assalamualaikum..
sepanjang bulan november 2012 aku dan rakan2 telah diberi tugasan mengajar.kami satu batch seramai 26 org telah dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil.setiap kumpulan akan masuk ke kelas yg berlainan.ada yg dapat kelas foundation,ada yg dapat kelas degree.alhamdulillah aku dapat kelas foundation.bermakna aku ditugaskan utk mengajar adik2 juniorku yg baru datang ke beijing bulan september haritu.bestnya!
flow praktikal selama minggu adalah:
*minggu pertama (dengar dan buat persediaan mengajar,tengok macam mana lecturer bertugas mengajar,mengawal kelas dan sebagainya,belajar teknik mengajar,perhatikan proses pengajaran dan pembelajaran).
*minggu kedua (sama seperti minggu kedua,cumanya kami perlu siapkan lesson plan dalam minggu ni jugak). *minggu ketiga (giliran kami mengajar! utk praktikal kali ini,team aku semuanya 4 orang.kami ikut senarai nama,so aku kena giliran yg ke3.huhu.berdebar sgt...)
dua minggu yg pertama tu,aku fokus memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran yg berlangsung.pensyarah begitu komited dan bersungguh2 mengajar,demi memastikan sekumpulan pelajar ini dapat menguasai basic bahasa cina dengan baik.ternyata fasa awal pembelajaran bahasa cina adalah sangat mencabar dan memerlukan kesabaran yg tinggi.baik yg mengajar mahupun yg sedang belajar.aku dah pun melalui fasa tersebut.masih ingat lagi,betapa laoshi aku 4 tahun lepas begitu bersungguh2 mengajar kami.aku rasa terhutang budi dengan laoshi2 foundation dulu.tanpa sifu2 yg hebat seperti mereka,tak mungkin aku sampai ke tahap ini sekarang.walaupun aku sekarang bukanlah pelajar cemerlang namun sekurang2nya sudah masuk tahun akhir pengajian bahasa cina di sini.huhu.masih banyak yg perlu dipelajari sebenarnya.
pada pendapat aku,fasa yg paling penting adalah foundation.sebab semasa foundation lah kita akan didedahkan dengan segala kemahiran dan asas2 penting.bila dah kuasai asas2 penting tersebut,barulah mudah utk melangkah ke fasa2 seterusnya.proses pembelajaran pun menjadi semakin menarik dan menyeronokkan! alhamdulillah aku dah pun melepasi fasa foundation bahasa cina.hehe.
sepanjang 2 minggu itu juga,aku memerah otak memikirkan cara terbaik utk mengajar nanti.ini adalah kali pertama aku akan menjadi guru.yaAllah...menggeletar tangan aku menulis perkataan guru tu.sebab rasa diri ni sangatlah tidak layak utk memegang title tu.okey lah aku panggil guru pelatih junior.huhu.aku bukan guru pelatih lagi,aku masih student! student yg masih cetek ilmu di dada.mana berani utkku menggelar diriku sebagai guru.huhuhu.apa2 pun aku tetap nekad utk belajar sebanyak mungkin sepanjang tempoh praktikal tu.walaupun masih terkial2 utk menulis lesson plan,aku gagahkan jugak.memang serabut sgt kepala.rupanya bukan senang nak tulis lesson plan oiiitttt...hoho..berpandukan contoh2 lesson plan senior2ku,dapat jugak siapkan lesson plan sendiri.alhamdulillah pensyarah yg akan menilai tu sangat berpuas hati,ada jugak bahagian yg kena edit.of course la kan,sebab nak mengajar student foundation bukan senang.tak boleh main ikut suka hati je.ada beberapa idea aku yg tak berapa kena dengan konsep pengajaran student foundation.hehe.maklum la saya budak baru belajar.thanks much kepada cikgu penilai Gui Laoshi :)
minggu ketiga,akhirnya kami pun memulakan tugas mengajar masing2.bermula dengan Sulaiman,diikuti Fieza,seterusnya aku,dan disusuli Mariam.pengalaman mengajar kali ni sangat2 best.sebab aku teruja melihat gelagat para pelajar yg sangat2 bersemangat,sporting,rajin dan pandai! betullah orang cakap,budak2 sekarang makin pandai.diorg cepat je tangkap apa2 yg kami sampaikan.alhamdulillah.setiap dari kami menggunakan cara yg berbeza semasa pengajaran.ini penting supaya student tak bosan.ouhh ya utk kali pertama ni,aku bersyukur sebab Gui Laoshi memberi keizinan utk menggunakan bahasa melayu semasa mengajar.lebih mudah utk mereka faham.alhamdulillah.
masa giliran aku tu,kelas pagi.pukul 10 smpai 12tghr.huwaa.takut sgt.actually berdebar sbb kali pertama kot.masa 10 minit yg pertama aku dapat rasakan yg suara aku lain macam.haha.tak suka lahhhh.bila kita dapat detect suara kita ada macam bergetar sikit2.arghhh.nampak sgt aku nervous.huhu.tapi kejap jela.lepas tu okey dah.lama2 masa 2 jam tu tak terasa pun.aku asyik tengok jam sebab nak bajet masa.seriously,masa mengajar tu,aku sangat2 enjoy! alhamdulillah i found my right passion already! aku dah betul2 bersedia utk menjadi cikgu lepas ni.i mean,lepas ni aku betul2 ready dah,aku dah xnak berpaling ke belakang lagi dah.insyaAllah aku akan teruskan langkah kaki ini,utk menjadi seorang guru bahasa cina yg berjaya.semoga Allah permudahkan.amin. ^^
tamat ja sesi mengajarku,Gui Laoshi pun datang dan memberi komen.alhamdulillah dia memberi komen yg sangat2 membina! aku jadi teruja! terharu semua ada.pada masa yg sama,aku sgt2 berterima kasih kepada student2 yg sudi datang kelas,yg memberi kerjasama dgn sgt baik sekali! alhamdulillah.saya doakan kamu semua berjaya.semoga kamu semua makin berminat dgn bahasa cina seterusnya mampu menguasainya dgn baik.amin.kepada semua yg memberi sokongan dan bantuan kepadaku,aku ucapkan banyak2 terimas kasih.
sesungguhnya praktikal kali ini ibarat "teaser" utk aku.masih panjang lagi perjalanan ini.semoga bila masuk maktab nanti,aku mampu mengharungi setiap cabaran yg mendatang.yg penting,tetapkan niat,semua ini adalah utk meraih redha Allah.bukannya utk suka2.bukannya utk kepentingan diri sendiri.sebelum ni,aku pernah jumpa berbagai ragam guru.ada bnyk kenangan pahit dan manis.sejak itu,aku berazam sekiranya aku ditakdirkan utk menjadi seorang guru suatu hari nanti,aku takkan buat benda yg aku pernah alami dulu.aku takkan biar pelajar2 aku nanti merasa pahit seperti aku pernah rasa dulu.mana2 yg aku rasa baik,akan aku jadikan contoh,akan aku ikut amalkan nanti.terima kasih kepada guru2ku dahulu yg menunjukkan contoh yg sangat baik.aku nak jadi seperti mereka,yg tak pernah lelah menyampaikan ilmu kepada anak murid.
apa2 pun,banyak sgt pengalaman yg aku dapat sepanjang minggu praktikal ini.syukur alhamdulilah.akan kumanfaatkan semua ini dengan sebaik mungkin.
 |
| Gui Laoshi,Fieza aku & Mariam.semoga kami dpt jadi guru yg baik nanti. |
 |
| student2 kami yg sgt ceria dan happening! |
 |
| fieza ajak buat discussion |
 |
| Mariam menguji kefahaman mereka |
 |
| games yg sgt menyeronokkan.Chinese Language is fun! |
 |
| semua fokus. |
 |
| thanks korang! |
 |
| heeee... |
 |
| pengalaman pertama yg sgt best. |
 |
| lepas ni aku kena improve tulisan kat papan hitam.kalau cikgu tulis tak kemas,susah nti student nak faham.huhu.buruknya tulisan aku... |
 |
| time mengajar kan, aku suka gelak.haha.taktau pasaipa.nk cover nervous kot.wehee~ |