Amboi kemain tajuk kontroversi. Haha. Well well well~~~ Sebut je pasal memasak, aku mesti akan larikan diri. Sebab aku memang tak reti dan tak minat. Hurmm. Dari kecik lagi memang aku tak biasa masak. Semua umi yang sediakan, lengkap, sedap dan berkhasiat. Thanks umi sebab tak pernah missed sediakan makanan kat kami semua. There was that one time when I was so interested to learn, to make myself comfortable in the kitchen. But I wasn't allowed by mom. Cewah. So nak salahkan mak la ni? Haha. Taklah. Masa tu aku darjah 5, memang excited sangat2 nak pegang pisau, kuali, senduk apa semua tapi mak aku tak bagi. Ada banyak jugak la cubaan aku sembunyi2 masuk dapur tapi bila umi dapat tau, habis aku kena marah. Cuma pernah sekali ja sukses buat mee goreng. Haha. Sejak tu memang aku malas dah nak masuk dapur. That is her territory, aku tolong umi buat kerja lain. Daripada aku asyik kacau umi kat dapur, baik aku buat benda lain. Hehe.
Bila aku masuk asrama, lagi lah tak masuk dapur. Kalau masuk pengakap okay lah jugak pandai masakan rimba. Haha. Ni masuk kadet bomba. Pandai padam kebakaran jela kemahiran aku. Huahua. Tapi segala-galanya berubah 360 bila aku ditakdirkan Allah FLY KE BEIJING. I have no idea at all yang aku kena masak sendiri kat sana T.T Takde sapa pun yang bagitahu bahawa kalau study kat overseas kena masak sendiri. Turns out, when I arrived BFSU, halal food was not very reachable. Dengan keadaan aku masa tu tak reti cakap Cina, tak reti baca tulisan Cina, elaun pun masa tu cukup2 makan ja, memang tak mampu la nak makan kedai. Dan aku tak tau pun ada kantin halal. HAHA. Semuanya sebab aku tak reti lagi communicate dalam bahasa Cina. Sedihhhh...
So aku pun start follow kawan2 p beli barang2 dapur. Masa tu aku totally ikut diorang. Semua benda aku follow. Beli kuali, senduk dll. Pastu g pasar. OMG dugaan apakah ini. Kenapa semua orang cam dah cekap and power gila nak pilih2 barang sayur telur bagai. Tapi aku hanya krik2. Benci gila :( Aku belasah je beli apa yg murah and boleh dimasak. Antara sayur yang wajib selalu aku beli ; kobis, cendawan, capsicum, bawang, kentang, telur. Hahaha~~ Ulang lah makan benda yang sama. Kawan2 aku semua bawak perencah kari, rempah memasak semua siap packing dari Malaysia. Aku? Hanya bawak baju sahaja. Kahh. Dah cemana nak masak kalau gitu? Next, aku explore kedai runcit pulak. Belasah lagi beli segala mak nenek kicap, serbuk perasa, sos tiram, sos cili, minyak masak dan benda2 lain. Sedih gila. Aku rasa, aku sorang je kat hostel yang masak guna bahan2 dari China 100%. Kicap dia mana sama dengan kicap kita kat Malaysia. Semua rasa oriental, rasa cuka, rasa makanan Cina Beijing. Wuwuwuw. Tak sedapppp!! Pastu, nak pilih2 barang runcit pun aku follow kawan2. Betapa lembabnya aku dulu. Tapi thanks la kat kawan2 sebab sudi ajar aku masak. Mostly memang aku belajar daripada hanya MELIHAT, MELIHAT & MELIHAT cara kawan2 aku masak. So aku tiru. Tak pun tengok tv, tengok makanan apa yang aku teringin nak makan, baru lah aku masak. I mean, cuba masak. HAHAHA. By the way, masa tu memang aku tak makan sgt ayam sebab kena travel jauh utk beli stok ayam halal, daging pun sama. Ikan pulak? Aku tak reti siang ikan =,= Lagipun seafood memang mahal gila nak mampus sebab Beijing takde laut. So, makanan pilihan yang ada masa tahun 2008 tu sangatlah limited. Hihihi. Tapiiiii, berat aku naik 10kg sepanjang tahun pertama aku kat Beijing. Hahahahahahahah. Sebab kat sana, kitorang masak sama2, makan sama2. Kawan2 aku tak pernah biar aku kelaparan. Setiap meal mesti ada je yang sedekah and ajak makan sama2. Siap tinggalkan lauk kalau aku tgh tido ke, takde kat bilik ke. Seriously mana nak cari kawan camtu beb.
Disebabkan tu jugaklah, aku gagahkan diri belajar masak, sebab nak jugak menyumbang kat kawan2 kan. Hehe. Kesimpulannya sepanjang 5 tahun kat luar negara, aku ni kira boleh laa masak simple2. Contoh macam sup ayam, tomyam campur, sayur goreng, telur, haha. Lauk cina favourite aku, tauhu jepun in tomato sauce. Omggg sedap gilaaa.. masa kat Beijing je bila masak lauk ni menjadi sebab aku totally pakai bahan2 runcit dari sana. So rasa tu memang lain lah. Mula ingat aku syok sendiri, tapi ramai sgt kawan2 puji. Muahahahahaha. So kira lepas la lauk2 ringkas. Combo makanan tengahari aku; nasi putih, sayur goreng campur cendawan, telur dadar, tauhu jepun in tomato sauce. HAHAHA. Tu je laaaa yang aku mampu. Haaa satu lagi, kari ayam India! Sebab aku menuntut dengan Kak Nithya, senior aku. Hihi. Sekali sekala ada duit lebih beli ayam, aku masak la kari. Kalau sos semua cukup, buat paprik. Haha. Nasib laa...
Lepas 5 tahun, dah balik Malaysia, sambung jadi pemalas. Hehe. Jarang laa aku masak sebab kat sini kita makan lauk2 Melayu. Dan surprisingly, aku masih jugak takde kesedaran nak belajar. Sebab semua umi sediakan. Manja sgt aku~~ Huhu. Keadaan ni berterusan sampailah aku KAHWIN. T.T Kau expect, bila dah kahwin, semua laki kau nak sediakan ke Sakinah? No wayyy. Semua kena buat sendiri okayyyyyy... Wuwuwuw... Memang struggle la jugak aku berpeluh belajar masak kat Malaysia, which is, orang makan lauk Melayu, bukan lauk cina! And aku pun kena la usaha belajar kenali bahan2 masakan yang digunakan dalam masakan Melayu. Duhhh.. penat! Dah berpuluh kali aku give up sebab aku memang tak reti and malas. Tapi mujur la syukur alhamdulilah suamiku seorang yang pandai gila masak~ HAHA. Allah Maha Adil, dikurniakan pasangan yang melengkapkan kekurangan diri ini. Dia sangat pandai masak. Segala jenis sambal, masak lemak cili api, semua tu dalam tangan dia. Aku? Santan pun tak reti bajet nak bubuh berapa banyak. Tumis sambal? Kirim salam jelah. Haha. Walaupun suami aku pandai masak, tapi dia tak punya banyak masa sebab kekangan kerja yang maha hebat. Sobs. Jadi yang mana aku tak sempat belajar dengan dia, aku kena laa usaha sendiri.
Ni apa yang aku buat untuk cekapkan diri di dapur supaya bila tiba waktu makan, semua dah tersedia.
1. GOOGLE. Aku akan google dulu lauk apa yang nak dimasak pada hari tu. Contoh; ayam masak merah, sayur goreng. Aku memang dah tetapkan setiap meal hanya ada 2 lauk sahaja. Kesian laki aku.
2. Pergi kedai. Check handphone kat bahagian bahan2. Masa ni aku rasa loser gila. Orang lain amik bakul, terus masukkan barang2 sayur semua. Aku? Siap kira berapa biji bawang, berapa biji tomato nak pakai. Lembab gila okay. Malu taktau nak cakap. Tapi aku wat kool je. Belasah je semua ikut senarai bahan2.
3. Balik, follow sebijik2 step yang diarahkan. Baca doa banyak2. Haha. Alhamdulillah, setakat ni semua yang aku follow dalam internet semuanya menjadi.
Lama kelamaan, aku pun dah pandai manage nak masak apa, kat kedai nak beli barang basah, sayur, barang runcit. Aku pun dah mula cuba resepi baru. Konon nak surprise kat husband. Haha. Terima kasih banyak2 kat semua orang yang sudi ajar aku masak. Haha. Termasuk semua chef2 yang sudi kongsi resepi percuma kat internet. Alhamdulillah sekarang aku dah OKAY memasak. Tak hebat mana pun sebab aku cuma masak ringkas2. Basically aku cuma habiskan sejam je kat dapur. Tak nak duduk lama2, penat. Makin lama makin cekap nak uruskan dapur. Cewahh.. Antara lauk2 yang insyaAllah aku confident nak masak sekarang; ayam masak merah, daging atau ayam masak lemak cili api, sambal sotong, ikan sweet sour, tomyam, sup, udang masak lemak tempoyak, nasi lemak, asam pedas, segala jenis lauk goreng, rebus, biasa2 je la. Sambal belacan, air asam daging bakar... Apa lagi ek.. Kesimpulannya semua yang senang2 jela. Kalau suruh aku buat rendang, serunding, masakan yg warisan turun temurun ni memang aku surrender. Haha. Beli jelah.
Selain lauk pauk, aku belajar jugak buat mee rebus! Sebab teringin sangat Mee Rebus Ramli kat Ipoh tu haa. Dah balik Perlis, kena la buat sendiri. Alhamdulillah menjadi. Siap ulang buat 2 3 kali kat husband. Hihi. Dia cakap sedap. Pastu balik rumah umi, aku buat jamuan siap masa birthday umi haritu. Hihihi. Adik2 aku puji omooo kembang Kakton.
Walaupun mula2 aku tak suka gila masak, tapi lama2 bila benda yang aku try tu menjadi, orang makan tak sakit perut, kira lepas laa. Hahahaha. Tengok la nanti nak try buat benda lain pulak. Yang aku perasan, bila aku try hard nak buat something yang konon2 nak impress kan husband, mesti benda tu tak menjadi. HAHA. Tapi bila aku rilek2 je haa insyaAllah menjadi. Jangan over confident okayh Sakinah?
Macam tak percaya sekarang aku dah biasa memasak. Kahkah. Tak rugi dik kalau ko belajar awal2, jangan jadi macam aku. Actually, bukan nak cakap la. Orang perempuan ni selalu sangat condemn orang yang tak pandai masak. Sebagai salah seorang mangsa, cewah, hahaha aku selalu je jadi bahan. Pernah je orang gelak, orang sindir. Orang pandang rendah kat aku jangan cakap la. Bersepah hokayy. Tapi aku betulkan niat. Nak memasak sebab nak jalankan tanggungjawab, bukannya sebab nak impress mahupun lawan balik orang2 yang memberi negative vibes kat kita. Aku sedih jugak mula2, rasa rendah diri tu haruslah ada... Sampai sekarang kot. Aku takkan volunteer untuk masak kalau ramai orang. Aku hanya akan 100% masak kalau aku seorang saja yang ada. Tak reti nak berebut2, takut kena marah lagi. Aku suka belajar tapi aku tak berapa suka kena sindir, kena perli bagai. Aku boleh je terima nasihat dalam cara yang baik. Ahh tapi selalunya aku senyum je, sebagai tanda hormatkan orang yang sindir tu. Biarlah. Aku lebih rela biar orang anggap aku tak pandai, biar orang pandang rendah daripada orang duk puji2. Tak kisah pun, asalkan orang sudi ajar pun dah cukup bersyukur dah.
Itulah cerita panjang lebar aku dalam perihal masakan. HAHAHA. Poyo gilas. As an appreciation, aku nak sgt2 ucap terima kasih kepada semuaaaaa orang yang selalu bagi sokongan n dorongan supaya aku pandai masak. Hihihihihi. Thanks atas segala tunjuk ajar korang, nasihat2 dan tips2 di dapur. I heartly appreciate them! To my husband, thanks much sebab sabar dan sudi terima kekurangan aku ni. To my family, thanks much jugak sebab selalu support aku. Hehee. Korang yang baca ni, doa2kan lah supaya aku lebih maju ke hadapan lepas ni. Asyik masak benda yang sama jee. Haha. Kepada yang senasib dengan aku, we can do itttt bebeh! Semangat2! So, selamat memasak semua! Bubye =)