusun dengan kedua2 jenis kalendar ini..
actually,ada bnyak application digital,online yg kita boleh install atau muat turun untuk memudahkan pengurusan,namun aku lebih selesa menggunakan pen lalu terus menconteng..hehe..

insyaAllah,esok pun dah nak masuk tahun baru kan..maka eloklah kiranya aku menutup kalendar 2012 dan membuka kalendar 2013...dengan lafaz bismillah,dengan penuh rendah diri,aku berdoa semoga tahun baru ini mampu menjadikan aku yg lebih baik dari sebelumnya..amin..

*doaku panjang sgt sbnarnya....xpalah..biarlah hanya Allah saja yg mendengar..senyum,tarik nafas panjang2..bukak mata...dengan menyebut nama Allah..dengan izinNya jugak,semoga kita semua gembira di tahun baru dan berusaha lebih kuat utk mendapatkan redha Allah..amin.. (^_^)




she and hers 2012 edition done.

she and hers 2013 edition will just begin.insyaAllah.
bismillahirrahmaanirrahim.....

(^_^)


i wish...

i wish tonight will be the night that we hangout together..
having dinner..some chats..and make countdown for the new year..

i just want to relax...

insyaAllah..soon,i will be on holiday..can't waitt!!

therapy for minds..
berehat di tepi pantai..i wish..



#i miss u..





and ouhhh..HAPPY NEW YEAR! 2013!



bismillah~


24 jam terakhir di tahun 2012

bismillah...

my feelings mixed up..
macam tak percaya..dah nak melangkah ke tahun baru.tahun 2013...
cepatnya masa berlalu..esok aku akan berumur 23 tahun..
umi dan abah umur 58 klu x silap..tp bg aku umi tetap muda smpai bila2..
adik aku pulak masing2 akan berumur 21 tahun,20 tahun,19 tahun dan 17 tahun!
yaAllah..kami semua dah besar rupanya...

jom2 muhasabah.....
semoga kita semua dpt jadi muslim yg lebih baik dari sebelum ni....amin...

midnight

i cant sleep...


























and i miss my beloveds so much...

jom tgk gmbr....
<3 p="p">
ok now i can sleep..
guten nacht!


Sunday, December 30, 2012

aku nak jual barang terpakai

hari ni saja dah 3 post aku kat blog ni..pergh..haha..actually aku nak bg bilangan posts tahun ni mengatasi bilangan tahun lepas..dan nak cover balik benda2 yg aku terlepas nak post sebelum2 ni...

okey kalau tengok tajuk pun dah tahu...aku nak jual barang2 terpakai...
memandangkan semester depan adalah semester yg terakhir aku di beijing foreign studies university ini,maka insyaAllah...aku pun akan grad,dan akan bawak balik barang2 yg maha banyak! kalau nak ikutkan antara semua budak perempuan kat sini,rasa2nya barang2 aku agak sedikit berbanding yg lain..bukan lah sikit gila tp nak compare dgn yg lain..sikit jugak la......tapi ada lah harta benda yg tak seberapa ni...yg berfungsi dan berkhidmat sepanjang aku hidup di china ni...

so,takkan aku nak bawak balik semua barang kan..ada yg kaca,ada yg besi,kayu plastik,getah letrik semua berbagai2 jenis...haha..aku plan,nanti nak kelaskan ikut kategori dan warna..sbb mostly barang2 aku warna putih..hihi..bajet princess semua nak putihhh je...penat aku angkut dari ikea semata2 nak dapatkan koleksi barang2 kaler putih ni..sayang mmg sayang tapi maybe nak jual je kot...mana tau kot ada org nak beli..hehe..
andaikata tak laku,terpaksa lah bawak balik msia..

kuatnya berangan..dah sampai kesini aku berkhayal...hoiii tesis pun habuk pun x nampak lagi ada hati nak grad!.alahai....sakinah...haha..

tapi tak salahkan kalau mahu merancang dari skrg...kekeke...

nantikan koleksi barang2 jualan aku akhir semester depan...bubbye!!

souvenir balik kampung...

tak lama lagi dah nak balik bercuti..
cuti semester edisi winter

usually,i will get something for my families and friends..
just anything as a souvenir..

selalunya kalau beli,mesti banyak..masa mula2 dulu tak reti lagi nak budjet
sekarang dah pandai sikit,kurangkan benda yg tak berfaedah,lebihkan benda2 yg penting
benda yg senang dapat kat perlis,x perlu susah2 beli kat beijing ni...
aku pernah bawak balik hadiah utk family mcm barang2 perhiasan rumah.
padahal tak berapa nak guna sgt pun..
then tukar kepada pakaian,ataupun beg...senang cerita,tnya depa nak apa,belikan

masa cuti bila ntah,aku tak sempat nak p beli yg cantik2..last2 aku decide
bawak balik makanan..haha..macam snacks,megi china yg sedap,milk tea in cup,chocs, etc..
pernah jugak aku bawak balik biskut2 yg dalam balang..ala2 biskut raya camtu..
sebab time tu dah dekat raya..nanti takyah beli kuih raya dah..hehe

alhamdulillah semua orang suka..tapi kali ni aku betul2 tak tahu nak beli apa..
duit pun bukan bnyk sgt,..tapi still nak beli..sbb rasa tak best kalau balik dari tempat jauh2,
tangan kosong ja sampai rumah...
skrg ni aku tgh fikir nak cari benda yg special nak bg kat umi.....
teringin nak beli handbag,aksesori mcm2 utk umi..tapi umi x berapa suka benda2 kebendaan ni..huhu
tapi dulu aku bg kain,umi suka..bleh buat baju..
masih berfikir lagi ni..tak kira, i must get something for my beloved umi...tp kena cari yg betul2 bleh buat umi suka..kalau x nanti aku kena marah sebab membazir...umi tak suka aku susah payah beli macam2 utk dia..huhu..tapi aku nak jugak..walaupun murah.x seberapa...i know she will accept it..because she love me..=))


insyaAllah lepas setel exam semua nanti,aku akan meredah kesejukan pergi keluar mencari buah tangan utk my family...and friends..especially utk my bff..dah lama x bg hadiah kat dia...and ouhhh..utk kawan2 yg melangsungkan perkahwinan juga...hee..im so happy for them...

kalau mamat baca ni,mesti dia merajuk sebab aku x mention pun nak beli kemeja kat dia..haha..insyaAllah nanti kakton mesti akan beli kemeja utk mamat ok..dah lama dah aku selalu usha baju2 kat kedai..semua cantik2...teringin nak tgk mamat pakai kemeja,cardigan camtu..mamat dah besaq la ni..mesti smart klu dia pakai....sama jugak utk dayah,diena ngn tah..must have something really22222 special for themmm!!

yaAllah bagi la aku lepas exam dengan tenang....amin....




aku dan bahasa......arab :p

esok akan berlangsungnya exam bahasa arab.
doakan aku yep.
bye.nak p baca buku.
skrg baru nak serius membaca.
aku mmg suka cari nahas.

*to be continued.

baru perasan,tahun 2012 tinggal lagi 2 hari.
hari ni ada lg beberapa jam,pastu esok 24jam.
insyaAllah kalau panjang umur,dapat lah jejak ke tahun baru 2013.
bismillah...=))

#ini sambungan.

aku dan bahasa arab.kat sini,selain bahasa cina,aku pernah belajar bahasa jepun dan bahasa inggeris.skrg,nak belajar bahasa arab pula.oh,kat sini semua bahasa2 asing tu diajar menggunakan bahasa cina sebagai bahasa perantaraan! huhu.sangat mencabar ok.tapi aku nak try jugak.

kalau english tak dak masalah sangat sbb kat msia dah belajar banyak.tapi sejak belajar mandarin,dah rasa english aku makin teruk sebab kurang praktis.hmm.takpelah.bahasa jepun pulak,wowww..ini lah angan2 aku dulu nak p jepun further study kat sana,tapi perancangan Allah lagi cantik,aku further study ke jiran negara jepun,iaitu tanah besar china =) erm,masa sekolah menengah dulu aku sangat perform dalam japanese language sebab minat yg luar biasa! tapi again,sebab dah tinggal lama,memang lupa habis! huhu.rasa nak nangis padahal dulu siap boleh tulis karangan lagi! tapi level 4 jelah.bila sampai kat beijing,kena belajar jepun balik,aku pun happy la.cuba ingat2 balik mana yg dah berkarat tu.masa belajar kat sini,aku dapat rasa SUSAH tu sebab belajar bahasa asing pakai bahasa asing lain sebagai perantaraan.memang sangat mencabar,tapi alhamdulillah boleh bawak =) untuk semester 7,aku pilih lagi satu,bahasa arab! pernah belajar masa tadika sampai darjah 3.pernah dapat 100.haha.tapi semua tu kenangan.sekarang memang satu apaaaa punnn tak ingatttt!!!! wuwuwuw..untuk bahasa arab ni lah yg cabaran paling besar.sebab arabic is not easy.but i find it interesting belajar arab guna bahasa cina! sangatt bestttt,alhamdulillah.nak hafal ataupun nak buat tips apa2,senang sangat.i mean,lebih mudah.alhamdulillah,aku enjoy belajar arab.

at the beginning,aku macam main2 la sikit.sebab fikir exam lambat lagi.tapi someone tegur.dia cakap orang lain susah sangat nak dapat peluang belajar arab,kenapa aku nak main2? sentap kot.lepas tu baru lah aku ingat balik niat awal-awal dulu belajar arab.huhu.ya,aku belajar sebab nak faham Al-Quran,sebab nak pergi Mekah n Madinah suatu hari nanti.aku nak pergi negara Arab,dan nak cakap bahasa arab dengan bergaya! so i know i have to start learning arabic.mula2 ni rasa susah woo..huhu..berbalik kepada tujuan aku..yalah, aku pun ada jugak cita2 nak merantau ke negara timur tengah,entah lah kenapa tapi aku nak.yg pasal Al-Quran tu,rasa sedih sangat.baca terjemahan je.tu pun malas!!!! sad =( orang cakap kalau faham arab,baca Al-Quran lagi terasa.tak tau la orang la cakap.tapi mesti la betul kan.kalau terasa baru lah nak beramal,kalau tak terasa duk baca jelah.wuwuw.....teruknya aku.......

anyway,kat beijing,aku belajar arab utk 1 semester saja.tak tau lah sem depan ada lagi atau tak.kalau ada aku nak.kalau xdak,kat mesia nanti nak sambung la belajar.semoga lepas ni aku lebih serius belajar arabic.